December 28, 2015

Berhati-hati ketika gunakan jalan ni. Jalan ditabur minyak.

Jalan licin akibat pihak yang tak bertanggungjawab tabur minyak. Semalam time aku balik dari Mid Valley melalui DUKE, tak pasal kereta aku lost control. Tapi Alhamdulillah. Aku dapat control kereta tu daripada kemalangan dan kebetulan jugak masa tu tak ada kereta. Kereta pun aku perlahan je disebabkan hujan. 

Jalan yang aku maksudkan macam kat gambar bawah ni. Kalau sape-sape yang selalu guna jalan ni mohon berhati-hati. Sebab ada golongan-golongan yang tak bertanggungjawab ni akan ambil kesempatan kat korang. Tabur minyak atas jalan dengan niat supaya orang ramai terlibat dengan kemalangan.




December 1, 2015

Sikap Pemandu Malaysia yang sering akibatkan TRAFFIC JAMMED.

Aku kadang-kadang tinggal kat KL untuk seminggu sebab nak attend kelas. Jadi traffic jammed kat KL ni biasa. Tapi kadang-kadang tu, sebab traffic jam ni memang kadang-kadang tu tak logik. Tapi boleh akibatkan traffic jam berkilometer panjangnya.

1. Driver Malaysia ni tak pandai nak plan jalan.

Yang ni kalau korang perasan. Suka hati diorang je. Bila nak masuk simpang, nak tukar lane. Kalau jalan 3 lane macam MRR2. Dari lane kanan nak masuk ke simpang kiri tu, cuba bayangkan diorang nak tukar lane. Tak ke boleh buat traffic jam?


Apalah salahnya kalau korang duduk tunggu siap-siap kat lane paling kiri.

2. Lambat gerak kat Traffic Light

Paling fed up bila kat traffic light semua orang lambat nak gerak. Kalau hijau tu nak tekan minyak pun macam tak tekan je. Tapi kalau lampu kuning? Kemain laju. Jadinya, sepatutnya boleh lepas 10 kereta. Tapi yang lepas 7 kereta je.  Typical Malaysian driver.



3. Pandu kereta di bawah kelajuan dekat lane yang tak sepatutnya

Yang ni pun boleh buat traffic jam jugak. Kadang tak patut, orang yang drive dekat lane kanan terutamanya. Duduk di sebelah lane kanan, tapi bawa kereta tu perlahan. Tak pasal-pasal jalam jem. Kalau dah rasa bawak lebih kurang 60km/h je baik bawak lane kiri je.



Tapi kalau satu lane? Macam yang menjadi masalahnya, selalunya la kan macam gambar kat atas ni la. Kereta perlahan pandu di lane laju, memang tak kena saman punya. Apa kata kalau undang-undang tu ambil kira yang pandu perlahan di lane laju jgk? Saman jugak.


3 sebab yang mana aku rasa jalan kat Kuala Lumpur ni tak habis-habis jem. Dari pagi sampai ke malam. Dari hari bekerja sampai la ke hujung minggu. Dah tu bila masa KL tak jem?


November 3, 2015

Terlalu banyak kenaikan !

Kebelakangan ni banyak sangat kenaikan. Adakah perlu semua kenaikan ni dilakukan serentak? Hari tu kita dah kehilangan subsidi minyak. Sekarang kita ikut harga minyak dunia. Walaupun harga masa subsidi dihapuskan harga pasaran minyak dunia lebih kurang $80 USD per barrel. Masa tu korang pun perasan yang harga minyak lebih kurang sama macam sekarang. RON 95, RM2.05 seliter kalau tak silap. 

Sekarang?

Harga minyak dunia lebih kurang $50 USD per barrel. Harga minyak RON 95, RM2.05 seliter. Duit kita murah? Jatuh? Sebab tu harga minyak sama? 

Tol naik bulan lepas. 

Paling aku tak puas hati AKLEH. Dari RM1.50 dah naik jadi RM2.50. Kenaikan RM1. Sedangkan kita tahu yang AKLEH ni memudahkan orang ramai termasuk orang yang nak ke pejabat sekitar KLCC. Hari tu bila aku naik AKLEH, boleh dikatakan orang lagi sanggup lalu jalan jem daripada guna AKLEH. Dan aku dapat rasa yang pengguna AKLEH dah makin berkurangan. Aku pun naik sekali tu je sebab nak test guna lepas tol guna. Lepas ni, kot-kot AKLEH untuk orang yang guna motor je la kot. Kan?

Tambang komuter naik minggu ni.

Kenaikan lagi. Padahal, hari tu tak silap aku aku ada terbaca sebab kenaikan harga tol sebab nak galakkan orang ramai gunakan pengangkutan awam. Eh? Minggu ni diumukan pulak kenaikan tambang Komuter. Yang mana semua orang tahu yang servis komuter ni memang amat menyakitkan hati. Lepas ni silap-silap tambang LRT pun naik.

Aku tak faham, ke mana perginya kutipan GST yang berbilion ringgit tu? 


Kutipan GST untuk tahun ni dianggarkan berjumlah RM27 billion. Banyak tu. Menteri Kerja Raya pulak cakap yang kerajaan perlu bayar RM1.08 billion sekirannya tiada kenaikan tol.


Pendapat aku, kalau betul lah GST tu akan dipulangkan kepada rakyat. Hasil dari kutipan GST tu, 1/27 daripada kutipan GST tu boleh bayar syarikat konsesi. Kan? 

Semua melibatkan kos hidup. 

October 13, 2015

Kecewa dengan Franchise Restoran Kyocheon



Kecewa. Sebab ni rasanya dah masuk 3 kali aku pergi ke Restoran Kyocheon. 2 hari lepas aku ke Restoran Kyocheon kat One Utama. Niat nak makan Tteobokki a.k.a rice cake. Diorang cakap habis. So, tak jadi makan situ lah. Ok takpe lagi lah. Lepas tu semalam pulak, aku ke Restoran Kyocheon kat Pavilion. Pun tak ada jugak. Lepas tu, macam-macam pulak alasan yag diorang bagi. Itu la. Ini la. Dalam menu tak pulak cakap tak ade.

Dipping sauce, red sauce ni dah masuk kali ketiga diorang cakap tak ada. Tapi dalam menu boleh pulak ade choices untuk pilih dipping sauce, red sauce. Macam mane tu? Kalau takde better take it out from the menu kan? Tak kecewa customer tu nanti. Letak je sticker not available. Ni dalam menu macam-macam, bila mintak. Hmmm.

October 12, 2015

Star Wars Lego , Aku terjebak !

Aku pun terjebak akhirnya. Dah lama jugak dok usha tengok lego Star Wars ni. Hari tu aku miss nak beli Lego Star Wars Darth Vader. Tapi minggu ni dah keluar batch baru. Dapat jugak akhirnya.


        

Seronok jugak pasang-pasang Lego ni. Kali ni bukan macam lego biasa. Lain sikit. Sebab scale model. Senang je pasang. Tak ambik masa lama pun.


Complete. Dua model Star Wars aku sedang beraksi. Darth Vader vs Obi Wan Kenobi. 




October 8, 2015

A Works Performance | Bandar Sunway


Niat nak slowkan sikit ekzos kereta aku tercapai jugak semalam. Asal daripada straight flow aku convert jadi s-flow. Senyap la sikit. Kedai yang aku buat ekzos semalam, kat Bandar Sunway. A Works Performance. Terus terang aku cakap memang puas hati. 

Sebelum aku proceed nak buat tu dia dah bagi aku pilihan. Banyak jugak la. Tapi yang penting kena la tahu apa yang kita nak. Aku pun memang buat research jugak la. Nak kena tahu jugak, kalau tak kena tipu tak pasal-pasal.


Ekzos aku yang asal. Memang tak tukar pun, modified dan tambah je.


Tu diaaaa. Dah pasang. Secara tak langsung ekzos kereta aku jadi S-Flow. Yang asal tadi straight flow.


Tang welding tu aku setuju. Tapi mamat bangla ni tak pakai safety. Dah kene tegur dengan 2,3 orang pun tak pakai jugak. Yang tu paling aku tak setuju. SAFETY FIRST la brader. Mata mau pakai lama.  Takde sparepart woo. Aku cakap macam tu tak mau dengar jugak.


Settle. Kos pasang dengan harga barang RM450. Bunyi pun dah jadi senyap 30% daripada asal. Puas hati. Recommended A Works Performance, Bandar Sunway.

October 4, 2015

The Intern


Sebelum aku tengok cerita ni aku dah boleh agak cerita ni best. Sebab kedua-dua pelakon yang aku suka tengok. Robert de Niro dalam cerita Las Vegas dengan Anne Hathaway, dari cerita My Princess Diaries.

Rating aku untuk cerita ni 8.5/10. 

Paling aku suka cerita ni pasal kehidupan Jules Ostin yang merupakan seorang ibu yang berkerjaya. Yang perlu membahagikan masa diantara kerja dengan kehidupan peribadi. Cerita panjang pun tak jadi. Tapi bagi aku cerita ni best. Tapi untuk korang macam mana pulak?

Dah tengok nanti baru cerita. :)










September 18, 2015

Sales ! For Non-Sales People by Robert Ashton



SALES ! For Non-Sales People by Robert Ashton. Aku cukup tertarik dengan buku ni. Mula-mula tu aku tengok tajuk buku dah macam buku marketing. Tapi bila aku baca, makin menarik. Buku ni bukan untuk mereka-mereka yang terlibat dalam sales ataupun marketing. Tapi boleh digunakan oleh semua orang. Sebab banyak panduan dari segi marketing atau sales yang diterapkan yang boleh kita gunakan untuk kegunaan selain dari tujuan jualan.


Dalam buku ni, penulis lebih menerapkan cara macam mana kita gunakan konsep atau aplikasi yang selalu digunakan dalam marketing atau jualan untuk menjual diri kita dalam apa-apa job interview.

Selain tu, penulis juga menekankan pada teknik- teknik yang perlu dititik beratkan dalam berkomunikasi. Cara untuk memenangi hati ataupun customer bagi mendapatkan sales.

Kalau korang baca buku ni, buku ni lebih berbentuk persuasive ataupun mendesak. Penulis banyak menekankan tentang cara bagaimana kita perlu menjual diri kita untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan ataupun jualan. Malah untuk berjaya dalam karier kita. Selain penggunaan teknologi dan teknik-teknik 'presentation' dan penggunaan body language yang betul. Sebagai first impression orang terhadap kita.

Bagi aku, buku ni best. Seronok untuk dibaca. Senang untuk dipraktikkan. Aku beli buku ni kat Borders, The Curve, Damansara. Harga RM59.90. Memang sangat berpuas hati. Tambah-tambah kalau kita nak improve diri dalam memperkenalkan diri kita dan meningkatkan keyakinan diri.

September 15, 2015

Celcom Broadband Terminated !


Akhirnya aku terpaksa terminate  account Celcom broadband yang aku dah pakai sejak tahun 2009. 

Sebab apa?

Dulu time aku belajar, aku ambik pakej student time tu RM50 untuk 5gb. Memang tak dapat la pakej tu sekarang kan. Tapi nak tak nak aku terminate jugak. Sebab bil bukan RM50 dah. Sekarang RM70. Tambah GST lagi. Pastu ade charge-charge la in pulak. Jadi macam tak berbaloi pulak. 

My option? 

Terminate je la account tu. Nanti baru cari the best service provider with the best benefits. 


Jerebu di Kuala Lumpur melepasi IPU tidak sihat.


Jerebu makin teruk. Tahap penglihatan kat Kuala Lumpur pun makin kurang. Dah mendung macam nak hujan. Bayang-bayang matahari pun dah tak nampak.

Makin hari maiin teruk pulak jerebu kat KL. Parents aku kat KB pun dah cakap yang jerebu dah sampai sana.


Marilah kita sama-sama berdoa supaya malam ni diturunkan hujan. Semoga reda kesan jerubu yang melanda. 

InsyaAllah. 


Dip N Dip, Bangsar


Teringin nak makan chocolate kat KL? Aku recommend satu tempat. Kalau kat KL ni aku suka pergi Dip n Dip. 

Lokasi?

Bangsar dengan The Curve, Damansara. 

Boleh pilih yang mana satu korang nak pergi. Kalau korang tengok kat bawah ni, semua tu yamg aku selalu order. Memang chocolate tu sangat padat. Puas hati. 

Harga?

Bagi aku, boleh tahan jugak la. Lebih kurang RM10 dan ke atas. Nak tau detail boleh tengok kat website Dip n Dip. 

Antara menu yang selalu menjadi pilihan aku bila singgah situ. 

Chocolate Crepe


Brownies in a cup


Fondant


Apa lagi? 
Boleh la cuba. Tak menyesal punya. :)

September 12, 2015

Saiful Nang - Kisah Orang Menang




Saiful Nang - Kisah Orang Menang hasil nukilan oleh Saiful Nang sendiri. Apa yang ditulis dalam buku ni mengisahkan tentang kisah hidup dan pandangan peribadi Saiful Nang sendiri. Jatuh bangun beliau dalam perniagaan senhingga sukses dengan perniagaan fotografi beliau melalui syarikat beliau Candid Syndrome

Aku cukup tertarik dengan kisah beliau. Bila pertama kali beliau terlibat dalam industri fotografi dengan hanya berbekalkan kamera DSLR yang dipinjam oleh seorang rakan. Sehingga lah beliau mampu memiliki kamera sendiri. Dan akhirnya membuka syarikat beliau sendiri. 

Padat dengan pandangan peribadi beliau. Komen terhadap mereka-mereka yang salah menjustifikasi diri beliau. Dan jawapan terhadap segala kritikan yang ditujukan pada beliau. 

Cara bagaimana beliau mendidik anak beliau Orked. Yang aku paling suka. Tapi kalau nak cerita panjang-panjang pun tak seoronok jugak kan. Yang penting korang dapatkan dekat kedai buku yang terdekat. Semua dalam buku tu hasil tulisan beliau sendiri yang sebelum ni beliau tulis dalam blog.  Sekarang ni beliau aktif menulis pandangan peribadi beliau di Facebook.

Worth to read !

Entry yang ke-1000 aizatshafiq.com


Alhamdulillah. Entry aku dah cecah 1000 post. Tak sangka. Sejak mula-mula aku post entry Oct 2008. Baru sekarang cecah 1000 entry. Walaupun ramai lagi yang rasanya la kan. Dah lama dah cecah entry ke-1000 ni. 



Agak-agak kalau aku buat contest okay tak?



September 9, 2015

iPhone 5S casing dengan GoPro Mount DIY


Aku perasan yang sekarang ni ramai yang gunakan phone sebagai remote. Tak pun sebagai screen. Sebab GoPro yang ada screen cuma Hero4 Silver. 

Tengah- tengah terfikir, timbul la idea DIY paling mudah. Korang cuma perlu :

1. GoPro flat mount
2. Casing phone yang korang guna. 

Senang. Cuma lekat je. Pastu dah boleh pairing dengan WiFi terus jadi screen. Kat bawah ni aku cuma buat untuk normal phone view. Lepas ni ingat nak tambah untuk satu lagi mounting untuk landscape view.  




Amacam?

Boleh try la nanti kan. Yang penting jimat cost ! 

September 5, 2015

The Transporter : Refueled


Terus terang aku cakap. Aku agak kecewa jugak la. Sebab macam yang korang tahu The Transporter ni memang sinonim dengan Jason Statham. Tapi untuk sekuel kali ni bukan dia yang berlakon. Dan yang tak bestnya, pelakon tu cuba nak jadi macam Jason Statham.

Rating aku 5.5/10. 

Kereta Audi yang diorang gunakan kali ni memang best. Audi S8. Memang terbaik la. Tapi action, bagi aku kurang. Pelakon dalam sekuel kali ni pun macam tak kenal sangat. 

Sinopsis?

Sama je macam siri The Transporter yang lepas. Ambik dan hantar. Sama je. Nak story panjang-panjang pun tak best jugak. Jadi korang gi la tengok ye. 




Malaysian Film Expo, KL Convention Centre. 4-5 September 2015


Sekita pameran Malaysian Film Expo yang diadakan kat KL Convention Centre. Pamerab tentang industri perfileman dan animasi Malaysia bersempena Festival Filem Malaysia ke-27.

Hari ni last day dah. Sebab diorang buat 2 hari je. So, kalau korang jalan-jalan kat sekitar KLCC singgah la ye. Banyak jugak activiti yang diorang buat. Casting untuk pelakon baru pun ade. Kot-kot nak jadi pelakon la kan. Hehehe.







September 4, 2015

Trim dan share video menggunakan GoPro App.


Dah makin senang. Sekarang tak payah nak transfer masuk komputer dah. Dah boleh edit 'on the spot' pastu terus boleh post. Kalau dulu leceh sikit la nak kene transfer dulu baru boleh trim ke, edit ke. Sekarang tak payah dah. 


Thumbs up  !

UAE 10-0 Malaysia | Malaysia tewas lagi.


Team Bola Sepak Malaysia tewas lagi?

Kali ni 10-0 kalah kepada pasukan U.A.E yang berada di ranking ke-70 dunia. Kita pulak di ranking ke-168 dunia. Tapi kalah 10-0 ni memang betul-betul pasukan belasahan ni. Macam status sebagai bekas juara Tiger Cup dengan Suzuki Cup macam tak ada reputasi dah. Macam mana tu?


Aku tak tengok pun game tu semalam. Tapi bila aku tengok balik replay goal untuk game tu semalam memang malu. Nak salahkan keeper? Dollah Salleh dah tukar 3 orang keeper. Lain macam punya strategi jugak tu. Dollah Salleh menunjukkan yang dia masih confident dengan barisan petahanan dia. Tapi itu la kan. Takkan nak harapkan keeper semata-mata. Dah tentu-tentu barisan pertahanan yang memainkan peranan dulu sebelum keeper. Pening !


Harapan nak masuk World Cup dalam masa 10 tahun ni rasanya tinggal harapan je la. Hari tu dah kena dengan Palestin 6-0. Dengan Timor Leste pun seri 1-1. Harapan tinggal harapan je la. FAM dah kena buat sesuatu ni. Mesti something yang diorang perlu sedar. Takut tak lama lagi, ranking makin turun. Last-last sampai top ten from the bottom. Harapnye tak la macam tu. 

Tersesat di Masjid Jamek, Kg. Baru


Dah lama jugak aku tak singgah dekat Masjid Jamek, Kg Baru. Baru-baru ni aku singgah nak solat Asar. Tapi boleh tersesat sampai ke pintu masuk ke saf wanita. Nak cari tandas pulak tak jumpa-jumpa. Yang jumpa tandas perempuan. Adoi. Berpusing satu masjid aku hari tu. 

Nasib baik la ada sorang Pak Cik ni tunjuk jalan kat aku. Rupanya memang pintu masuk dah berubah. Susun atur masjid pun dah berubah. Macam gambar kat bawah tu. Dah makin cantik-cantik dah. Siap ada basement. 



Cari punya cari jumpa laa tandas. Kat basement. Tu pun lepas pusing satu masjid. Sebab cari sign board tak jumpa. Memang makin selesa la masjid ni. Rasanya lama jugak masa yang diambil untuk renovation ni. Memang lain sangat. Apa-apa pun yang penting jemaah makin selesa. Alhamdulillah.

September 3, 2015

Macam ni ke attitude orang Malaysia?


Attitude orang Malaysia? Tak faham aku. Ni aku jumpa kat parking Pavilion. Main buang merata-rata. Setahu aku, dekat Pavilion ni tak susah sangat nak cari tong sampah. Masuk kat pintu masuk tu pun dah memang ada tong sampah. Kalau tak pun simpan la dulu. Buang kat rumah sendiri. Susah sangat ke?