October 3, 2010

Kesalahan Jalanraya yang selalu pemandu buat

Siapa yang bawak kereta? Angkat tangan. Ok. Aku tahu korang bila dah dapat lesen mesti tak sabar-sabar nak bawak kereta kan. Lepas je dapat lesen 'P' mesti korang terus dapatkan kereta. Tak kire la kereta parents ke, abang ke, kakak ke. Mesti korang nak test power kan? 


Tapi dalam-dalam keseronokan bawak kereta korang kena faham yang ade ciri-ciri yang tak betul bila bawak kereta. Bukan pemandu baru je, malah pemandu yan dah berkurun bawak kereta pun masih buat kesalahan yang same.

Kesalahan yang aku maksudkan :

1- Potong Queue / Barisan

Kesalahan ni paling ramai yang buat. Kalau korang  tak percaya cakap aku, korang tunggu lah kat traffic light. Aku jamin. Kat mane-mane negeri sekalipun kat Malaysia mesti ade orang buat kesalahan macam ni. Ni berpunca dari mereka-mereka yang tak reti-reti nak sabar. Sebab tu nak potong barisan je.  Tersangat-sangatlah pentingkan diri sendiri.

Sebab tu aku boleh cadangkan kat pihak polis kalau nak kutip saman banyak sikit baik tunggu kat traffic light. Tapi kena pakai casual la. Sebab kalau uniform diorang cam. Daripada diorang dok saman ekor kat highway tu aku rasa lagi elok kalau kutip saman potong barisan ni kan?! kan?!



2- Tak ikut lane

Yang ni pun kategori yang aku menyampah jugak la. Sebab bila bawak kereta tak pandai nak tukar lane. Sekejap lane kanan, sekejap lane kiri. Pastu nak tukar dari lane kanan ke lane kiri, last minit pulak tu. Cukup membahayakan. Silap-silap haribulan, GEDEGANG!!! Dengan kereta depan. Yang salah kereta nak tukar lane tu.


Sebab tu dalam TV pun banyak cakap. Rancang perjalanan anda. Rancang perjalanan anda. Dah dua kali aku ulang. Sebab rancang perjalanan kita ni kita tahu kita nak guna jalan mana. Ikut simpang mana. Lane mana yang patut kita ambil. Sebab tu kena rancang perjalanan anda.

3- Tak reti nak guna Signal

Yang ni pun banyak aku jumpa. Terutama yang masih lagi berpelekat 'P'. Bukan kepada mereka yang 'P' sahaja. Tak pakai 'P' pun ramai jugak yang tak reti nak guna signal. Asal nak masuk simpang je terus masuk. Tak bagi signal pun. Last-last orang belakang yang ikut kereta tu jugak susah. Terpaksa emergency brake. Lagi teruk kalau GEDEGANGG!!! dengan kereta depan. 

Time ambik lesen bukan main lagi pandai guna signal. Asal jumpa simpang pakai signal. Bila dah bawak dalam real life, tak pulak nak pakai signal kan? Pelik betul. Jadi sebelum ni lakonan je lah ye. Sebab nak pass test JPJ. Macam tu?

3 Kesalahan ni antara orang yang selalu buat la. Bukan aku saje-saje nak reka. Berdasarkan pengalaman aku. Sebab mereka yang buat kesalahan-kesalahan macam ni memang cukup menyusahkan orang lain. Sebab tu aku highlight kan kesalahan-kesalahan ni. Tak patut la kita nak pentingkan diri sendiri. Sebab jalanraya ni kita guna bersama kan? Mane tahu, kalau kurang buat kesalahan macam nie makin kurang statistik kemalangan. Betul tak?

MEMANDU DENGAN BERHEMAH 

4 comments:

Siti Noor Aminah said...

haha.semua kesalahan ni aku buat. no wonder aku dpt 2 saman.

keh3x

aizatshafiq said...

@Gadis Comel

2 saman?...
kene ubah sikit nanti ye...
=)

Nur Azila Ismail said...

hati2 di jalan raya . zila x de lesen lg . insyaallah akan cuba elakkan perkara nie bile ada lesen nanti

aizatshafiq said...

@Nur Azila Ismail

bagus kalau macam tu...
sebab bawak kereta macam ni cukup bahaye...
=)