October 11, 2010

Sultan Johor kurnia Harley Davidson kat PDRM

Wah...Sungguh beruntung Polis Diraja Malaysia. Maklum la, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, berkenan untuk mengurniakan 11 kereta dan motosikal berkuasa besar bernilai RM 5.5 juta.

Kereta-kereta tu terdiri daripada 2 buah kereta Proton Perdana, 9 buah kereta keluaran Australia, Holden dan 8 motosikal Harley Davidson dikurniakan baginda di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kurniaan itu secara tidak langsung membantu ke arah kesejahteraan dan keselamatan rakyat jelata di seluruh negara, khususnya penduduk Johor.
Beliau berkata, kenderaan itu juga akan digunakan oleh PDRM sebagai kenderaan pengiring Sultan Ibrahim dan seluruh keluarga Diraja Johor.
"Tuanku begitu prihatin terhadap soal keselamatan dan ketenteraman awam, khususnya kepada seluruh rakyat negeri Johor. Tuanku mempunyai keluhuran budi pekerti dan begitu dermawan,” katanya semasa berucap di Majlis Derma Kurnia Motosikal dan Motokar kepada PDRM di Bukit Aman di sini. - BERNAMA

No comments: