October 8, 2010

Spirulina diternak dalam najis kumbahan babi?

Kalau bercakap pasal Spirulina ni aku rasa mesti ramai yang tahu ape itu Spirulina ni kan? Berdasarkan Wikipedia, Spirulina ni merupakan salah satu dietery supplement. Kebiasaanya digunakan oleh mereka-mereka yang mengamalkan diet pemakanan. Dan aku percaya ramai yang makan spirulina ni sebab nak diet. Betul tak? Tapi korang tahu tak ape itu spirulina ni sebenarnye?


Berdasarkan pembacaan aku, Spirulina ni sejenis alga dalam bentuk spiral-coil yang tinggal di laut mahupun air segar. Spirulina ni berwarna hijau gelap. Warna ini disebabkan oleh kombinasi chlorophyll (hijau), phycocyanin (biru) dan juga carotenoids (oren). Warna-warna yang berlainan ni menyerap tenaga yang berlainan dari cahaya matahari.

Aku rasa kes ni dah lama kot, sekadar nak mengingatkan korang balik pasal Spirulina yang ditanam dalam sistem kumbahan najis Babi. Mungkin ade jugak yang masih tak tahu tapi ni lah kebenarannya. Bukan di Malaysia tetapi di negara-negara barat malah juga negara jiran kita Thailand. Kalau korang nak kepastian lagi korang boleh Google pasal Spirulina Pig Waste ni. Memang banyak info pasal Spirulina Pig Waste ni.


Pada asal nya memang lah Spirulina ni ditanam dalam air laut. Tapi peringkat kajian saintis barat menyatakan yang menanam spirulina dalam kolam najis babi untuk merawat sisa kumbahan air najis babi. Selepas tu, mereka mendapati yang hasilnya, nutrien dalam spirulina semakin bertambah jika diternak di dalam air najis babi.

Ini merupakan pengetahuan yang korang perlu tahu. Tapi kalau kat Malaysia ni aku rasa masih tak ade lagi yang buat laporan pasal ni. Setakat ni produk Spirulina di Malaysia memang halal. Lainlah kalau dinegara barat dan Thailand sekalipun cukup diragui. Korang boleh Google pasal Spirulin Pig Wate. Memang banyak info pasal ni.

6 comments:

Unknown said...

kami anak beranak tak pernah ambik spirulina..
sebab bau dia busuk..
heheh..

Afizz said...

uish! Perkara macam ni tak boleh buat main-main... Kalau Spirulina jenis macam ni sampai kat Malaysia...bahaya tuh!

aizatshafiq said...

@diana

ye ke busuk?...
hehehe...
memang tak pernah ambik pun spirulina ni...

aizatshafiq said...

@afizz

betul tu...
kalau sampai kat Malaysia memang naya lah..
nasib baik tak ade laporan pasal ni lagi...

LadyBird said...

kalau org yg lemah, spirulina dpt membantu memberikan tenaga pd mereka.. tp tu lah kan.. mcm2 lah manusia ni.. ade ke makanan diternak di kumbahan najis babi.. :(

aizatshafiq said...

@Ladybird

tu la...
orang barat ni memang pelik2...
sanggup pulak diorang makan benda tu kan?
kat Thailand pun buat benda yang sme jugak...huhuhuhu