May 19, 2016

PAVREIT dan AAX dah jana keuntungan lebih 20% untuk pelaburan aku

Paling last aku berkongsi pasal pelaburan saham pada tahun lepas.

Kali ni aku rasa aku nak berkongsi tentang hasil pelaburan aku dalam dua ekuiti saham. Untuk pengetahuan korang aku mula melabur dalam saham ekuiti ni pada tahun lepas dan aku rasa hasil dengan melabur saham ni kalau kita betul-betul faham boleh membuahkan hasil yang lagi elok dari hasil dividen yang selalu kita harapkan dari ASB.

Aku banyak membaca buku yang digunakan oleh Warren Buffet dalam "Value Investing". Mungkin aku akan kongsikan dalam entry-entry akan datang.

Berikut aku kongsikan dua ekuiti yang dah bagi pulangan pada aku lebih dari 20%.

PAVREIT



Aku beli ekuiti ni tahun lepas. Pada ketika itu ekuiti ni berharga RM1.52 per share. Kriteria pemilihan aku untuk ekuiti ni adalah Pavilion Mall. Bagi seorang yang masih baru lagi dalam dunia pelaburan, pengalaman aku belum cukup dalam untuk mengenali syarikat tersebut. Jadi kriteria pemilihan aku bila mengikut teknik Warren Buffett adalah dengan menggunakan consumer monopoly. Amnya, memang aku tahu yang Pavilion Mall, Bukit Bintang memang tak pernah ada kosong dan boleh dikatakan hampir 90% kedai disewa. Jadi aku pun beli la ekuiti ni dengan cara mudah apabila tengok keadaan Pavilion Mall sahaja.

Dalam masa setahun, ekuiti ni dah meningkat pada harga RM1.80 per share. Kenaikan sebanyak 28% daripada harga asal tahun lepas.

AAX



Kalau korang masih ingat, pada tahun lepas salah satu kapal terbang milik Indonesia Air Asia yang kemalangan di Lautan Jawa. Dan pada ketika itu juga ekuiti untuk Air Asia menjunam ke tahap yang paling rendah. Tapi pada waktu tu aku tak cukup kewangan untuk beli ekuiti masa tu. Jadi bulan lepas aku beli ekuiti Air Asia pada harga RM0.315 per share. Harga terkini adalah pada RM0.41 per share. Peningkatan sebanyak 30% dalam masa sebulan.

Kriteria yang aku tengok untuk Air Asia X ni, sebab yang paling utama adalah kos penerbangan yang murah. Dan sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Kalau nak dibandingkan dengan syarikat-syarikat penerbangan lain yang agak mahal. Jadi untuk ke luar negara, mereka masih memilih untuk menaiki Air Asia X. Ini berbeza dengan Air Asia sebab untuk AAX cuma menawarkan penerbangan ke berberapa buah negara sahaja.


Jadi, bila aku tengok revenues untuk AAX ni consistent dan sentiasa meningkat. Dan berpontensi untuk mencapai harga yang lebih dari RM0.50.

Setakat ini, kedua-kedua ekuiti ni masih lagi mengekalkan tempo yang sama. Tapi apa yang penting bukan kita menjana keuntungan dalam masa yang singkat. Bagi aku, "value investing" yang digunakan oleh Warren Buffett adalah konsisten. Dan aku rasa kedua-dua ekuiti ni berpontensi untuk pergi lebih jauh.


Boleh rujuk entry untuk KOS MEMBELI SAHAM.

No comments: