May 21, 2016

Buffettology - Mary Buffett & David Clark


Buffettology oleh Mary Buffett & David Clark.


Aku baru sahaja habis baca buku ni yang banyak menceritakan tentang teknik-teknik pengiraan untuk ekuiti yang di beli dan juga teknik-teknik yang digunakan oleh Warren Buffett berdasarkan pemerhatian oleh Mary Buffett dan juga David Clark.

Untuk pengetahuan, buku ini memang tak melibatkan Warren Buffett tetapi ini adalah penulisan oleh Mary Buffett yang merupakan bekas menantu Warren Buffett. Disebabkan Warren Buffett amat mengalakkan anak-anak dan menantu melabur saham secara tak langsung semua ahli keluarganya terlibat dalam pelaburan saham. Dan disebabkan itu, Mary Buffett cuba untuk berkongsi tentang teknik-teknik yang sering digunakan oleh Warren Buffett dalam pelaburan saham.  Bagi aku, buku ini amat penting untuk mereka-mereka merancang untuk mengaut keuntungan dalam jangka masa yang panjang. Kebanyakan teknik yang digunakan oleh Warren Buffett adalah untuk mengaut keuntungan dalam masa sekurang-kurangnya 10 tahun. Juga diterapkan dalam buku ini cara-cara dan masa yang sesuai untuk membeli sesebuah ekuiti.

Pelbagai kriteria yang digunakan oleh Warren Buffett dalam "VALUE INVESTING". Teknik Warren Buffett yang amat popular. Bagi aku, cukup mudah untuk memahami penulisan Mary Buffett dan David Clark. Bahasa yang digunakan cukup mudah dan mereka yang mungkin baru berjinak-jinak dengan pelaburan saham aku rasa perlu memiliki buku ini untuk mengetahui lagi cara investing yang betul dan mengaut keuntungan melalui "STOCK COMPOUNDING".



No comments: