June 29, 2010

[Gambar]Perasaan "MEREKA" terhadap Penjara Pudu

Petang tadi aku ke Times Square...Dengan tujuan untuk mencari barang untuk presentation FYP aku nanti...Sampai di stesen Hang Tuah...aku berjalan ke Times Square yang tak la jauh sangat...Kalau nak diikutkan naik monorail...jalan kaki pun dekat jugak...

Laluan ke Times Square dah tentu lalu dekat tembok batu penjara Pudu...masih tersergam gah di satu sudut...manakala satu sudut yang yang lain sudah pun dirobohkan..Dengan tujuan untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya disitu...Jalan Pudu akan dibesarkan dan pengguna jalan raya di Pudu sudah tentu tahu yang keadaan jalan kat situ agak sempit jika dibandingkan dengan trafik yang semakin meningkat setiap hari...

Lalu di tepi tembok batu Penjara Pudu...korang sendiri boleh tengok banyak contengan-contengan grafitti yang ditulis dan di conteng...Termasuk la mural yang telah dihasilkan oleh banduan-banduan yang tinggal di situ dulu...masih lagi jelas kelihatan...Ekoran dengan isu yang semakin panas tentang isu yang Penjara Pudu akan dirobohkan terdapat pula tulisan yang baru sahaja ditulis...yang mana mewakili perasaan mereka...Cuba korang tengok gambar-gambar yang aku ambik tadi...






Walaupun ada diantara kata-kata yang diorang lemparkan agak keterlaluan...mungkin tu perasaan diorang yang menulis...mana kita tahu...dan aku rasa Penjara Pudu patut dijadikan salah satu monumen sejarah bagi mengimbas kembali sejarah penjara di Malaysia...ditambah pula dengan umur bangunan yang agak tua...dan menyimpan pelbagai kenangan walaupun hanya sebuah penjara....

4 comments:

Mat Pian said...

err.. tak de tempat tang tak bersejarah...

aizatshafiq said...

suffian-

maksudnye cmner tu?...
tk phm ler...

s h a said...

hurm...ade baik...ade buruknyew robohkan penjara tu...skrng dia ganti kt mane ek?

aizatshafiq said...

shee-

btol jgk...
tpi klau boleh dikekalkan sebahagian sebagai kenangan...
kalau tak silap..
UDA dah bina Penjara Sungai Buloh sebagai ganti kepada Penjara Pudu...
=)