August 19, 2016

Tips Pertama Kali ke Pejabat Tanah Negeri untuk pembelian tanah

Pagi ni aku ke Pejabat Tanah Dearah Gombak, dengan tujuan nak bertanya pasal maklumat tanah yang kebetulan ada diiklankan untuk dijual. Jadi untuk mendapat kepastian, aku ke pejabat tanah untuk mengambil ataupun membeli maklumat tentang tanah yang nak dibeli. Kali ni aku baru pertama kali buat carian status dan ingin berurusan untuk pembelian tanah. Jadi kali ni, aku nak berkongsi pengalaman aku di pejabat tanah.



Mencari carian status tanah

Kalau korang nak cari status tanah, korang kena beli borang carian tanah. Berharga RM30.  Dalam Sijil Carian Tanah tu korang boleh tahu maklumat pasal tanah, pemilik tanah dan alamat rumah dan juga apa proses yang sedang berlaku pada tanah tersebut.


Dalam kes aku, aku boleh tengok dan tahu yang tanah tersebut dalam proses pertukaran status dari pertanian ke bangunan.


Pertukaran Status Tanah

Kemudian, aku ke Unit Pembangunan Tanah. Sebab aku nak tahu betul atau tidak apa yang diperkatakan oleh agen yang tanah tersebut dalam proses pertukaran status dari pertanian ke bangunan. 

Apa yang aku faham, proses dalam pertukaran status tanah ni, perlukan beberapa kelulusan.
  • Pejabat Tanah Daerah
  • Unit Perancang Bandar
  • Pejabat Tanah Negeri
Semua kelulusan tu perlu diambil kira. Sebab kalau salah satu sama ada Pejabat Tanah Daerah ataupun Unit Perancang Bandar, penukaran status tanah tu tak dapat dilaksanakan. Dan info yang aku dapat dari pegawai di Pejabat Tanah Gombak sendiri yang masa yang diambil untuk satu-satu kelulusan adalah lebih kurang 6 bulan. Jadi, kalau ada timbul apa-apa masalah contohnya, ini akan mengambil masa yang lebih lama.

Tips dari Pegawai di Pejabat Tanah
  1. Semak dan pastikan status tanah, syarat yang dinyatakan pada tanah dan juga sekatan ke atas tanah.
  2. Perlu bertanya pada penjual tanah samada permohonan telah dibuat untuk pertukaran syarat tanah daripada pertanian kepada bangunan kediaman.
  3. Tentukan dengan penjual tanah telah membuat permohonan pecah sempadan.
  4. Perlu pastikan sama ada penjual tanah mendapat kelulusan kebenaran daripada perancangan seperti yang diiklankan.

**Gambar Ihsan dari Google Images.

No comments: