August 28, 2010

Malam Lailatul Qadar | Satu ganjaran yang tak patut dilepaskan


Hari ni dah masuk hari ke 18 puasa. Bermakna kita dah pun menghampiri 10 malam terakhir Ramadan bagi tahun 1431 H. Ramadan semakin meninggalkan kita. Dan akan ditinggalkan dengan satu ganjaran yang besar untuk sesiapa yang mencari malam Lailatul Qadar. Malam yang mana lebih baik dari seribu bulan. Satu malam yang hanya dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Erti menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan ibadh adalah lebih baik daripda beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul Qadar seperti sabda Nabi s.a.w
" Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisya r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripda isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslin meriwayatkan
"Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripda malam-malam yang lain"
Persoalannya, mengapa kita perlu mencari malam Lailatul Qadar?

Ini kerana pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun ke bumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang dan bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohon kebaikan daripada Allah Taala. Para Malaikat mengaminkan doa mereka itu. Ini merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.

Sinaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju ke langit setlah berhimpun di pelosok bumi pada malam Lailatul Qadar.
"Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka, kerana segala perkara ( yang di takdirkan berlakunya pada tahu berikutnya)"
" Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar "
( surah Al-Qadar) 

Oleh sebab itu, kita digalakkan untuk beramal ibadat bersempena mencari malam Lailatul Qadar. Antara amalan yang patut didirikan ialah

1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.
2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim), selawat (Allahumma sholli’ala saidina Muhammad).
3. Sembahyang sunat tahajjud.
4. Sembahyang sunat tasbih.
5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para ,alaikat, hendaklah segera membaca: “Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu anni waghfirli”.

Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-

1. Doa.
2. Beristighfar.
3.Bertasbih.
4.Bertahmid.
5.Bertakbir
6.Bersedekah
7.Menjaga maruah dan akhlak
8.Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).
9.Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).

Apabila berakhirnya bulan Ramadhan , menangislah wali-wali Allah, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:

1. Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.
2.Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.
3.Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan
4.Bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR!

Begitulah hebatnye Malam Lailatul Qadar dan kita sepatutnya tanamkan azam dalam diri untuk mencari malam tersebut. Semoga kita mendapat rahmat darinya. Insyaallah.

2 comments:

gnesop.com said...

malam yang diimpikan oleh setiap muslim.. :)
thx for the info

aizatshafiq said...

@gnesop

same2 sop...
sambil ingat-mengingati...
=)