August 18, 2010

Tiket raya | Dah beli ke?

Walaupun baru seminggu kita berpuasa, isu yang selalu timbul bila nak ialah kehabisan tiket untuk pulang ke kampung halaman ketika raya. Yang tu memang dah merupakan perkara yang biasa. Pernah aku teringat dulu, waktu belajar, aku terlambat nak beli tiket bas pulang ke kampung. Time tu la macam-macam dah terfikir. Biasa la tiket bas-bas utama dah pun nak kehabisan. Bas-bas tambahan pun dah kehabisan. Tak tahu macam mana nak balik. Nasib baik la member aku ada nak ke destinasi yang sama, jadi boleh la tumpang dia je.


Hari tu sebelum puasa aku ada tengok tiket untuk adik aku balik ke kampus matrik dia. Time tu pun tiket dah habis. Yang tinggal hanyalah tiket-tiket yang seminggu selepas tarikh yang sepatutnya. Memang susah. Dan aku dapat berita dari rakan-rakan yang tiket KTM pulang ke pantai Timur dah pun habis dijual. KTM pun dah habis. Tapi kalau nak pulang ke pantai timur ni memang dah kebiasaan sangat. Tiket memang cepat sangat habis. Jadi kena la pandai-pandai cari alternatif lain.


Bila bas dan kereta api pun dah habis. Mungkin ada yang ingin mengeluarkan perbelanjaan lebih sikit dengan menggunakan kapal terbang. Tapi kalau tak silap aku, raya tahun lepas aku pun ada try booking. Tapi full. Malahan harga tiket untuk peak season ni agak mahal. Jadi bukan semua yang mampu. 

Jadi kepada mereka yang berada jauh dari kampung halaman, dah beli tiket ke? Cepat..cepat nanti dah habis alamatnya tak beraya kat kampung la ye....

4 comments:

♥Atiqah♥ said...

dah beli....tapi mahal nk mampus... dripada 35 jadi seratus lebih... terpaksa la beli... =(

Unknown said...

hehehe

tak pernah lagi susah2 carik tiket balek kampung
:P

aizatshafiq said...

@atikah

mahalnye...
tiket ape yang sampai seratus lebih tu?...
flight ke?..

aizatshafiq said...

@ery farieha

yela...
awak tu duk dkt ngan family...
sy ni jauh...
hehehehe