August 15, 2010

aizatshafiq.com | Domain baru blog ini

Sejak October tahun 2008, aku telah pun menggunakan domain apieceofaword.blogspot.com sebagai alamat blog aku. Hari ni, blog ini secara rasminya telah berpindah ke satu domain yang baru iaitu aizatshafiq.com bagi menggantikan domain lama. Aku telah pun menilai beberapa pendapat dari mereka-mereka yang lebih pakar macam MelRomeo dan Ariffshah tentang kebaikan menggunakan domain sendiri.


Aku juga menerima pendapat-pendapat mereka yang telah lama menggunakan domain sendiri. Melalui post yang aku buat  Dari Blogspot ke [dot]com aku telah dapa pelbagai pendapat. Setelah mengambil kira semua faktor dan kelebihan apabila menggunakan domain sendiri. Hari ni aku dah berdaftar dan telah pun menukar kepada domain aizatshafiq.com. Nak tukar domain tak la mahal. Aku cuma perlu keluarkan tak lebih dari RM35.

Berdasarkan pembacaan aku terhadap blog-blog bloggers otai, mereka lebih menggemari domain sendiri kerana ini dianggap satu branding untuk blog mereka. Secara tak langsung, memberi mereka satu trademark dalam dunia blogging. Selain itu juga, menggunakan domain sendiri, dikatakan lebih mesra SEO. Dan aku akui yang menggunakan domain sendiri memang lebih mesra SEO. Kalau tak percaya korang boleh try klik dekat Google. 

Jadi aku pun nak mencuba juga untuk domain baru ni dan lihat prestasi aku untuk masa-masa akan datang.

2 comments:

Unknown said...

wahh
bertukar juga akhirnya
;)

tahniah2~
oohh name ko aizatsyafiq eh?
hehehehe

aizatshafiq said...

@Ery Farieha

hehehe...thanks...
a'a...
nama i aizat shafiq...
kenapa?...
pernah dengar ke?...
=p