August 12, 2010

Aktiviti Bloggers sepanjang Ramadhan | Apa azam korang?

Peserta untuk contest SEO oleh DenaiHati.com dah meningkat sehingga 46 orang peserta. Dan hari ni aku lihat senarai nama peserta telah ada pun blogger-bloggers dari negara jiran kita Indonesia yang menyertai. Sekaligus ini bakal memberi satu persaingan yang hebat antara peserta-peserta contest Hidup Seorang Blogger. Nak tahu lebih lanjut pasal contest ni jom klik Contest Hidup Seorang Blogger.

Bermula Ramadhan, kita akan lihat banyak gerai-gerai yang makanan yang tumbuh bak cendawan lepas hujan. Malah ada juga rakan bloggers yang mula beniaga. Kalau korang tinggal berdekatan dengan Kota Bharu, jangan lupa singgah dekat bazar Ramadhan Stadium Sultan Muhammad ke IV. Sebab abang Joe kita berniaga kat situ. Kalau tak percaya, korang boleh tengok kat Jadual Sepanjang Ramadhan abang Joe kita ni. Aku pun turut serta nak berniaga bulan Ramadhan ni. Tapi dekat-dekat rumah je. Tolong mak aku jual air soya. hehehe...


Blogger-blogger lain pun ada juga jalankan aktiviti bersempena bulan Ramadhan ni. Macam Lord Zara, dia anjurkan Tadarus Al-Quran secara maya. Kepada mereka yang nak join aktiviti Tadarus ni, aku rasa masih tak terlambat. Hari ni baru Ramadhan kedua. Masih awal lagi. Jom tengok Projek Tadarus Al Quran bersama Lord Zara. Sama-sama kita meriahkan lagi bulan Ramadhan dengan meningkatkan amalan-amalan kita ye.


Jadi sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ni, sama-sama lah kita isi masa kita dengan aktiviti-aktiviti yang penuh dengan keberkatan. Maklum la, bulan  Ramadhan ni merupakan satu bonus kepada kita. Bulan yang digandakan pahala kita. Jadi kalau kita sia-siakan bulan ni, macam amatlah rugi bagi kita. Sambil nasihat, aku nasihat juga diri aku ni. Azam Ramadhan aku kali ni aku nak khatamkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan . Insyaallah aku akan cuba capai azam aku ni. 

Apa azam korang untuk Ramadhan kali ni?

3 comments:

s h a said...

sy pon nk khatamkan al-quran ramadhan kali ni...selalu x smpat jew...mesti smpat juz 20 lebih jew...jum lumba dapat pahala lebih banyak...

aizatshafiq said...

@shee

jom2..
sama2 kita doa supaya boleh khatam Ramadhan kali ni ye...
=)

Faarihin said...

samalah.. azam sy pun nak khatam al-quran dalam bulan ramadhan ni.. sekali pun jadilah.. (^__^)