August 18, 2010

Kes Buang Bayi | Di mana hati mereka?

Aku dah bosan dengar pasal kes buang bayi. Tak kira la, dalam berita TV ke, dalam surat khabar ke. Dah banyak sangat. Malah dah ramai juga blogger yang tulis pasal kes buang bayi ni. Setiap hari mesti ada keskes buang bayi. Sekejap kat situ kejap kat sini. Dan bayi-bayi ni ditinggalkan dalam keadaan yang amat daif. Di tinggalkan tanpa pakaian, ditinggalkan di dalam beg. Memang tidak berhati perut. Dan ada juga yang dibiarkan mati sejurus sahaja membuka mata melihat dunia ni. Apakah salah mereka?

Terbaca akan satu artikel dalam surat khabar hari ni. Antara sebab-sebab yang ditimbulkan ialah kurangnya perhatian ibu bapa. Fakta ni telah pun dikuatkan lagi dengan fakta-fakta yang golongan remaja kini semakin bebas. Ini ditambah pula dengan remaja-remaja telah pun meninggalkan rumah untuk melanjutkan pelajaran jauh dari pemerhatian ibu bapa. Secara tak langsung, remaja diberi hidup sendiri pada usia muda. Bila dah bebas macam-macam dah jadi. 

Selain tu banyak pengaruh lain. Kalau diikutkan balik pengaruh internet dengan laman-laman web porno yang mudah je nak buka. Filem-filem sekarang pun dah banyak tunjuk benda-benda macam ni. Tak kurang juga pengaruh rakan sebaya. Tapi yang aku rasa banyak memberi impak ke dalam hidup seorang remaja adalah pengaruh rakan sebaya. Aku juga berfikir, adakah perempuan zaman sekarang ni terlalu mudah memberi dan mudah termakan pujuk rayu lelaki?

Baru-baru ini ada usul yang menyatakan bahawa hukuman kepada mereka yang membunuh bayi adalah mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan. Hukuman mengiku Seksyen 32 Kanun Keseksaan ialah hukuman yang berkaitan dengan membunuh dengan niat. Ini memperuntukkan hukuman mandatori yang mana pesalah akan dihukum dengan hukuman gantung sampai mati. Dan aku rasa hukuman ni adalah wajar kepada mereka-mereka yang membunuh bayi. Sebab mereka-mereka memang tak ada perasaan. Malah, sanggup berlaku kejam terhadap darah daging mereka sendiri. 


Aku tak sanggup nak lihat gambar-gambar bayi yang di buang. Sungguh menyayatkan hati. Tapi apa perasaan mereka yang membuang bayi-bayi ni? Tak ke mereka terfikir akan kesan tindakan mereka ini. Aku tahu yang kebanyakan bayi ini adalah dilahirkan beragama Islam. Kalau ikutkan statistik dibawah ni:


Statistik ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sekitar tahun 2000 hingga 2008. Sebanyak 257,000 sijil kelahiran yang tidak dicatatkan nama bapa telah dikeluarkan. Statistik yang diambil pada 4 tahun dari 1999-2003 menyatakan 30,978 daripada 70,430 merangkumi 44 % adalah orang Islam. Tu untuk statistik pada 5,6 tahun lepas. Sudah tentu statistik tahun ni makin meningkat malah semakin teruk dengan meningkatnya kes-kes pembuangan bayi yang berleluasa.

Jadi apa sebenarnya kesimpulan dari kes-kes buang bayi ni? Siapa yang patut dipersalahkan? Adakah perempuan terlalu mudah termakan pujuk rayu lelaki? Atau juga lelaki sengaja ingin mengambil kesempatan ke atas perempuan? Atau pun memang sudah digambarkan bahawa antara tanda-tanda kiamat adalah lahirnya ramai anak luar nikah? 

Fikir-fikirkan.

10 comments:

Siti Noor Aminah said...

binatang pun sayang anak weh

joegrimjow said...

baca artikel terbaru kat harakah
stylo jugak

Unknown said...

ini kerja yang
melibat kan
lelaki dan pompuan.
so jangan sekali2 nak menyalahkan satu pihak saje..

aizatshafiq said...

@gadis comel

tu la...
kalau binatang sayangkan anak...
mereka-mereka in macam mana pula?...

aizatshafiq said...

@joegrimjow

nty aku tengok...
thanks joe...
=)

aizatshafiq said...

@diana

maaf jika ada pihak yang tersinggung...
niat tak nak singgung hati siapa-siapa...
sekadar memberi pendapat...

nuriz said...

tak larat nak dengaq dah kes ni..sungguh sedih le

aizatshafiq said...

@nuriz

tula...
banyak sangat dah kes-kes camni kan...
pening-pening....

rafhan said...

dah la dosa zina x tertanggung. tambah lagi dgn dosa membunuh. Astaghfirulahalazim..

aizatshafiq said...

@rafhan

mereka tak fikir kot semua tu...
=(