August 23, 2010

10 situasi lelaki wanita harus fahami



10 situasi lelaki yang wanita harus fahami. Betul atau tidak?

  1. Bila si dia sibuk... Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja atau pun menemani kamu pergi membeli belah.
  2. Bila si dia ego... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoaan bila sikap begini menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
  3. Bila si dia romantik... Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupas selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.
  4. Bila si dia panas baran... Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
  5. Bila si dia penat... Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu berehat secukupnya dan jangan memaksa di  membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan.
  6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... Cuba berterus terang dan luahkan rasa tidak puas hati kamu terhadap sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.
  7. Bila si dia mengongkong...Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut sahaja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan kamu berdua.
  8. Bila si dia selamba... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya buat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ni selalunya ingin kita yang memulakan dulu. Sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaiman untuk menarik perhatiannya.
  9. Bila si dia curang... Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
  10. Bila si dia lurus bendul... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinua tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Ni apa yang perempuan patut fahami situasi lelaki. Tapi sejauh mana kebenarannya. Aku pun tak tahu. Tapi aku, sebagai lelaki, mengakui kadang-kadang info di atas ni memang dikehendaki lelaki. Tapi bukan semua lelaki mempunyai perangai yang sama. Terpulang kepada individu tu sendiri. Jadi pendapat anda bagaimana?


10 comments:

QERY HASAN said...

thanks for da info!! hhu..

aizatshafiq said...

@wanhairi

sama-sama...
=)

saya_arief said...

wanita2 sekalian..
take note ye..
;D

aizatshafiq said...

@saya_arief

hehehe...

Faris said...

Salam bro,

mantap skrg ye.. keje katne leni? ada fb?

aizatshafiq said...

@Faris

wsalam...
ape yang mantapnye?...
biase2 je...
ade je...=)

hentakbelipat said...

i like!

aizatshafiq said...

@hentakbelipat

i like it too...
hahahaha

bella said...

ah lelaki je ..... habis sape pulak nak faham wanita ? kalau sume lelaki dah kongker ? lelaki pulun sume ... so, wanita turut je ? bila sume lelaki kongker banyak lah kekejaman lelaki terhadap wanita berlaku ... INI pendapat je ... :)

aizatshafiq said...

@bella

hehehe...
nanti sy buat entry untuk perempuan pula ye...
=)