August 20, 2010

Musim Menetas dan Musim Mengawan | Punca Permasalahan Buang Bayi

Aku cukup tertarik dengan entry daripada Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang bertajuk Buang Bayi: Antara Musim  Menetas dan Mengawan. Banyak fakta yang beliau keluarkan. Sejak kebelakangan ni kita selalu saksikan kes pembuangan bayi berada dalam kaca televisyen mahupun di surat khabar. Malahan menjadi satu tajuk perbualan orang ramai mengenai kes-kes pembuangan bayi. Tapi apakah punca-puncanya?


Melalui artikel beliau, berdasarkan fakta yang dikeluarkan dalam tempoh beberapa tahun ni antara bulan Julai, August dan September merupakan bulan yang mempunyai bilangan kes buang bayi yang paling tinggi. Secara tak langsung ini dikatakan bulan menetas dan antara bulan December dan sebelumnya merupakan musim mengawan. Ini bermakna bulan December merupakan bulan berzina. 

Bila difikirkan kembali akan fakta yang beliau kemukakan, memang tepat. Dan tidak boleh diperkatakan lagi. Sebab ketika itu, sambutan-sambutan Tahun Baru giat dijalankan.Malah kita boleh melihat sendiri akan pasangan-pasangan bergaul bebas dalam sambutan-sambutan yang diadakan. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa sambutan Tahun Baru, malam sambutan Hari Kekasih dan juga malam sambutan kemerdekaan ini merupakan antara penyumbang terbesar dalam masalah gejala sosial pada masa kini.



Antara bukti yang beliau kemukakan adalah:
  • Lebih  300 remaja yang melakukan kegiatan tidak senonoh dengan pasangan masing-masing di tahan dan dibawa ke masjid Asy Syakirin berhampiran KLCC untuk menjalani sesi kaunseling dan motivasi dalam Ops Hijrah 2008 pada malam sambutan tahun baru. Laporan Sinar Harian [2/1/2008] 
  • Pesta seks besar-besaran di tepi pantai di Johor Bharu bagi menyambut Tahun Baru. Syarat dikenakan ialah lelaki tidak dibenarkan memakai seluar dalam manakala wanita perlu memakai G-String dan sedia membukanya selepas tengah malam bagi meraikan sambutan tahu baru. Laporan Harian Metro [1/1/2009]  
  • Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (KEWAJA) Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu lupa diri ketika menyambut Hari Kekasih. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam kemudian mengambil pil khayal sehingga mereka berzina lalu hamil. Utusan Malaysia [10/2/2007]
  • Yahaya Mohamed Yusof juga telah mengendalikan 3000 kes mengandung luar nikah sejak 1998 dan mengakui bahawa 50 peratus daripada mereka ialah pelajar sekolah menengah atas dan IPT dan setiap kali tiba musim perayaan [sambutan] mereka akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu. Utusan Malaysia [10/2/2007]
  •  Baru-baru ini juga kita digemparkan dengan kempen "No Panties" sempena sambutan Hari Kekasih yang dilancarkan dalam negara kita. Untuk apa kita menyambut Hari Kekasih tanpa seluar dalan kalau tak merancang untuk melakukan maksiat? Harian Metro[14/2/2010]

Kalau dilihat kembali kepada fakta-fakta yang dikemukakan, memang tak boleh disangkal yang ini mungkin antara penyebab keruntuhan akhlak dan gejala maksiat zaman ni. Jadi secara tak langsung dari sinilah bermulanya kes-kes pembuangan bayi. Patutlah pihak-pihak berwajib mengadakan satu perbincangan untuk mengatasi permasalahan ni sebab sekarang ni dah makin serius. Dan sampai ke tahap yang kritikal.
Renung-renungkanlah.

4 comments:

sYafIk-wAy said...

dunia akhir zaman , macam2 berlaku , huu takut bila fikir tetibe je Allah nak turunkan bala yang maha dasyat

velasrizal said...

wal fit dunya akhir zaman...

Harga Kuih Muih Terkini !

aizatshafiq said...

@syafikjack

tu la...
kalau lah dilanda banjir macam Pakistan...
nauzubillah...

aizatshafiq said...

@velasrizal

salah satu tanda-tanda akhir zaman...