August 27, 2010

Isu gadis persenda zikir | Kita membuka aib orang

Terpanggil untuk aku tulis entry ni. Entry aku berkaitan tentang gadis bertudung persenda zikir banyak mendapat teguran daripada rakan bloggers. Dan ramai yang mengingatkan aku tentang hukum mengaibkan orang. Isu mengenai gadis bertudung yang menjadi isu utama hari ini bila rata-rata ramai blogger yang tidak setuju dengan penyebaran video yang mengaibkan mereka sebab dalam video memang jelas-jelas menunjukkan rupa paras mereka. 

Aku dapat comment dari anonymous, yang mana merupakan senior kepada mereka yang terlibat dalam video ni yang mengatakan bahawa video ini tersebar tanpa kehendak mereka apabila phone yang merakamkan video ini dicuri pada bulan 6 yang lepas. Sehubungan dengan itu, kandungan video yang dianggap mempersendakan zikir ini telah tersebar dalam laman youtube dan lebih memalukan lagi bila ramai bloggers yang menulis mengenainya termasuk la aku sendiri. Mengenai video ini, mereka telah pun membuat laporan polis dan polis sedang menyiasat tentang kes penyebaran klip video ini.

Bila di fikirkan balik artikel yang telah dihantar oleh Nana d'Fedrin kepada aku mengenai isu gadis bertudung persenda agama ni. Tersentuh hati aku yang aku telah membuka aib orang lain. Mungkin video ni dah pun ditonton oleh ramai orang di Youtube, tetapi aku tak sepatutnya menambah lagi jumlah tontonan video ini.

Setiap manusia pasti melakukan kesilapan, tapi tidak sepatutnya mereka dimalukan begini. Rata-rata komen yang aku lihat mengenai isu ini ramai yang mengutuk, mengeji dan memaki perbuatan mereka. Sepatutnya kita memberi teguran dalam bentuk nasihat ataupun peringatan. 



Aku terbaca artikel di iluvislam.com mengenai aib ini, apa yang dicatatkan dalam artikel tersebut mengenai aib. Sebagai manusia kita merupkana makhluk yang lemah danhamba yang penuh kebergantungan kepada Allah s.w.t. Kita takkan terlepas dari melakukan dosa. Walaupun secara terang-terangan dan sembunyi-sembunyi. Dosa terang-terangan akan mengundang malu terhadap orang lain melainkan hati sudah keras seperti batu. Malah bila melakukan dosa yang tersembunyi, hanya Allah sahaja yang tahu.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan i akhirat. Dan Allah ta'ala akan sentiasa menolong hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)

Aku juga silap dalam hal ini. Jadi aku memohon seribu kemaafan jika artikel aku menyinggung perasaan mereka-mereka ini. Kepada mereka-mereka yang masih menyiarkan artikel atau video berkaitan. Harap dipertimbangkan kembali. Sebab kita tak mahu mendapat dosa bila menyiarkan artikel sedemikian. Mungkin penulisan ni berbentuk ceramah. Tapi aku harap dapat kita sama-sama ingat-mengingati.

p/s: Aku dah remove entry berkaitan Gadis bertudung persenda zikir. Mungkin dalam entry tu lebih banyak mengeji daripada meningati. Di harap kita mengambil iktibar diatas perkara ini.


p/s/s/s: thanks kepada mereka yang mengingatkan aku mengenainya.

9 comments:

Unknown said...

agak lah
sebab memang nampak muka terang2 kan
huhuhu~

aizatshafiq said...

@ery farieha

tu la pasal...
sebab orang upload video ni tak blurkan gambar tu dulu...
huhuhu

zulaikha said...

part yang menyebarkan lagi tu mmg silap kita coz membuka aib orang..

but, i wonder kenapa diorang nak buat macam tu. and apa motif diorang mempersendakan Zikir itu. Apa motif diorang merakamnya?

Kesimpulan, kalau nak buta video tu, buatlah yang ilmiah sikit. Dan jangan main2 dengan agama..

sekadar pendapat;
.::ZULAIKHA::.

Cikgu Dahlia said...

oke..nanti sis nak remove jugak dah...huhuh
thanks MX...
xberniat nak mengaibkan, cuma nk mereka dan kita beringat, jangan persenda hal2 mcm ni walau macam mana sekalipun..

aizatshafiq said...

@Zulaikha

mungkin tu kesilapan diorang...
terlalu nak happy sampai jadi macam tu...
harap dengan tersebarnya video tu dapat dijadikan pengajaran buat mereka dan orang lain...
=)

aizatshafiq said...

@Dahlia

same2...
just ingat-mengingati...
harap di buat pengajaran untuk kita tentang isu ni kn...
=)

Anonymous said...

this is my opinion abt wats happening with this issue..n pls dnt b mad at me for giving u guys a piece of my mind..=D..kte kena igt jgak bahawa setiap yang berlaku ade hikmahnye...kenape video ni tersebar dlm internet dgn izin Allah?..mungkin orang mcm ni perlu "dibayar cash" sewaktu di dunia utk mereka sedar..Allah sayang kpd sume umatNya..dn Allah memberi hidayah kpd kite sume dlm pelbagai bentuk mahupun peristiwa..jgn dok salahkan org tu org ni..org tu tunjuk video la..mengaibkan org lain la..org ni hina zikir la..kte kena bersyukur yg akibat drpd peristiwa ni semua org dpt hidayah terutama skali kpd gadis2 tu..mereka patut bersyukur yg terang terangan yg Allah sayangkan mereka dan mahu mereka bertaubat..see wat cn they learn after all that happened..peace...

aizatshafiq said...

@Anonymous

Pandangan yang bagus...
Sebab tu kita sepatutnya tak terburu-buru menilai seseorang tu kan...
betul tak?
=)

megat said...

benar, sebagai muslim sebenar yang sentiasa ingat Allah, perbuatan mengaibkan adalah satu bentuk sahsiah diri yang sangat digalakkan.

secara tak langsung apabila kita bercerita atau mengaibkan orang lain, kita tahu sikap sebenar seseorang.lebih tepat hati seseorang.