August 28, 2010

M. Rajoli terlantar sakit | Tidak mampu berkata-kata

Seniman tersohor M. Rajoli kini terlantar sakit. Keadaan kesihatan beliau masih tidak berubah. Di rumahnya, beliau terbaring di atas katil besi dengan susuk tubuh yang kurus dengan mata layu yang terbuka tanpa kata-kata. Ucapan salam pihak wartawan kepadanya langsung tidak mendapat jawapan daripadanya hanya sekadar pandangan mata layunya yang menyimpan seribu makna.

Menurut wartawan Utusan Malaysia, ketika 5 bulan lalu dia menziarah nya, beliau masih mampu berkata-kata walaupun sepatah dua. Namun kini, dia lebih menyepikan diri. 

Jika isteri tercinta bertanya makan minumnya, M. Rajoli akan menunjukkan isyarat bagus jika lapar dan menggoyangkan tangan jika dia enggan makan.

“Macam itulah abang sejak dua bulan lalu. Dia tak mahu bercakap dan makan minum pun dia tidak pernah minta.

“Mulanya saya tunggu juga apabila dia mahu makan tapi lama-lama dia diamkan diri dan tidak pernah minta apa pun walaupun setitik air.

“Akhirnya saya buat keputusan memberi abang makan ikut waktu tertentu iaitu pukul 10 pagi beri sarapan, pukul 2 petang makan tengahari dan pukul 8 malam suapkan makan malam,” cerita Hashimah sambil memandang penuh kasih pada suami tercinta.

Bukan itu sahaja, malah kini Hashimah juga memastikan M. Rajoli memberi reaksi terhadap apa saja pertanyaannya terutama dalam memastikan makan minumnya terjaga.

M. Rajoli menjalani pembedahan penyakit limfoma (kanser kelenjar di otak) pada 11 November 2007. Selepas pembedahan itu, M.Rajoli menjalani kimoterapi sebanyak empat kali.

M. Rajoli asalnya boleh berjalan seperti biasa selepas pembedahan. Bagaimanapun, kata Hashimah, selepas darah dan air tulang belakang diambil untuk tujuan uji kaji, dia terus terbaring.

“Enam bulan abang menjalani fisioterapi tetapi apabila melihat tidak ada perubahan, saya dan anak-anak mengambil keputusan untuk menghentikannya.

“Tetapi kini setiap petang Selasa dan Rabu ada dua orang jururuawat dari syarikat swasta akan datang ke rumah untuk membuat fisioterapi.

“Selama sejam itu, mereka mengurut dan menggerakkan kaki dan tangan abang agar tidak kejang tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

“Di samping itu sebulan sekali, saya akan ke Intistitut Jantung Negara (IJN) untuk mengambil ubat jantung abang,” cerita Hashimah.

Hashimah yang mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya dengan M. Rajoli - Siti Zaleha, 34, Nur Muhammad, 33, Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff, 23, ketika ditanya penjagaan terhadap suaminya, sambil membetulkan selimut suaminya, berkata: “Syukur benar saya ada anak-anak yang tidak merungut menjaga bapa mereka.

p/s : Sama-samalah kita mendoakan kesihatan beliau.

6 comments:

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

semoga m rajoli cepat sihat,, amin,

aizatshafiq said...

@siti faridah harun

insyallah...
sama-sama kita doakan...
=)

liyanaziz said...

kesiannya.. semoga pak m. rajoli kembali sihat..

aizatshafiq said...

@liyana aziz

kita doakan yang terbaik buat beliau ye..
semoga beliau cepat sembuh...

NIA said...

semoga beliau sembuh.aminn

aizatshafiq said...

@sizuka

amiinn~