April 2, 2010

Letupan di Moscow...Kita di hina?...

Hari ni kita telah di gemparkan dengan kepulangan salah seorang pelawak yang terkenal tanah air iaitu Din Beramboi ke Rahmatullah...Pada pukul 12.35 tengah malam tadi...di Hospital Selayang. Jenazah beliau telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong jam 11 pagi tadi...Semoga rohnya dicucuri rahmat.


Ada tak kita terdengar berita akan pengeboman berani mati yang telah berlaku di Moscow, Rusia pada 28 Mac lepas...Yang mana telah meragut nyawa seramai lebih kurang 38 orang dan lebih 60 orang cedera...Pengeboman ini telah dilakukan 2 orang wanita telah dikatakan ada kaitan dengan perjuangan Al-Qaeda...

Kat sini bukan aku nak komen apa, aku cuma tengok comment-comment kat facebook kawan-kawan aku kat Rusia, terutama yang Islam...memang mereka mendapat tempias daripada tragedi ini...Terutama kawan-kawan perempuan yang bertudung, sudah tentu pemakaian mereka yang menunjukkan ke Islaman mereka telah dipandang serong di sebabkan pengeboman ini...

Setiap kali ada pengeboman, dengan mudah kita sebagai umat Islam dilabel pengganas...Aku hairan...Ada satu comment dalam facebook yang menimbulkan kemarahan aku..Mana tak nya aku baca comment pun aku boleh terasa...Korang bayangkan sendiri, kalau korang naik tren LRT ke Komuter ke...Korang duduk kat sit kosong...Tiba-tiba secara tak langsung orang yang duduk sebelah kita bangun...Tak ke rasa marah?...Terasa?...Sakit Hati?...

Tu yang dah terjadi kat member-member aku kat Rusia...Sejak tragedi tu macam ada kesan jugak kat diorang...


Gambar mangsa tragedi...


Mangsa sedang dirawat..

Sekarang ni aku masih mencari hukum agama bagi mereka yang melakukan pengeboman berani mati...Adakah itu sah di sisi agama?...sedangkan aku tahu yang hukum membunuh diri itu adalah haram...Tambah-tambah pula melibatkan kematian orang awam...Setahu aku juga, Dalam Islam, ada undang-undang yang perlu di patuhi dalam peperangan...Yang mana ada syarat-syarat yang patut diorang ikut...Hmmm....

So..kalau korang ada apa-apa info...Pasal ni...Kongsi-kongsi la ye....



Sumber adalah dari:

12 comments:

Unknown said...

dayun pun masih tertanya2 apakah hukum melakukan pengeboman berani mati ni.. bukankah ia ibarat membunuh diri?

mie said...

ada juga terbaca artikel ttg ni...
mmg berani mati betul pengebom tu..

aizatshafiq said...

da[Y]un-

betul...

kalau kita tengok balik sama macam bunuh diri...

nanti saya akan try cari hukum yang sepatutnya...

insyaallah...

aizatshafiq said...

mie-

memang diorang nie betul-betul berani...

tapi betul ke cara diorang?...

hmmm...masih difikirkan lagi...

ijah said...

assalammualaikum saudara ku semua..kita tidak boleh samakan pengebom berani mati ini dengan membunuh diri.sungguh tak sama.hukumnya kena tengok keadan di tempat berlakunya itu.contohnya seperti palestin..hukum mengebomkan diri adalah menjadi shahid kerana suasana keadaan yang tidak dapat lagi dikawal dgn serangan bertubi tubi oleh yahudi dan israel.bagi menghentikan mereka dgn cara inilah.sebelum mereka mengebomkan diri mesti mereka dah kaji dan siasat apa yg ada dikawasan itu..mungkin kawasan itu terdapat kubu untuk memusnahkan ummat islam dan manusia manusia yg rakus dan berniat jahat terhadap islam.harus ummat islam menghancurkan mereka.dan mereka mesti tahu bahawa tiada jalan lain kecuali MENGEBOM agar tiada lagi perancangan dan niat jahat mereka terhenti.dan hanya tempat tempat tertentu je yg telah difatwakanoleh ulamak.malaysia tak boleh yee.jadi kita sebagai org isam ni renungkan..apakah niat mereka mengebomkan diri..bkn untuk kepentingan diri kan.utk islam..untuk memberitahu dunia tntg masaalah mereka..bila berlaku letupa.dunia akan ambil kesah.di russia..adakah umat islam bebas di sana..kita kena selidik dan ambil tahu tenyg kehidupan ummat islam disana dan barulah kita boleh rumuskan adakah wanita ini shahid atau sebaliknya.yelah!cuba kita bayangkan juka kita berada di suasana yg disekat untuk beramal dan dipandang hina oleh rakyat lain sedangkan kita adalah rakyat negara itu dan sepatutnya bebas melakukan apa apa.Apatah lagi jika hukuman bunuh dan dera kerana kita sebagai org islam..Yang pastinya ISLAM sekarang sedang ditindas dan dihina..

hentakbelipat said...

member aku pun ade lepak sane..mmg lagi discriminani la mslim kat sane

joyah sepot said...

aku penah tnya ustazah aku pasl ni..
memang tak boleh..
1st sbb bunuh diri memng tersenarai dlm dosa2 besar..
then 1 lg bukan hak kita nk bunuh orang lain tanpa sebb. maksud ak kalo org tu wat cm tu secara tak langsung akan meragut nyawa org yang tak berkenaan kn.mmg tak ptut.
tapi tu la..
ade segelintir org2 ni bertindak terburu2 dan secara tak langsung kawn2 ko yg kt rusia tu jd mangsa. tp tak tau la kn maybe mereka ade alasan yang tersendiri. besar pahala kawn ko tu dapat sbb berjuang mencari ilmu di tempt cm tu. suh diorg sabar k.

papehal kalo aku ade tersilap btol kn ye..=)

Ieqa Swetluv said...

entahla.. ika rs bersyukur sgt sbb dok kat Malaysia.. lebih baik dr ngaa2 yg lain.. kalo awk tau gak pasal hukum tu nty kongsi2 gak la ye =)

aizatshafiq said...

ijah-

terima kasih atas pandangan anda.betul...Saya setuju dengan pendapat anda...Tapi apa yang saya nak tahu adalah apa sebenarnya hukum bagi mereka yang digelar sebagai pengebom berani mati?...

Seperti yang saya nyatakan...dalam sesuatu perkara mesti ada pantang larangnya...Juga dalam peperangan...Bukan ke kalau ikut syarat peperangan dalam Islam, kita tak dibenarkan membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua...Jadi apabila di bom di satu tempat orang awam...Bukankah tu sudah melanggar syaratnya?...

aizatshafiq said...

hentakbelipat-

macam tu jugaklah aku dapat berita daripada kawan-kawan aku kat sana...

aizatshafiq said...

joyah sepot-

terima kasih atas pandangan tu...

memang betul...aku pun kesian kat member-member kat sana...

biasa la...Dunia zaman sekarang...

sama-sama la kita kembalikan kegemilangan umat Islam di dunia...

insyaallah...

aizatshafiq said...

ieqa swetluv-

insyaallah...

nanti kalau dapat tau apa yang sebenarnya...

akan saya kongsikan...