April 1, 2010

Proton Satria Neo CPS R3 Lotus Racing


Bersempena dengan Formula 1 Grand Prix yang akan berlangsung hujun minggu ni...Proton telah melancarkan kereta Satria Neo CPS R3 Lotus Racing...Yang mana merupakan usahasama diantara Lotus dan juga Proton...

Kereta ni dah dilancarkan di Pavilion bersempena dengan pameran Lotus Racing disana yang telah dihadiri oleh Tun Dr. Mahathir sendiri..

Berita selanjutnya klik SINI

Serba sedikit tentang detail kereta ni...Harga kereta ni telah dianggarkan RM 15k...kerana dipenuhi dengan upgrade dan juga tuning oleh R3...Horsepower (HP) kereta ini juga telah ditingkatkan daripada 125hp kepada 145 hp...Dengan kelajuan 0-100 km/h dalam masa 9.2 saat...Boleh dikatakan laju jugak la...


Kereta ini juga lebih ringan daripada Satria Neo biasa sebanyak 62 kg daripada 1150 kg...Selain tunu-up di bahagian enjin...Kereta ini juga di lengkapi dengan R3 Titanium Exhaust Headers, R3 Alloy Underdrive Pulleys, R3 Exhaust System dan juga R3 Carbon Fiber Airbox...termasuklah R3 tuned camshaft...untuk power upgrade...
Berdasarkan spec yang diberikan...Proton hanya bercadang untuk mengeluarkan 25 buah Satria Neo Lotus Racing Edition...Dan ada sumber yang mengatakan bahawa 11 unit telah pun di tempah...


AP racing disc brake yang telah dipasang pada Satria Neo CPS R3 Lotus Racing


Klik untuk tumbesaran SPEC R3 Lotus Racing....



p/s: info adalah daripada paultan.org

No comments: