May 30, 2012

Followers blog makin berkurang?

Followers makin kurang?


Kalau sebelum ni followers untuk blog ni mencecah 800 orang. Tapi dalam masa dua hari dah berkurang ke 798. Bermakna dua orang dah meng "unfollow" kan blog ni. Mungkin penulisan dalam blog ni tak menarik hati diorang kot. Sebab tu diorang dah tak nak follow.

Tapi apa-apa pun aku ucapkan terima kasih kerana korang pernah follow blog ni. Sekurang-kurangnya korang dah bagi sokongan kat blog ni sebelum ni. Hak nak follow atau tidak itu terpulang kepada diri masing-masing. Tak perlu la nak paksa-paksa. Betul tak?

Mungkin bila dah di"unfollow" ni menunjukkan yang mungkin ada yang tak berminat dengan penulisan aku kat blog. Jadi kena lah mempertingkatkan lagi penulisan aku kat blog. Masih dalam improvement. Tambahan pulak dalam 2,3 hari ni aku sibuk sikit. Sebab ke Kuala Lumpur. Jadi tak punya masa nak update. Bila dah balik rumah banyak la sikit masa nak update blog ni. 

Kepada yang masih baru kepada blog ni, blog aku lebih berkongsi tentang apa yang aku alami. More to personal blog. Dan aku tulis blog ni sebab aku suka jadikan blog sebagai hobi. Sejak aku mula blogging dari tahun 2005, susah aku nak tinggalkan blog walaupun aku pernah stop blogging sejak May tahun lepas. Tapi kembali aktif tahun nie.

Untuk follow atau tidak terpulang pada korang. Yang penting aku jadikan blog ni tempat aku berkongsi. Selagi aku dapat berkongsi, selagi tu aku akan berkongsi.

Happy blogging !

No comments: