September 26, 2010

Blog = Duit | Betul ke?

Sekarang ni ramai yang nak jadi blogger. Maklum la, orang cakap yang blog ni boleh buat duit. Sana cakap blogging boleh dapat duit. Sini cakap blogging boleh dapat duit. Sebab tu sekarang ni ramai yang nak buat duit dengan blogging.

Hari tu, Nuffnang dah pun masuk dalam news. Maknanya sekarang ni Nuffnang dah pun terkenal dimata rakyat Malaysia. Orang pun dah mula tahu apa itu Nuffnang. Jadi bila dah tahu ramai yang boleh buat duit dengan Nuffnang ramai yang nak jadi bloggers. Sebab nak dapat duit. Duit dan duit. 

Tapi senang ke nak dapat duit dengan blogging? Cuma perlu blog dan terus dapat duit. Mungkin kepada mereka yang mash baru berblog ni aku nasihatkan jangan terkejar-kejar sangat nak dapat income sebab income tu datang dengan sendiri. Betul aku tak tipu. Yang penting kena ikhlas berblogging dan cuba cari reader untuk ke blog. 

Nak kata income aku ni banyak bulan-bulan tu tak la. Tapi setakat aku bersama Nuffnang ni income baru je menjangkau RM 200++. Tak banyak pun. Kalau dulu memang aku blogging sebab terlalu nak kejar income. Ye la kan. Sape yang tak nak duit. Sape yang tak nak jadi macam Redmummy.com yang income bulan September ni je dah hampir nak cecah RM 8000. Sape yang tak nak kan? Tapi bila kita fikir balik. Berape lame masa yang diambil oleh Redmummy.com nak capai tahap dia sekarang. Betul tak?

Tips nak dapat income banyak tu terpulang pada diri sendiri. Korang boleh buat bisnes dengan blog. Bila blog korang dah established dah terkenal. Baru orang akan datang cari blog korang. Time tu la korang boleh buat bisnes. Jual apa yang korang rasakan boleh provide. Boleh dapat duit jugakkan?

Memang ada antara blogger tu yang dah dapat ribu-ribu bila blogging. Korang mesti selalu tengok blogger-blogger cakap pasal prestasi blog kan? Tapi kita tengok pada blog diorang. Berapa ramai pembaca sebulan? Berapa ranking blognya? Tu yang utama. Bila dah ramai yang baca pasal blog kita tu bermakna kita dah ade reader. Aku masih ingat lagi mula-mula aku blogging dengan blogger. Tahun 2008. Memang traffic tu tak ade pun. sehari tu boleh cakap sorang un susah nak dapat. Tapi tu tak bermakna korang tak boleh nak terkenal. Sebab semua orang start dari bawah. 

Korang perlu ade strategi nak perkenalkan blog. Terus-terang aku cakap yang aku pun masih lagi belajar. sebab Unique Viewer dalam blog aku ni tak lah sehebat blogger-blogger macam Ben Ashaari, Eyriqazz, Ariffshah yang lebih ramai pembaca blognye. Aku setakat mempunyai reader yang suka baca blog aku pun dah cukup. 

Yang penting korang perlu tahu macam mana nak promosi blog. Sebab nak tarik reader ke blog kita. Bila dah ade reader. Traffic pun naik. Traffic = Earnings. Sebab tu fokus pada traffic duit akan datang secara sendirinya.

15 comments:

Ciklinn said...

akak setuju....akak setuju.. tapi nyer doett nuff masih sikit... huwaaaaa

Bro Framestone said...

beautiful nara pun dah start nk berbisnes huhuhu

cam kak red dalam masa yang sama beliau dijemput untuk promosikan product.. bukan sahaja dari nufnnag.. bahkan dari syarikat lain

tue yg income leh riban2..

tp jangan ingat jadi blogger xperlu bayar tax ek huhu

gitew la kate2 kak red kat bro

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

aizatshafiq said...

@ciklinn

insyaallah nanti banyak la tu...
dulu time mule2 join nuffnang lambat jugak nak dapat income tu...
sekarang ni alhamdulillah...
hehehe

aizatshafiq said...

@broframestone

bayar tax?..
wahhh...tak teringat pulak pasal tu...
hehehe..
selalunya berape percent yang kene bayar ek?

Ben Ashaari said...

salam aizat ..

konsep bagi ben .. blog ibarat tanam benih durian ..

aizatshafiq said...

@Ben Ashaari

hehehe...
macam tu ye...
lame2 mesti dapat hasil betul tak?..
=)

Usy@M^^ said...

setuju2 sesngt.. bkn senang..lbh2 lg nk dpt pengunjung blog yg ramai...

Saya Suka Cara Kamu Berfikir

aizatshafiq said...

@syamsul anuar

betul tu...
nak panggil orang baca blog kita bukannya senang...
yang penting kita tahu ape yang reader suka baca...
=)

Ken Wooi said...

blog kerana ada niat mau blog, bukan saja tentang duit.. =)

aizatshafiq said...

@ken

that's right bro....
jangan nak kejar duit je kan...
=)

tika said...

xpenah pn terfikir nak kejar income,sbb da ade keje...wt blog pn cme nak share je...add nuffnang pn sbb tgk blog lain ade nuffnang...hahaha..igtkan bnde tu wajib ade...sengal btl...tp skrg br tau function nuffnang tu..klu ade rezeki,ade la...lgpn Allah da tulis rezeki msg2 kan...

aizatshafiq said...

@tika

oo..yeke...
hehehe...tapi nak dapat income dengan nuffnang pun kenaa maintain blog jugak...
bila dah takde orang nak tengok blog susah la nak dapat iklan tu nanti...
=)

tika said...

hoho..berserah je...yg penting update blog tiap2 hari...ble org suke,org akn sllu dtg...

aizatshafiq said...

@tika

betul2...
kena sentiasa update...
baru orang datang...
=)

anyss said...

Salam,
Mmmmm bila dah mula blog...rasa ketagih pulak. Sehari tak online walaupun tak updet blog rasa macam tak lengkap pulak hidup kan ;)