September 22, 2010

AC Mizal terima Datuk


Wah. Tak sangka ye kalau dah rezeki seseorang tu. Pengacara dan pelakon AC Mizal kini dah pun bergelar Datuk satu gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan Pahang. Bekas pengacara AF ni mengaku telah pun menerima surat penganugerahan tersebut pada awal Ramadan lalu dan bakal diterima secara rasmi mengikut adat istiadat istana pada akhir tahun ini.

Mengikut Ac Mizal, gelaran tu diterima merupakan rezeki yang diterimanya selepas menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Belia umendapat gelaran ini kerana kejayaannya sebagai artis yang berjaya dalam bidang perniagaan. Secara tak langsung bakal menjadi contoh kepada artis-artis muda yang lain.

Berikut adalah berita daripada Mstar
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara AC Mizal mengesahkan menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang.
Bekas pengacara Akademi Fantasia itu mengakui telah menerima surat penganugerahan tersebut pada awal Ramadan lalu dan bakal menerima secara rasmi gelaran berkenaan mengikut adat istiadat istana pada akhir tahun ini.
"Saya sudah menerima surat dari pihak istana berhubung perkara ini namun belum lagi menghadiri majlis perlantikan secara rasmi di istana.
"Insya-Allah ia mungkin diadakan pada hujung tahun ini, tapi pihak istana sudah memberi keizinan untuk saya terus mengunakan gelaran tersebut," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Ulang Tahun ke10 Perkahwinan Vanida Imran dan Rashidi Ishak, Isnin.
Bagaimanapun, menurut AC dia masih belum mengunakan gelaran tersebut dan masih dalam proses mempersiapkan diri.
"Gelaran itu satu anugerah kepada saya. Ia bagus untuk bisnes yang sedang saya jalankan sekarang, namun begitu buat masa ini saya belum berani untuk mengunakannya kerana belum menghadari majlis penganugerahan.
"Saya masih dalam proses untuk berubah daripada seorang artis kepada ahli perniagaan selain mahu menerima gelaran tersebut," ujarnya.
Dalam pada itu, Pengerusi AC Konsortium Sdn Bhd ini juga memberitahu gelaran Datuk yang diterimanya merupakan rezeki selepas dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
"Saya dapat gelaran ini disebabkan kejayaan saya sebagai artis yang berjaya dalam perniagaan. Walaupun belum setahun lagi perniagaan saya ini tapi Alhamdulilah rezeki perniagaan saya semakin baik.
"Secara tidak langsung saya boleh memberi contoh yang baik kepada artis-artis muda yang lain. Saya tidak mahu artis hanya dikaitkan dengan cerita-cerita negatif sahaja," katanya.
Selain itu, AC memberitahu dia tidak pernah meningalkan dunia seni sejak bergelar usahawan. Namun dia mengakui lebih memilih tawaran yang bersesuaian dengannya.
"Saya masih dalam industri seni. Saya ada kontrak dengan Astro selama dua tahun lagi. Insya-Allah lepas raya ini ada program yang akan saya kendalikan.
"Untuk tawaran berlakon memang sekarang saya kurangkan sedikit sebab saya ada tanggungjawab terhadap perniagaan yang saya usahakan ini. Namun begitu saya masih menerima tawaran yang bersesuaian dengan umur dan masa saya," kata AC.

Tahniah buat AC Mizal.

8 comments:

Adzriel AB said...

Alhamdulillah, dah rezeki dia. Doakan Allah murahkan rezeki kita juga & mendapat keberkatanNya.

Lovely Emy said...

bestnyerr isteri dia tiba tiba dapat datin kan..

aizatshafiq said...

@Adzriel AB

aminn~

aizatshafiq said...

@Lovely Emy

hehehe...suami Datuk..
mesti la isteri Datin...
=p

Dyla Dahlan said...

aznil ble nk dpt dtuk?aznil lg best kot dr ac mizal..uhuk..

aizatshafiq said...

@fara dee dilah

yang tu tak tahu la...
pasal yang best tu...
stuju sangat...kadang-kadang ni macam nampak kecik sangat kan jasa diorang..

misz june said...

dh rezeki .. bertuah la kan?

aizatshafiq said...

@lolipop pedas

betul tu...
besyukur je la...
=)