September 22, 2010

Siapa cakap pen tak boleh membunuh?

Siapa kata pen tak boleh membunuh? Kalau korang terbaca berita daripada Harian Metro seorang kanak-kanak meninggal dunia apabila tertelan besi hujung pen. Besi tersebut dikatakan tercabut dan menyebabkan saluran penafasan tersekat.

Gambar sekadar hiasan

Aku tahu ramai yang mempunyai hobi mengulum pen ni. Biasanya orang akan gigit-gigit hujung pen ni bila susah nak jawab soalan exam ke. Tengah fikir idea ke. Mesti diorang akan gigit hujung pen ni kan? Jadi kepada korang yang suka gigit pen tu. Berhati-hati la ye. Sebab pen ni boleh membunuh. Bahaya.

Berita dipetik daripada Harian Metro
KANGAR: “Dia tidak mahu suami saya memandikannya seperti kebiasaan, sebaliknya mahu mandi seorang diri di luar rumah beberapa jam sebelum meninggal dunia,” kata Rohayani Asra, ibu kepada Mohd Hamizan Jasmin, 10, yang mati akibat tertelan besi hujung pen ketika berada dalam kelas di Sekolah Kebangsaan Chuping, dekat sini, semalam.
Murid tahun empat itu dipercayai mengulum pen berkenaan sebelum secara tiba-tiba besi hujung depan pen berkenaan dikatakan tercabut dan memasuki saluran pernafasannya menyebabkan dia rebah sehingga mengejutkan rakan sekelas lain. 
Mangsa kemudian disahkan sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beseri selepas tidak sedarkan diri, kira-kira jam 9.45 pagi dan hasil bedah siasat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) menemui besi hujung pen itu dalam badannya, semalam. 
Rohayani berkata, selain enggan dimandikan ayahnya, Mohd Hamizan juga menunjukkan perubahan sikap apabila menjadi pendiam sejak seminggu lalu sedangkan sebelum ini dia banyak bercakap. 
Bapa mangsa, Jasmin Saman, 44, pula berkata sejurus selepas kejadian, dua guru datang ke rumahnya memaklumkan anaknya tertelan sesuatu dan dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beseri untuk rawatan.
“Bagaimanapun, saya menjadi lemah lutut apabila melihat arwah sudah kaku di katil dengan keadaan mulutnya berlumuran darah manakala pegawai perubatan di klinik berkenaan pula gagal menyatakan punca sebenar kematian. 
“Malah, ujian X-ray juga gagal menjumpai sesuatu bagi mengaitkan punca kematiannya menyebabkan jenazah anak saya dibawa ke HTF untuk dibedah siasat,” katanya. 
Menurutnya, selepas selesai bedah siasat petang semalam, baru doktor menemui sesuatu dalam badan arwah iaitu besi pen yang menjadi punca kematiannya. 
Katanya, arwah Mohd Hamizan adalah anak kedua daripada empat beradik, malah dia sempat menghantar anaknya itu ke sekolah dengan motosikal, semalam. 
“Arwah seorang yang aktif selain rapat dengan ibunya. Malam tadi (semalam), dia sempat berbual panjang dengan ibunya. Apapun, saya reda dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkannya sebagai ketentuan Allah,” katanya yang bekerja sendiri. 
Mayat mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Perun, Chuping, lewat petang semalam. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros, mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut. 
Beliau berkata, pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa, namun siasatan terperinci tetap dilakukan termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan sekelas, guru dan ibu bapa mangsa. 
“Kami menerima laporan daripada seorang guru Hal Ehwal Murid sekolah terbabit yang menyatakan arwah meninggal dunia kerana tertelan sesuatu ketika berada dalam kelas bersama rakan lain,” katanya. 
Difahamkan, besi hujung pen itu memasuki saluran pernafasan mangsa hingga menyebabkan mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.

4 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

bahayaaaaaaaaaaaaaaa doh :(

aizatshafiq said...

@miss lolly

memang cukup bahaye...
ade hobi macm ni jugak ke?...
=p

Bro Framestone said...

sape kate pensil xleh membunuh.. xpercaya.. tgk la joker wat silap mata dgn pensil dalam cite batman

he..23x

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

aizatshafiq said...

@Bro Framestone

hehehe...
lupe pulak...
bro ingat lagi ye cite batman tu...
=p