September 15, 2010

Kahwin, Beranak lepas tu TINGGAL?

Aku rasa ramai yang tengok cerita Susuk kat TV3 daripada tengok cerita Kerana Cucu kat TV1. Aku tak tengok cerita susuk tu sebab dah tengok dah. So, dah tahu sangat jalan cerita.


Cerita Keranan Cucu lakonan Kartina Aziz kat TV1 satu ni cukup memberi pengajaran. Aku rasa kalau ikut realiti zaman sekarang cerita ni memang menunjukkan situasi yang berlaku zaman sekarang. Dan  dengan cerita macam ni memang boleh bagi pengajaran la kalau dihayati betul-betul.

Aku cerita la serba sedikit cerita ni. Cerita ni pasal seorang perempuan yang belajar di luar negara. Lepas tu nak dijadikan cerita dia bertemu dengan eorang lelaki lepas tu berkahwin la mereka. Perempuan ni anak orang kaya. Anak datuk la katakan. Sebelum kahwin tu memang la parents dia tak bagi kahwin. Maklum la masih belajar lagi. Tapi lepas pujuk rayu kat parents dia akhirnya berkahwin la diorang. Tapi dengan satu syarat. Tak boleh pregnant. Tu syaratnya.

Tapi biasa la. Tempat jauh. Mana mak bapak boleh control kan? Habis satu part. Bila dah ada anak. Baru la diorang bagitahu mak bapak. Balik Malaysia. Bila dah balik Malaysia. Tinggal anak kat mak bapak diorang. Ye la kan. Nak sambung study balik. Mana boleh nak jaga-jaga anak ni. Part ni aku cukup tak setuju. Bila dah ada anak. Tinggal kat mak bapak. Suruh mak bapak jaga. Sungguh senang kan.

Tapi bila anak tu dah besar. Dah pandai nak berjalan. Baru la terhegeh-hegeh nak ambik balik. Janji itu la ini la. Patut ke? Aku rasa memang tak patut. Sebab dah tinggal bertahun-tahun lepas tu datang nak ambik senang-senang je. Kalau dulu masa budak tu baby lagi tak reti-reti nak jaga. Time dah besar baru nak ambik. Tak patut juga la. Sedih mak bapak dia. 

Pengajaran cerita ni cukup jelas. Aku rasa kalau aku tak cerita pun korang boleh tahu. Oleh tu, kalau dah pandai kahwin bila dah beranak tu kena la jaga. Hmmm..Korang fikir-fikirkan lah.

6 comments:

Unknown said...

orang sekarang ni
kalau beranak memang tak pandai jaga kan??
saye macam tu la..
mase beranak dulu nak dok dengan mak jugak
sebab tak pandai jaga baby..

aizatshafiq said...

@diana

ooo...yeke...
mungkin sebab tu jugak...
masih belajar cara-cara nak jaga baby...
thanks for ur pendapat ye...
=)

Anonymous said...

huhu.. :( klu nk jg sendiri xde pglmn.. camne klu mintk tlg mak jager.. :P

chanz said...

dah lama tak layan tv..betul ar citer ni sangat sesuai dengan situasi skang.

aizatshafiq said...

@sweet-ladybird

mntk tolong tu tak salah...
tapi kalau tinggal terus macam mana pulak ye?...
hehehe

aizatshafiq said...

@chanz

betul tu...
citer tu memang sesuai untuk situasi sekarang...
tapi tak tahu la berapa ramai yang tengok cite2 cmtu..
=)