September 16, 2010

Apa itu domain? | Tips Blogging

Kali ni aku nak bercerita pasal domain. Ni sebab permintaan dari Ezao Edogawa yang bertanyakan pasal domain. Jadi aku harap entry dapat menerangkan apa itu domain kat korang ye.

Apa itu domain?

Bila bercakap pasal domain, domain ni merupakan alamat kepada blog korang. Cuma bila korang menggunakan domain yang macam blogspot.com ataupun wordpress.com tu dipanggil free domain hosting. Kalau korang pakai domain yang berbayar korang boleh buat alamat blog korang [dot]com. Tapi untuk menggunakan domain sendiri korang cuma kena bayar fees untuk setahun. Biasanya tak mahal, dalam RM30++ je.

Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan ni macam NetKL. Kat sini korang boleh la pilih domain yang macam mana korang nak. .com, .com.my, .biz , .net dan banyak lagi la. Korang cuma perlu bayar yuran tahunan je. Lepas tu kean tukar setting pada blogger kalau korang menggunakan hosting blogger.com la. Bila bercakap pasal hosting, korang mesti nak tahu pulak apa itu hosting.

Apa itu hosting?

Untuk hosting, blog ni masih lagi menggunakan free hosting iaitu blogger. Jadi aku tak gunakan lagi hosting berbayar. Biasanya bila korang menggunakan hosting berbayar korang dah tak guna blogger.com. Sebab korang akan dapat CPanel daripada hosting provider yang akan korang gunakan untuk manage blog korang. So, secara tak langsung korang punya blog lagi banyak customization la. Nak tahu lebih lanjut pasal hosting berbayar ni korang boleh lah tanya dengan Mel Romeo sebab dia gunakan hosting berbayar.

Jadi bila bertukar kepada domain  sendiri ni banyak juga kesan yang akan berlaku pada blog korang. Aku dah pun buat entry pasal Kesan Pertukaran Domain pada blog korang. Bila dah bertukar domain dari blogspot ke [dot]com, banyak faedah yang korang dapat. Tapi niat nak berblogging tu kena la ikhlas. Sebab kalau korang tukar alamat domain ni semata-mata sebab nak dapat income lebih tu susah la. Yang penting kita kena jaga kualiti blog kita supaya orang datang ke blog kita. Aku tak cakap yang menggunakan [dot]com ni boleh dapat banyak visitors. Tu terpulang kepada kita. Sebab kalau tengok blog sharinginfoz masih lagi berdomainkan blogspot.com tapi traffic untuk blog tersebut tetap tinggi.

Aku harap info ni serba sedikit dapat memberi maklumat dekat korang apa itu hosting dan domain. Kalau tak faham boleh drop komen. Nanti aku akan cuba terangkan kat korang ye. 

2 comments:

Ezao' Edogawa said...

Oh skang aky phm. Mean kena byr domain tu utk stahun la kan? lepas dh tamat tempoh kena byr lagi lah?

kalau kita dh beli.. mcm mana pula nk pakai domain tu? ke domain automatically tukar? ... (blogspot.com > ...com ) ataupun kita yang buat nanti?

ohh aku dh paham byk la jugak pasal domain ni, insyallah la nti aku tukar. Ni masih student,nnti2lah dulu. tq bro!

aizatshafiq said...

@ezao edogawa

bila dah beli domain...
kena tukar setting dekat blogger.com pulak...
blog tak hilang...cuma tukar setting je...
lepas tu macam biasa la..
kalau lagi cepat tukar domain lagi elok..
sebab lambat-lambat nanti susah nak naikkan PR balik...
=)