September 21, 2010

Penyelesaian ke atas masalah malware yang berlaku

Sejak 2,3 hari ni kalau korang perasan banyak masalah yang melibatkan blog berkaitan Malware. Banyak blog dikatakan diserang oleh malware. Termasuk la blog aku. Jadi kat sini aku nak kongsi penyelesaian terhadap masalah malware ni yang aku dapar daripada sedakasejahtera.


Malware ni dikatakan berpunca daripada iconyang digunakan dalam blog list. Kalau korang perasan bila korang letakkan icon blogger pada bloglist mungkin akan timbul masalah malware ni. Ini disebabkan oleh 'favicon.ico' merupakan sebuah file yang menjadi sasaran serangan malware dan menyebabkan bila korang nak masuk ke sesuatu laman blog ni akan menyebabkan korang mendapat amaran selain menyebabkan komputer korang dijangkiti.

Cara-cara nak buang icon tu :
  1. Pastikan anda tidak milih tanda "icon" semasa menetapkan penyenaraian blog rakan-rakan anda semasa "Configure Blog List".
  2. Pergi ke Dashboard anda pilih Design -> Page Elements -> My Blog List
  3. Kemudian pastikan anda tidak meletakkan tanda semakan di kotak "icon", biarkan ia kosong. (Lihat gambar sebelah).
  4. Setelah itu barulah anda klik "Save".
Lepas korang dah buang boleh la restart balik korang punya browsers. Insyaallah nanti dah tak ada masalah malware ni. Tapi kalau korang nak kepastian yang lebih, korang boleh la cari perisian anti-malware. Macam Malwarebytes dan juga Ad-Aware Free Internet Security 8.3.1. 

Ni sekadar perkongsian untuk masalah malware yang sedang berlaku sekarang.

Selamat berblogging ye. =)

4 comments:

Ayie said...

Ayoyo.. baru 1st time aku tahu ia pasal ni.. hohoho.. btw.. check your blog with google webmaster tools

You can view and read my post here

http://blog-ayie.com/serangan-malware/

aizatshafiq said...

@ayie

aku dah check pakai webmaster tools..
blog aku takde...
memang berpunca dari masalah ni...
jadi aku dah buang ikon tu terus settle...
hehehe..

ok2...aku check...=)

Wan Gerrard said...

Orait, terima kasih ^_^v
harap Blog Gerrard tak kena~

aizatshafiq said...

@wan gerrard

harapnya macam tu la..
jangan la timbul masalah-masalah malware ni lagi...
=)