September 19, 2010

Banyak betul dugaan puasa enam di bulan Syawal.

Hari baru aku start nak puasa enam. Lepas sepuluh hari dah masuk bulan Syawal. Baru hari ni aku start puasa enam. Cukup berlainan bila berpuasa di bulan syawal ni. Maklum la, banyak dugaan dan cubaan. Kalau bulan puasa, rasa cukup lain. Tenang je. Tak banyak dugaan dah cabaran. Tapi bila berpuasa bulan yang mana-mana tak diwajibkan puasa ni. Fuhhh. Banyak dugaan.

Cuaca bulan Ramadan cukup sejuk dan tenang walaupun panas. Tapi bila berpuasa bulan Syawal ni. Panas memang betul panas. Sampai terasa ke dalam otak. Nak menunggu ke waktu berbuka tu cukup lama. Bertambah pula dengan dugaan orang sekeliling yang makan-makan. Sebab tadi aku pegi pasar malam. Nak cari Putu Mayam kat pasar malam tu. Nampak la orang tengah minum air kelapa. Fuhh. Cukup mencabar keimanan. Sebab aku memang dahaga gila time tu.

Tapi tu dugaan yang selalu ditempuh bila berpuasa di bulan lain. Bila dah berbuka tu semua hilang. Alhamdulillah sebab hari ni dah pun berjaya puasa hari pertama. Masih ada 5 hari untuk lengkapkan puasa enam ni sebelum habisnya bulan Syawal. Insyaallah.


Teringat kenangan berpuasa di bulan Ramadan kan. Baru 10 hari meninggalkan kita. =)

3 comments:

Idalara said...

Alhamdulillah..masa buat puasa 6 ni tkde dugaan sgt..biasa je..tak lapar dan dahaga wlupun tk bersahur..tp baru dpt buat dua hari je dah uzur pulak..insyallah smbung esuk lusa ni..

aizatshafiq said...

@idalara

harap2 nya macam tu la...
insyaallah sempat habiskan dalam bulan ni..
berpuasa dengan family...mak pulak uzur...jadi kena tunggu la dlu..
sebab nak habiskan sama-sama..
=)

Nur Azila Ismail said...

alhamdulillah zila da abes puasa enam khamis lepas . mmg besar dugaannye kan