September 19, 2010

Peminjam PTPTN wajib bayar pinjaman dengan potongan gaji

Aku rasa ramai pelajar-pelajar zaman sekarang yang meminjam dengan PTPTN kan? Berikutan itu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin akan melaksanakan pemotongan gaji gara-gara ramai peminjam pinjaman tersebut gagal membayar balik pinjaman mereka selepas belajar. 


Berdasarkan peruntukan sebanyak RM35 billion yang diperuntukkan untuk pinjaman, kerejaan telah pun memberi pinjaman terhadap pelajar sebanyak RM23 billion sejak tahun 1997 hingga Julai tahun ini. Sepatutnya bulan Julai yang lepas kerajaan mengutip sebanyak RM 3.6 billion daripada RM 23 billion tu. Tapi kerajaan hanya berjaya mengutip sebanyak RM 1.8 billion. Bayangkan, betapa ramai yang tak bayar pinjaman.

Jom ikuti laporan berita di bawah:

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.
Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata mulai Jun tahun depan, semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ismail yang mula memegang jawatan sebagai Pengerusi PTPTN bermula 1 September lepas berkata, pelaksanaan itu akan membabitkan pindaan Akta PTPTN 1997.
Katanya cadangan bagi meminda undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.
"Kita akan membincangkan mengenai pindaan Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu pada hujung bulan ini dengan pihak LHDN dalam mesyuarat ahli lembaga dan cadangan itu akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan," katanya kepada pemberita di majlis jamuan Aidilfitri Parlimen Kuala Krau dekat sini, Ahad.
Hadir sama Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusuf.
Beliau berkata pihaknya juga akan menunggu keputusan kerajaan berhubung gaji minimum yang akan ditetapkan kepada peminjam sebelum potongan gaji dilakukan.
Ismail berkata usaha itu juga diambil bagi kepentingan semua pihak terutamanya supaya ia tidak mengganggu pemberian pinjaman kepada peminjam lain yang bakal melanjutkan pengajian ekoran sikap peminjam terdahulu yang liat membayar balik pinjaman.
Beliau berkata cara pembayaran secara sukarela oleh peminjam seperti melalui pemotongan gaji, di kaunter bank dan secara online dilihat tidak berkesan di mana 46,000 daripada 1.6 juta peminjam langsung tidak pernah membayar balik pinjaman.
Ismail yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Krau berkata sejak 1997 sehingga Julai lepas, PTPTN telah mengeluarkan dana pinjaman sebanyak RM23 bilion daripada jumlah dana yang diperuntukkan untuknya iaitu RM35 bilion.
"Sepatutnya bulan Julai lepas kita sepatutnya berjaya mengutip semula RM3.6 bilion daripada jumlah RM23 bilion itu namun kita hanya mampu kutip RM1.8 bilion ekoran kedegilan peminjam," katanya.
Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan 1.6 juta peminjam, hanya 42 peratus atau 600,000 peminjam yang membayar balik pinjaman setakat ini.
Menurutnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengarahkan PTPTN supaya bekerjasama dengan kementerian dan jabatan kerajaan terlibat bagi mendapatkan data lengkap peminjam seterusnya mengenal pasti mereka yang masih gagal membayar semula pinjaman untuk memudahkan urusan bayaran balik pinjaman menerusi potongan gaji yang akan dilaksanakan tahun depan.- BERNAMA


Jadi kesimpulannnya di sini, sebagai seorang yang bertanggunjawab dan peminjam PTPTN korang patut membayar balik pinjaman yang kita pinjam. Sebab, duit yang yang dipinjam tu akan dijadikan dana untuk pelajar generasi yang akan datang. Bukannya lari dari membayar pinjaman. Tu yang sepatutnya. Sebab bila dah pinjam kena la bayar. Sebab untuk kegunaan generasi akan datang jugak kan. 

9 comments:

CT said...

abih tu dh sonok2 guna ptptn beli hp n lappy....bayo la balik...ada yg siap beli motobike lg..huhuhu

aizatshafiq said...

@CT

yang tu setuju..
bila dah ada pendapatan sendiri tu kena la bayar balik...
kesian kat generasi akan datang...nanti tak dapat pinjaman pulak...
=)

CPFZ said...

ade tu dah berzaman keje,
dah kaye raye,kete,umah dah ade,
tp sampai la ni x bayo2,ape kejadah?
pastu nnt org yg br abes stdy yg kene tempias,dpt surat cinta dr PT,diiringi surat lawyer..
peh..x pasal2 plak kan..
aku dh pnh trkena camtu..
nsb bek gne PT x byk,pastu lega la dpt jPa..
tp surat cinta ttp dtg,sbb diorg x time reason aku brenti pnjam PT.
padahal ms tu blm abes stdy lg,keje jgn mmpi la...



(erk,apekah over sgt komen aku nih?
slalu btul jd cmni kan?hua3..)

aizatshafiq said...

@ayaz

surat tu mintak ape ayaz?...
diorang tak suruh kita berenti pinjam ke?..
tak pernah guna PTPTN...sebab masa study dlu pinjam MARA je...
huhuhu

CPFZ said...

aizat,
surat cinta tu mntak aku bayo duet diorg la,padahal aku ms tu stdy tak abes lg,
berenti pnjam PT sbb dpt jPa..
dan2 nak aku trus bayo,ingat aku dh keje ke hape..
PT hny berentikan pnjaman kt student yg CGPA <2.0,
bile nak berenti,kena wat surat bgthu diorg..camtu la lbh kurgnye..

aizatshafiq said...

@ayaz

oo..ye ke..
ayaz bagtau surat tak kat diorang?

CPFZ said...

aizat,
aku dah bg pun surat kt PT,bgthu diorg yg aku dpt scholars,nak berenti pnjam PT.tp diorg x lyn..
ms tu zmn aku stdy sem 4 ke,sem 5 tah..
surat lawyer pn sampai,suh bayo jgk duit PT,nak x nak bayo gak la,walau cket..
member laen pn ade gak kena camtu..

aizatshafiq said...

@ayaz

oo..ye ke...
sampai macam tu sekali ye..
ish3..teruk jugak pinjam dengan PTPTN ni ye...

Kimi Rekonen said...

aku setuju kalau wajib bayar