September 23, 2010

Kenderaan Lelong dekat JPJ Negeri Sembilan

Pengumuman kepada mereka yang ingin nak beli kereta terpakai. Sebab kali ni JPJ Negeri Sembilan nak lelong kereta-kereta yang di sita di Kompleks JPJ Negeri, Jalan Seremban-Tampin, pada 5 Oktober ni. Mengikut pengarahnya, Mohd Kamal Saad, kenderaan yang akan dilelong adalah melibatkan 59 buah motosikal, 12 kereta dan juga 13 lori.

gambar sekadar hiasan

Jadi kepada mereka-mereka yang rasa nak beli kereta baru boleh la tengok kat lelongan JPJ ni. Kot-kot mana tahu berkenan. Untuk maklumat, dokumen penjualan lelong boleh dibeli mulai semalam hingga 5 Oktober pada waktu pejabat dengan harga RM50 senaskhah.

Kepada mereka yang dah pun beli dokumen penjualan lelong ni boleh la tengok kenderaan yang bakal dilelong di pagar sita JPJ Seremban, JPJ Cawangan Jempol dan Stesen Penguatkuasa Pedas, pada 29 dan 30 September ni serta pada 1 Oktober mulai jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Aku tak ada pengalaman beli kereta lelong JPJ. Agak-agak korang kenderaan lelong JPJ ni elok lagi ke? Sebab biasanya kalau tengok selalunya kenderaan yang disita ni akan dibiarkan 2,3 tahun. Pastu baru lelong. Jadi elok lagi ke kereta-kereta tu? Pastu, harga lelong kereta tu murah tak? Ke lebih kurang harga kereta secondhand kat luar je?

No comments: