September 25, 2010

Digi iPhone 4 Play

Kali ni aku nak cerita sikit pasal iPhone 4 punya applications. Memang banyak, Tapi bukan semua yang kita perlu guna betul tak? So, kali ni kita cerita sikit sebanyak applications iPhone 4 yang aku rasakan memang aku perlu guna. Sebab kalau dalam phone lain susah sikit nak dapat application macam ni. 

Guitar Toolkit

Bila bercakap pasal guitar, memang aku cukup perlu dengan Guitar Toolkit ni. Sebab aku seorang pemain guitar yang masih lagi amatur. Jadi tak sampai tahap macam Slash lagi la. So,banyak yang nak kena belajar. Nak ingat chord sana-sini. Lepas tu, Guitar Toolkit ni pun boleh jadi macam Guitar Tuner. Jadi senang lah untuk aku nak betulkan tune guitar aku. Mana tahu, kot-kot tersilap ke. Hehehe.


Cukup menarik interface bagi Guitar Toolkit ni. Sungguh mesra pengguna. Dan tak mustahil ia mudah untuk digunakan.

AccuTerra


Bercakap pasal knot ni memang perlu untuk aku. Sebab aku seorang yang sukakan adventure. Tak percaya? Korang tengok je la kat bawah ni.  Ni time kitorang tengah tunggu nak panjat balik. Tapi disebabkan jalan tak jumpa. Rehat-rehat la dulu. 


Banyak aktiviti aku melibatkan hiking, mount climbing. So, map memang diperlukan oleh seorang yang sukakan aktiviti adventure macam aku. Jadi bila suka aktiviti hutan macam ni, equipment yang perlu ada adalah GPS. Tu memang penting. Takut sesat kat mana-mana susah pulak. Jadi sebab tu aku perlukan Application AccuTerra yang mana merupakan GPS untuk recreation. Sangat berguna untuk outdoor aktiviti macam aku.



Convert~the unit calculator


Dah namanya pelajar. Memang perlu la benda-benda macam ni. Di samping namk memudahkan pembelajaran aku. Convert ni memang cukup berguna sebab boleh convert banyak unit. Contoh, macam panjang, suhu, tekanan, isipadu banyak lagi la unit-unit yang boleh diconvertkan menggunakan Applications ni. Kira memang berbaloi la kalau guna iPhone4 yang dilengkapi dengan software ni.


Tu je aku rasa antara tiga applications iPhone 4 yang aku rasakan cukup berguna untuk aku. Sebab memang susah nak dapat kat phone lain. Maklum la, all in one la katakan. Bukan senang. Tapi bila ada applications iPhone macam ni. Memang cukup berbaloi-baloi. Hehehe. Ni tak termasuk kalau korang guna perkhidmatan dari Digi yang sememangnya menjanjikan kepuasan. Tak percaya? Boleh tengok kat bawah ni.


Percaya ke tak lagi ni? Percaya je la. Nak tengok info selanjutnya boleh lah melawat tak pun menjenguk laman web Digi. Jom ke sana...

2 comments:

darkbatman said...

ak bru jer wt en3 ne..gudluck tuk kite bro.hehee

aizatshafiq said...

@darkbatman

jom bersaing secara sihat...
hehehe..
=)