September 24, 2010

Tayang boxer time sembahyang Jumaat? | Tak patut

Dua benda yang cukup mengganggu aku time sembahyang Jumaat kat masjid tadi. Kat sini aku nak highlight sikit sebab memang betul-betul menyakitkan mata dan hati. Cuba korang bayangkan bila masuk ke masjid dengan tidak memakai pakaian sepatutnya walaupun menutup aurat. Bukan aku nak kata aku ni 'perfect' sangat. Tapi ni sekadar berkongsi pendapat aku.

Tadi ada sorang mamat ni. Pakai pakaian yang aku rasakan memang tak sesuai. Lepas tu aku pulak duduk belakang mamat ni. Cukup menyakitkan mata. Yela kan, duduk jarak saf bukan nye jauh. Bila dengan khutbah Jumaat, masing-masing duduk bersila. Korang tengok dulu gambar kat bawah ni.


Berseluar londeh. Pakai rantai. Pakai gelang. Tu lah yang dipakai oleh mamat ni. Aku bukan nak mengata. Tapi kalau korang fikir balik, memang tak sesuai nak bawak pergi sembahyang Jumaat. Kalau korang nak pakai pergi shopping complex tu takpe la. Tapi pergi masjid cukup-cukup tak sesuai. Bila dah duduk bersila dengan seluar yang londeh ni dah sah-sah nampak yang seluar kat dalam. Fuhhh...Tengah dengar khutbah pun boleh mencabar iman. Termasuk la aku yang duduk kat belakang mamat ni. Bawak-bawak ubah la cara pemakaian ke masjid. Sebab cukup mengganggu makmum lain. Terutama orang yang berada kat belakangnya.


Kalau pakai macam ni kan sedap sikit mata memandang. Selesa je. Kalau nak pakai jeans ke masjid pun tak salah. Tapi biar la kemas sikit. Ni terbukak kat belakang. Lepas tu tayang kat orang ramai. Rasanya memang tak patut la.

Aku sekadar mengingati diri aku dan rakan-rakan sekalian. Sebab aku pun bukan sempurna sangat.

6 comments:

CPFZ said...

erk..
ade jugak yg pakai agak x senonoh camtu..ish2...

Unknown said...

macam mana pakai seluar gini?
selesa ke?
selekeh je nampak..

aizatshafiq said...

@ayaz

tu la pasal...
sakit betul mate memandang...
huhuhu

aizatshafiq said...

@diana

hehehe...
tu kena tanya tuan pemakai...
kalau kat shopping complex tu tak pe lagi...
tapi kalau dekat masjid ni rasenye tak patut la...
huhuhu

Hasrol Nizam said...

aku pun selalu je pergi tak pakai kain pelikat baju melayu. tapi takde la sampai pakai seluar londeh smpai nmpk boxwer..haih

aizatshafiq said...

@hasrol nizam

tu la pasal...
macam tak patut jugak sebenarnye...
huhuhu