September 14, 2010

[Terkini] Kes Pembunuhan Sosilawati | Dibunuh dengan Senjata Cangkuk

BANTING 13 Sept – Senjata berbentuk cangkuk sepanjang 30 sentimeter dikatakan digunakan untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sebelum mangsa dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Perkara itu didedahkan salah seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut.

Dalam operasi bermula jam 4.30 petang yang turut mendapat bantuan Unit Penyelam Pasukan Gerakan Marin, polis bagaimanapun hanya menjumpai seutas jam tangan dipercayai milik seorang mangsa, manakala cangkuk berkenaan gagal ditemui.

“Pasukan penyelam yang mencari semua bahan bukti itu, termasuk senjata terbabit, menghadapi kesukaran kerana air sungai terlalu keruh dan cetek,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari bahan bukti itu terpaksa dihentikan, kira-kira 7 malam berikutan keadaan gelap.
Kelmarin, polis menemui beberapa spesimen, termasuk tulang dipercayai milik mangsa yang dibuang dalam Sungai Mesuk dan Panchau. Beberapa barang peribadi mangsa turut ditemui daripada beberapa suspek dan di tempat kejadian, termasuk jam tangan Sosilawati.

Pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, terbongkar selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa sejak 30 Ogos lalu.

Sementara itu, tinjauan di firma peguam terbabit di Jalan Sultan Alam Shah di sini, mendapati premis itu ditutup dan diletakkan garisan polis, petang semalam.

Difahamkan, premis itu adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek.
Sumber memberitahu firma guaman itu dipercayai lokasi urus niaga di antara suspek dan mangsa dilakukan sebelum ini, manakala tinjauan di rumah suspek utama di Taman Cempaka di sini mendapati ia tidak berpenghuni dan berkunci.

Dalam perkembangan berkaitan, ibu bapa dua beradik peguam itu dipercayai tiba di tanah air malam kelmarin selepas sebulan bercuti di India sebaik dimaklumkan mengenai penahanan kedua-dua anak mereka. — Berita Harian


POLIS TEMUI JAM TANGAN DI DALAM SUNGAI

BANTING 13 Sept – Polis sekali lagi menemui petunjuk baru apabila salah seorang suspek menunjukkan tempat beberapa barang peribadi mangsa dibuang.

Dalam operasi bermula jam 4.30 petang itu, suspek yang berusia 20-an turut menunjukkan lokasi senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa dibuang di tepi jambatan Sungai Kanchong Laut.

Dalam operasi tiga jam yang dilakukan Unit Penyelam Pasukan Gerakan Marin hanya seutas jam tangan dipercayai milik salah seorang mangsa ditemui.

Sumber memberitahu, polis turut mencari salah satu senjata berbentuk cangkuk sepanjang 12 inci yang dipercayai digunakan bagi memukul semua mangsa hingga mati sebelum dibakar.

“Pasukan penyelam yang mencari semua bahan bukti itu termasuk senjata terbabit berdepan kesukaran kerana air sungai terlalu keruh,” katanya.

Katanya, operasi kemudian dihentikan kira-kira 7 malam berikutan keadaan gelap.

Manakala, tinjauan di rumah milik suspek utama di Taman Cempaka, di sini, mendapati ia tidak berpenghuni dan berkunci.

p/s: Kalau lah Datuk Sosilwati betul-betul dibunuh dengan cangkuk. Memang kejam. Semoga pesalah-pesalah tu dijatuhkan hukuman yang teramat berat. Apa-apa pun kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Datuk Sosilawati dan juga 3 orang yang lain. Semoga pemergian mereka dicucuri rahmat. Amin~

6 comments:

Kalamhati said...

Kejamnya..tak dapat kita bayangkan cemana mereka menghadapi ajal mereka..

Semoga Allah permudahkan urusan kes ni..Al-Fatihah

aizatshafiq said...

@kalamhati

diharapkan polis dapat selesaikan ni...
lepas tu jatuhkan hukuman kepada pesalah tu...
sungguh kejam mereka itu...

Anonymous said...

ketentuan Tuhan ...hanya dia yang lebih tahu kenapa dan mengapa

kata kila said...

mcm seram je

aizatshafiq said...

@anonymous

kita doakan semoga roh mereka dicucuri rahmat...

aizatshafiq said...

@kata kila

kalau betul2 dia bunuh pakai cangkuk tu...
memang seram...
tapi apa2 pun kes ni masih lagi dalam siasatan...
tak tahu lagi diorang bunuh pakai ape...