September 29, 2010

Berita Baik untuk Rakyat Terengganu

Berita baik kepada mereka yang berada di Terengganu. Kalau dulu dekat kawasan Pantai Timur ni yang mempunyai kawasan bebas cukai adalah di Pengkalan Kubur, Kelantan. Dan kemungkinan besar pada tahun 2012 nanti, kawasan pelancongan popular di Terengganu mungkin akan diwartakan sebagai kawasan bebas cukai. 


Berita selanjutnya dari Berita Harian
KUALA TERENGGANU: Terengganu akan maju setapak lagi apabila tasik buatan manusia, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu akan menjadi kawasan bebas cukai mulai tahun 2012. 
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata Tasik Kenyir akan menjadi tarikan kepada lebih ramai lagi pelancong dengan pengwujudan kawasan bebas cukai itu.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di sini hari ini, beliau berkata Tasik Kenyir yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai kawasan bebas cukai minggu lalu akan diwartakan dalam masa terdekat.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk menyediakan kompleks bebas cukai, kompleks kastam dan sebagainya. 
Selain itu, 300 unit chalet dan hotel bertaraf tiga hingga lima bintang akan dibina bagi memudahkan pelancong menginap di Tasik Kenyir. 
Katanya, untuk tujuan itu juga kerajaan negeri akan menyambung bekalan elektrik dari Kampung Kepah ke Pulau Bayas di Hulu Terengganu dengan kos kira-kira RM27 juta. 
Ahmad berkata, dengan adanya beberapa daya tarikan pelancong di Tasik Kenyir seperti taman burung, taman rama-rama, taman gajah dan lain-lain akan lebih menarik perhatian pelancong. 
"Tambahan pula, dengan siapnya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan memudahkan lagi pelancong datang ke Tasik Kenyir," katanya. - BERNAMA

Tak lama lagi ramai lah yang akan datang ke Tasik Kenyir ni. Tambah-tambah pula diwartakan sebagai kawasan bebas cukai. Harap-harap jadi la.

3 comments:

Kalamhati said...

whaa itu sudah bagus..bleh la org klate tumpang sekaki..hehe

Hazwan said...

mcm best

aizatshafiq said...

@kalamhati

hehehe...betul tu...
nanti boleh la berjalan-jalan sambil tengok kehijauan sekeliling...
=)