September 21, 2010

Datang Malaysia jangan jadi amah, pesan Kerajaan Indonesia

Kerajaan Indonesia melarang rakyatnya yang datang ke Malaysia menjadi amah atau lebih dikenali dengan panggilan orang gaji. Kalau korang ingat pasal ke Winfaedah yang di didera dan dirogol oleh majikan mereka yang cukup tidak bertanggungjawab.

Berita Selanjutnya boleh tengok di artikel azab pembantu rumah.

Jom tengok laporan daripada Berita Harian

JAKARTA: Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar, hari ini melarang rakyatnya untuk pergi bekerja di Malaysia sebagai pemnatu rumah sehingga kerajaan Indonesia mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka. 
Kenyataan Muhaimin itu sebagai reaksi kepada kes terbaru membabitkan penganiayaan terhadap pembantu rumah Indonesia, Winfaedah, di Malaysia pada 13 September lalu. Katanya, kes itu menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi yang lengkap. "Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas," katanya dipetik portal berita Kompas.Com. 
Selain Malaysia, dua negara lain yang turut diminta dihindari calon itu sehingga ada kepastian perlindungan terhadap mereka ialah Kuwait dan Jordan. 
Bagi melindungi keselamatan dan hak tenaga kerja Indonesia, Muhaimin berkata kerajaan Indonesia menetapkan bahawa pasport harus dipegang oleh mereka dan mereka juga diberi cuti pada hari minggu. 
Mereka juga juga diminta sentiasa menyelaras dengan kedutaan besar Indonesia atau pejabat perwakilan Indonesia lainnya di negara mereka bekerja. 
Beliau turut meminta agensi pekerjaan Indonesia memainkan peranan memperbaiki pengurusan komunikasi antara tenaga kerja Indonesia yang bekerja di luar negera dengan majikan mereka bagi membantu memberi pelindungan yang diharapkan itu. 
Kes penganiayaan Winfaedah menarik perhatian Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang berkomunikasi secara terus dengan wanita itu. 
Susilo turut meminta kedutaan besar Indonesia di Kuala Lumpur agar mengawasi proses undang-undang terhadap Winfaedah yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang. 
Winfaedah yang berasal dari Lampung berusia 26 tahun itu dilapor dianiaya dan diperkosa majikannya dan kemudian ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui 13 September lalu. 
Kerajaan Indonesia menghargai tindakan cepat Polis Malaysia menangkap majikan Winfaedah berkaitan dengan kes itu. - BERNAMA

Sungguh ngeri bila tengok kesan penderaan ke atas Winfaedah ni. Memang patut pun kerajaan Indonesia bagi larangan macam ni demi menjaga keselamatan rakyatnya. Di harap juga, supaya mereka yang melakukan kekejaman sedemikian dijatuhkan hukuman sewajarnya. Sebab mereka-mereka ni memang tidak berperikemanusiaan.

2 comments:

Ayie said...

Huh.. lepas ni.. aku harap warga asing berkurangan la.. hohoho

aizatshafiq said...

@ayie

hahaha...
rakyat Malaysia ni ganas tak bertempat la...
=p