July 26, 2014

Raya di Perantauan

Buat pertama kali sepanjang aku hidup selama 25 tahun ni pertama kali aku beraya di perantauan. Balik tak balik raya ke-10 nanti. Time tu aku rasa ramai yang da masuk kerja balik. Aku pilak baru turun nak beraya. Hahaha. 

Tahun lepas nasib baik la dapat balik. Tapi tu pun pagi raya baru gerak. Sampai umah petang. So, feel balik raya ni dah kira 2 tahun la tak rasa. Disebabkan tugas kerja yang tak dapat nak elak.


Paling seronok pengalaman raya aku time balik raya dengan time malam raya. Lepas tu pagi raya sebelum solat hari raya dengan selepas solat hari raya. Time bila kitorang satu family duduk salam bersalaman mintak maaf semua la kan. 

Sebab tu semua pelengkap suasana Aidilfitri. Betul tak? So, kiranya tahun ni dah masuk tahun kedua la. Raya aku macam tak lengkap sangat la. Apa-apa pun, kerja tetap kerja. 



Salam Aidilifitri buat semua. Maaf zahir dan batin. Kepada yang bekerja di Aidilfitri , Selamat Bekerja. 

No comments: