May 17, 2010

Jom tengok info pasal nenas

Kali ni aku bagi info sikit pasal nenas...



Aku pasti semua orang kenal apa itu nenas...Dan nenas sudah semestinya sedap dimakan...Dan nenas juga merupakan satu buah tropika yang lazat...Dengan kandungan zat dan vitamin yang tinggi nenas menjadi pilihan ramai...Ia juga sering kali dihidangkan sebagai pencuci mulut dan sering kali digunakan sebagai makanan sampingan seperti jem nenas, kuih tat nenas, jeruk dan pelbagai lagi makanan sampingan selain di jadikan lauk-pauk...Dan aku juga seorang yang gemar akan buah ni...

Bagi sesiapa yang menggemari nenas mesti pernah mengalami luka-luka kecil pada bahagian mulut apabila dimakan dengan banyak...Manakala untuk ibu-ibu mengandung terdapat kepercayaan bahawa mereka tidak dibenarkan memakan nanas kerana bahay terhadap kandungannya...

Komponen kimia yang terdapat pada buah nenas boleh menyebabkan luka kecil pada tisu mulut...Bahagian kimia tersebut dinamakan enzim bromelain...Enzim ini merupakan salah satu enzim protease yang dapat menguraikan protein...Enzim ini terdapat dalam hampir semua buah-buahan tetapi kndungannya dalam nenas dicatatkan paling tinggi...Secara tak langsung ia mempengaruhi sedikit sebanyak pemakannya dengan cara menguraikan protein pada mulut dan menyebabkan luka kecil...

Salah satu pemerhatian yang membuktikan kewujudan enzim ini adalah semasa pembatan agar-agar buah...Apabila agar-agar dibekukan menggunakan gelatin, semasa fasa penyejukan apabila dimasukkan tiub-tiub nenas di dalamnya sepatutnya diperolehi ialah agar-agar kenyal tetapi sebaliknya agar-agar tidak mengeras malah tetap cair dan hancur walaupun untuk tempoh yang lama...

Hal ini tak berlaku kalau nenas digantikan dengan buahan lain seperti strawberry, peach tembikai dan sebagainya../Ini secara tak langsung membuktikan kewujudan enzim bromelain di dlam kumpulan protease dengan kadar tinggi di dalam buah nenas yang menguraikan ikatan protein dalam gelatin untuk proses pembuatan agar-agar...

Enzim ini juga bertindak sebagai perlindungan untuk nenas daripada ulat dan serangga...Pernah tak anda lihat ulat dan serangga pada nenas?...sedangkan ulat dan serangga gemar menyerang buah-buah lain sepeti tembikai, jambu dan sebagainya...


4 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

tq info nenas ni..patut lh lidah jadi camtu..ingt sebab ada mata-mata kecik tu jerk..apa2 pun nenas ttp sedap

aizatshafiq said...

Nur Hawa-

memang sedap...

suka jugak...

dan ni baru tahu serba sedikit pasal nenas...

Rara said...

kekdg kalo mkn nenas byk sgt,lidah pn jdik len mcm skit..

aizatshafiq said...

Rara-

tu la...sebelum ni orang cakap yang nenas ni tajam2...

tapi sebenarnye enzim yang ade kt nenas tu yang buat luka...

bru tahu...baru tahu...