February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

Selamat menyambut Maulidur Rasul...Dalam sedar tak sedar kita dah semakin menghampiri bulan Mac....Cepatnya masa berlalu..tapi sedarkah kita akan semua tu?...

Aku sering kali merasakan masa amat pantas berlalu pergi...Walaupun masa pantas berlalu...Kita masih lagi dalam keadaan yang lupa dan alpa...Tiap-tiap hari kalau kita tengok news ke...newspaper ke...ada je kes-kes yang melibatkan umat Islam...banyak....dalam sehari...Adakah ni menujukkan kita masih tak sedar?...

Tahun 2010 pun dah nak masuk ke suku tahun...tak lama lagi kita cuma tinggal 3/4 tahun je lagi sebelum 2010...dengan masa yang dirasakan pantas berlalu...tak ke kita rasa rugi?...Aku terjumpa hadis ni tengah-tengah surfing...so...aku rasa nak share dengan korang semua...


“Tuhan sengaja bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan. Mereka pun bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat kurniaan, lalu Tuhan timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa daripada mendapat sebarang pertolongan.” (Hadis riwayat Ahmad)

Pernah tak kita fikir-fikir yang kita ni selalu digambarkan seperti hadis di atas?...aku akui...aku memang kadang-kadang bersikap macam tu...kadang-kadang kita lupa...lupa kepadaNYA...Pernah tak kita terfikir,

kadang bila kita tengok seseorang tu tinggal solat, tapi bila exam ke...mesti score habis...perasan tak?...

kadang-kadang bila orang tu selalu gi clubbing ke, mesti dia ni kaya habis...so...for sure memang tak solat...

tapi diorang dapat kesenangan....betul tak?...

Bak kata pujangga Islam..."Dunia ni Neraka bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir"...

so sempena menyambut Maulidur Rasul ni...sama-samalah kita merenung kembali "kita" yang dulu...INSYALLAH...

No comments: