February 20, 2010

Aduan Rakyat

Alhamdulillah...akhirnya aku selamat jugak sampai ke tempat yang dituju...perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 7 jam dari Kota Bharu suatu perjalanan yang amat memenatkan...

Dalam perjalanan pelbagai yang aku lalui...aku terserempak dengan satu kemalangan jalan raya yang tidak sampai beberapa minit kejadian tersebut berlaku...diantar Proton Savvy dan Proton Putra...kemalangan yang agak teruk hingga menyebabkan bahagian hadapan kedua-dua kenderaan hancur...aku sampai kat situ pun mangsa dah ade dalam ambulans...tapi agak menyedihkan..ambulans tu...agaknya dah lame sangat berkhidmat...jadi agak perlahan untuk kes-kes yang agak yang serius cmtu...tapi nak wat cmner...dengan kedudukan geografi tempat tu pun agak jauh daripada pekan...so..."mereka" tak ambil berat sangat akan keadaan ini kot...tapi kalau ikutkan statistik kemlangan...Jalan tu memang jalan favourite untuk kemalangan...tapi apabila dilihat ambulans yang digunakan...aku boleh anggap mereka ni dipinggirkan...

Satu penceritaan lagi...apabila aku berada di kawasan A...jalan memang agak bertampal-tampal...so kalau duduk dalam kete tu kire boleh melompat-lompat macam naik kuda....tapi bila masuk je kawasan B...FUYOOO...Jalan rata je...nak kata bertampal-tampal tu takde la...SMOOTH & STEADY...so kira macam tak adil la di antara 2 kawasan yang berlainan....EMMMMMM......sedangkan jalan tu adalah jalan yang menghubungkan antara negeri...jadi hak semua untuk menggunakan jalan raya ni...ada ini juga satu bentuk yang jalan-jalan ini telah dipinggirkan?...

Entah la...adakah perbezaan EMMMMM....menyebabkan kita sebagai rakyat tertindas?...Agak-agak kalau aku adu kat "Aduan Rakyat" diterima tak?...

Aku banyak jugak nak cite tapi rasenya setakat ni dulu la...nanti aku sambung lagi...kepala aku pening di sebabkan oleh perubahan suhu yang mendadak...Balik kat Kota Bharu...sejuk je dengan angin sepoi-sepoi...tambah pulak dengan suhu petang yang redup...bila sampai je Kuala Lumpur...terkejut dengan suhu yang agak tinggi...tambah dengan keadaan yang amat panas...terasa angin luar kete pun panas jugak....mungkin disebabkan musim...so aku nak mandi dengan rehat dulu....

Chowww....



No comments: