February 23, 2010

Bila Ada MASALAH, Siapa yang kita rujuk?


Fuhhhh....suhu di kota raya yang agak panas...mungkin dah mencapai 40 darjah celcius...Ni dah menunjukkan yang kita ni dah banyak sangat buat pencemaran...sampai tak ambik tau hal-hal alam sekitar...So...sebab panas ni...jangan la kita nak salahkan orang lain pulak ye...

Manusia ni banyak sangat masalah....tak kira la sape-sape pun..termasuk la aku...banyak masalah yang kita tak dapat selesaikan...tapi sape yang kita mintak tolong?...selalunya kalau ada masalah kita akan mintak tolong member-member...tak pun keluar gi jalan-jalan kat taman ke...kadang-kadang ada alasan yang kita boleh hilangkan tension kat club-club ke...macam-macam la cara untuk kita lari dari masalah...

Tapi..pernah tak kita terfikir yang kita selalu lupa nak mintak bantuan daripada-NYA...DIA yang mencipta kita sebagai umat manusia...pernah tak kita rujuk "manual" kepada manusia iaitu Al-Quran dan Hadis?...Kebiasaanya kalau kita beli barang-barang elektrik ke...handphone ke..kalau ada masalah..mesti kita rujuk manual...tapi untuk diri kita pernah tak kita cuba rujuk Al-Quran yang mempunyai segala panduan terhadap seorang manusia...pernah tk?...

Aku bukanlah orang yang sempurna...dan aku juga selalu lupa untuk melaksanakannya...kadang-kadang aku juga tak dapat lari daripada melakukan kesalahan...aku cuba untuk mengubah diri aku...untuk menjadi sorang yang lebih baik...seorang yang mengimbangi antara dunia dan akhirat...

Mungkin segala masalh yang kita hadapi dalam dunia ni adalah cabaran dan dugaan daripada ALLAH S.W.T kepada kita...tanpa kita sedari...tujuannya adalah supaya kita ingat kepadanya...dan aku rasa...zaman yang segala moden ni...semakin-semakin hari ramai yang hanyut dalam dunia yang tidak kekal sampai bila-bila...ramai yang lupa, alpa dan selalu mengabaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah di dunia ini.

Aku harap kita dapat saling ingat-mengingati sebabnya kita ni adalah insan yang selalu lupa...INSYAALLAH...


No comments: