September 10, 2009

Seorang Insan...Ajal dan Maut...

aku baru je balik dari majlis pengebumian rakan ku Ahmad Abbil di USJ...
tersentak dengan berita yg aku terima pagi tadi...aku terus ambik half day dan gerak ke USJ...
Abbil bukan lah teman rapatku..tapi kami sering bergurau senda apabila berjumpa...
nie buat pertama kali...aku mengikuti sendiri pengebumian rakan ku dari solat jenazah hinggalah ke bacaan talkin...
memberi aku kesedaan bahawa giliran kita akn tiba pada bila2 masa...
namun...cukupkah kita sebagai insan mebawa bekalan ke dunia baru kelak?...
aku bukanlah seorang yang warak...dalam melaksanakan perintah Maha Pencipta...
tapi sedarkah kita...
Ajal tidak mengenal usia....

Rakanku Abbil meninggal dunia akibat kemalangan...
kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan ke tempat kerja...
Ketika menatap wajah beliau yang kaku buat kali terakhir...
aku memikirkan jika aku berada ditempatnya...
bersama keluarganya...dan sanak saudara...
masing2 menitiskan air mata...
namun kita terpaksa merelakna ape yg terjadi...
aku harap...
kejadian ini dapat memberikn ku pengajaran...
dan juga kesedaran...
untuk aku meningkatkan kualiti perjalanan hidupku yg mendatang....
Insyaallah....

No comments: