September 14, 2009

Masjidil Aqsa...Sedarkah kita?....

Tergerak hatiku untuk menulis tentang kedudukan sebenar Masjidil Aqsa.
Semalam aku telah mendengar tazkirah yang telah disampaikan oleh seorang warga
Palestin.
Ketika Gaza diancam peperangan dahulu, semua media massa malah dunia heboh tentang
ancaman yang dihadapi oleh penduduk Palestin. Namun, hari demi hari kurang kita dengarkan
berita dari Palestin.
Tujuan aku menulis entri ini adalah untuk memaklumkan kepada semua pengunjung ke blog ini akan
situasi yang sedang dihadapi oleh Masjidil Aqsa, yang merupakan salah satu Masjid ke-3 paling suci
bagi umat Islam dimana masjid ini merupakan kiblat pertama bagi umat Islam.

Kita sering kali lupa kepada apa yang sedang berlaku terhadap Masjidil Aqsa.
Tahukah kita bahawa Masjidil Aqsa diambang bahaya?...
Tahukah kita akan Masjid Al-Aqsa boleh roboh pada bila2 masa?...

Apa yang dikatakan oleh wakil penduduk Palestin perlu memberi kesedaran
kepada kita bahawa orang2 Yahudi sedang giat melakukan penggalian terowong di bawah Masjidil Aqsa...
Sebagai umat Islam, kita masih belum neydari bahawa usaha penggalian dan usaha untuk merobohkan
Al- Aqsa ini bukan sahaa baru bermula,malah telah pun bermula sejak 1967 lagi.
Tapi adakah kita menyedari semua ini?...

Kini penggalian terowongdi bawah Masjidil Aqsa dan juga Kota Baitul Maqdis telah memasuki fasa kelapan.
Panjang terowong ini telah menjangkaui 500meter dari tembok al-Buraq.

Menurut Syeikh Raed Solah,datuk bandar Umm al-Fahm tujuan utama penggalian terowong ini adalah untuk merobohkan
Masjidil Aqsa secara semula jadi. Tanpa sokongan pada bawah tanah pada Masjidil Aqsa,sebarang gegaran yang berpunca
dari gempa bumi atau letupan yang cukup kuat sudah cukup untuk merobohkan Masjidil Aqsa.

Adakah kita menyedari akan hal ini?...
Adakah kita akan menunggu sehingga Masjidil Aqsa dirobohkan?...
Apakah tindakan kita?...

Renung-renungkanlah....Fikirkanlah akan perjuangan saudara-saudara kita di Palestin....

No comments: