March 30, 2016

Kecurian di KLIA 2

Jumaat lepas, aku ke KLIA2 untuk jemput parents aku yang baru sampai dari KB. So, aku parking dekat area CP 5. 


Yang aku rasa menjadi kesilapan aku sebab aku alihkan beg dari dalam kereta ke bonet belakang. Yang memang tak patut buat sebenarnya. Memang time tu aku tak perasan langsung kalau-kalau ada orang dekat kawasan tu. 

Lepas tu aku terus ke domestic arrival hall.

Lebih kurang setengah jam,

Aku terus ke kereta. Tekan remote kunci macam biasa. Kereta pun buka macam biasa. Bila aku buka bonet belakang aku dah perasan yang beg galas aku hilang. Pada mulanya memang aku ingat kecuaian aku, mungkin aku tinggal diatas kereta barang kali. Tapi aku periksa lagi, aku perasan yang kasut dalam bonet aku sepasang hilang dan juga jaket yang aku letak dekat tempat duduk belakang.

Masa tu, memang aku syak yang kereta aku dimasuki pencuri. Tapi memang tak ada apa-apa tanda kereta kena pecah. Yang hilang cuma barang. 

Aku terus buat laporan polis. Agak kecewa bila aku buat laporan polis, aku tak dapat nak tengok rakaman CCTV. Sebab bukan di bawah bidang kuasa polis. Lepas setengah jam, polis maklumkan yang beg aku memang tak boleh nak jumpa. Sebab tak jumpa pergerakan dekat kawasan parking yang ambil beg aku.

Persoalan:

1. Polis ataupun security tahu ke beg aku bentuk macam mana? Sebab tak nak bagi aku sebagai mangsa tengok CCTV.
2. Polis terlalu cepat buat kesimpulan. Dalam masa setengah jam. Kira dah settle. 
3. Kes ni ada kaitan dengan orang dalam ke?
4. Tahap CCTV yang tak capai standard yang sepatutnya ke?
5. Bila aku tanya polis berapa kali kes macam ni dah terjadi, diorang kata baru first time. Sebelum ni tak pernah jadi. Ke memang pencuri tu baru nak mula mencuri dekat KLIA 2?
6. Pencuri yang amat mahir? sebab boleh buka kereta aku tanpa kesan pecah masuk.

Marah. Geram. Semua aku rasa. Cuma ye la kan. Bila barang yang kita sayang hilang, macam Macbook Air aku memang bengang la kan. Sebab tu dalam hukum Hudud ada dinyatakan hukuman bagi pencuri ni kena potong tangan. Sebab terlalu menyusahkan orang lain. 

Apa-apa pun, sekarang ni kena redha dulu. Aku harap kalau pencuri tu terbuka harti boleh pulangkan balik beg aku dekat kaunter information kat KLIA 2 pun okay. Sebab apa yang dia boleh buat dengan Macbook aku sebab aku memang dah lock semua dah. 

Aku harap perkongsian aku ni dapat bagi info kat korang pasal kes kecurian yang aku alami dekat KLIA 2.

3 comments:

Unknown said...

lain kali letak beg lappy n dll bawah seat kereta je bro. xpun tmpt landing kaki seat sebelah pemandu, then bro depankan seat bagi nmpk tmpt tu tertutup sikit & cover dgn kain apa2 ke or something. saya female lone driver & selalu buat mcm tu kt mana2 even selalu jgk parking kt klia. Insyaallah selamat.

aizatshafiq said...

Tak boleh cakap macam tu jgk saudari. Sebab barang dalam kereta pun hilang. Yang penting kita jangan confident. Sebab bila dah terlalu confident gitu la jadinye. Maaf ye saudari. Harapnya lone driver macam saudari ni tak kena la kes macam saya ye.

Anonymous User said...

kesian dkt you brother, kereta saya pun kena teknik sama tapi bukan dekat klia2, ni saya park dekat sri petaling, depan sebaris kedai masa pergi kerja, bila habis kerja waktu tekan alarm bunyi macam Biasa, pastu tgk wayar dashcam tergantung...rupa2nya dashcam dah kena forcefully dicabut dgn wayar yang saya sembunyikan di atas bumbung. saya suspek ada org dah aim kereta saya dan copy RFID slarm kereta semasa sy kunci kereta.