May 4, 2012

Walk With Me Event di Stadium Sultan Muhammad ke-IV

Selamat hari Jumaat. Kalau dekat negeri Kelantan, Terengganu dengan Kedah hari ni dah cuti dah. Maknanya dah masuk weekend. Kat tempat lain still hari bekerja lagi kan. So, selamat bercuti kepada yang dah bercuti.

Semalam, aku pergi kat event Walk With Me yang dianjurkan kat Kota Bharu. Berjalan bersama Sultan Mohammad ke-5. Memang semalam aku betul-betul jumpa Tuanku Sultan dengan Tengku Mahkota dekat Stadium Sultan Muhammad ke-4 Kota Bharu.

Nak cerita panjang pun malas la. Jom kita tengok gambar je. :)


Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang dibanjiri para peserta.

Perbezaan perfahaman politik tak menjadi halangan dalam event kali ni.

Tuanku Sultan bersama Tengku Mahkota Kelantan

Ustaz Azhar Idrus

Pelepasan Para Peserta oleh Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan

Ustaz Azhar berposing bersama peminat

Pengacara TV Al-Hijrah membuat liputan , Walk With Me.

Alhamdulillah. Majlis Pelancaran Walk With Me semalam berjalan dengan lancar. Walaupun, dengan hari yang panas terik. Tapi masih ramai rakyat Kelantan menghadirkan diri ke event ni memberi sokongan. Di sebelah malam pulak diadakan ceramah agama oleh Ustaz Don dan Ustaz Azhar. Boleh kata ribuan penonton yang hadir. Sampai aku sampai semalam pun dah tak ada tempat duduk. Sangat-sangat ramai. Kiranya perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV tu penuh dengan orang ramai nak dengar ceramah.

Apa-apa pun, hari ni kalau aku tak silap, ada Autoshow pulak. Kalau tak ada apa-apa mungkin aku pergi tengok autoshow pulak. Mana tau kot-kot terserempak dengan korang. Kan?

See You There !








May 2, 2012

Berani Punya Budak Review

Kali ni aku nak review satu filem baru daripada Pengarah yang aku rasa korang pun tau, Afdlin Shauki. Dengan tajuk filem terbaru dia Berani Punya Budak.


Tengok pada poster filem ni, memang ada iras-iras macam poster game GTA : Grand Theft Auto. Sape-sape yang kaki game mesti tau pasal game ni kan. Aku pun pada asalnya tertarik jugak la nak tengok cerita ni sebab aku tau Afdlin Shauki punya cerita boleh cakap best jugak la. 

Tapi cerita kali ni macam aku tak tau nak komen macam mana. Sebab mungkin exectation aku terhadap filem ni tinggi sangat kot. Tapi jalan cerita untuk cerita ni kurang. Aku pun kadang-kadang tak faham. Dan lawak yang diorang cuba buat dalam cerita ni macam tah pape. Bukan aku nak kutuk, tapi tu yang pendapat aku tentang cerita ni la.

Tapi terpulang kepada korang nak tengok cerita ni atau tak.Sebelum korang nak tengok, boleh tengok trailer Filem Berani Punya Budak dulu. Lepas tu boleh la korang decide.



Aku punya komen,

4 / 10