February 14, 2012

Doktor tanpa etika?

Bukan nak complain. Dan bukan jugak nak mengutuk. Bukan jugak nak mengata. Tapi apa yang aku rasa semua orang perlu ada etika. Sebabnya? 


Tadi aku pegi klinik. Bawa adik aku jumpa doktor. Dengan niat nak mendapatkan perkhidmatan doktor. Tapi cuba korang bayangkan. Aku terpaksa menunggu giliran sampai ke no 31. Tetapi dalam klinik tu, tak sampai pun 10 orang. So, mane lagi 20 orang.

Tunggu punya tunggu. Dah sejam. Aku tengok ade je orang yang baru masuk terus dapat masuk dalam bilik rawatan untuk jumpa doktor. Senang la pulak. Aku ni dah tunggu sejam tak dapat jugak nak masuk-masuk. Apasal? Sebab diorang dah datang ambik nombor dulu lepas tu pegi shoppin-shopping baru datang balik. Macam tu?

Nak marah pun tak guna. Sebab klinik tu pun bukan aku yang punya. Tapi aku ada hak sebagai pengguna nak bertanya. Bila bertanya pada doktor tuan empunya klinik tu, macam ni jawapan dia ;

"Kalau you tau klinik ni ramai orang, kenapa you tak cari klinik lain?"

Ok. Aku faham. Sebab kau seorang doktor. Dan klinik tu kau yang punya. Tapi kau tak sepatutnya cakap macam tu. Bila orang bertanya secara baik macam tu jawapannya. So, kat mana etika seorang doktor?

p/s : Kalau fikir nak marah, tadi kat klinik lagi aku dah marah.  

2 comments:

Affan Ruslan said...

Eh boleh pulak doc tu cakap camtu. Sombongnyaa

ps: Tadi masuk blog ni, ada warning malware. Cuba cek apa2 yang patut huhu

aizatshafiq said...

@affan ruslan

tu la pasal...dia tak ingat yang manusia ni bukan selalu kat atas...kadang-kadang manuia nie kat bawah jugak...

btw..thanks...sekarang nie tengah cari lagi post mane yang menyebabkan malware tu...