Showing posts with label Hot. Show all posts
Showing posts with label Hot. Show all posts

October 1, 2010

Bila fantasy jadi reality

Bila fantasy jadi reality. 

Character Toy Story : Andy, Woody, Buzz


Character Lion King : Simba & Nala


Character Lion King : Simba & Timon


Character UP : The Kid


Memang real kan gambar-gambar ni. Hehehe.

September 5, 2010

Katy Li Lim Lian hina Agama Islam di Facebook

Sekarang heboh pasal Katy Lim Li Lian menghina Allah. Dalam bulan Ramadan yang mulia ni dah macam-macam yang timbul. Kalau sebelum ni Salleh Gregor Samsa buat satu kenyataan melalui Facebook pasal orang berpuasa. Timbul pula berita tentang seorang guru besar yang bersifat racist antara kaum. Lepas tu timbul pula Namewee yang dikatakan racist sebab buat video klip berbaur perkauman. Jadi dalam bulan Ramadan ni macam-macam dah jadi. 


Melihatkan pada rupa wajah si Katy ni macam masih bersekolah. Tak habis belajar pun lagi. Adakah dia ni berfikiran pendek dengan mengeluarkan kenyataan macam tu. Aku hairan dan pelik la. Apasal dia tak fikir dan menulis kenyataan yang menjadi satu isu penghinaan Agama Islam. Dia hina tuhan. Siapa tak marah. Bukan kenyataan pada facebook dia je. Malah dalam wall orang lain pun dia tulis jugak. Tengok la kat bawah ni.


Apa yang menjadi permasalahan Katy sampai mengeluarkan kenyataan macam tu. Kalau ikut balik kes-kes penghinaan dalam bulan ni. Aku rasa kes Katy ni paling berat. Dan tak salah kalau di jatuhkan hukuman yang setimpal. Sebab yang lain hanya melibatkan status bangsa. Tapi Katy ni terus menghina agama orang lain. Adakah ni salah satu cara Katy Li Lim Lian ni mencari populariti?

Diharap kes ni mendapat perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab. Sebab kes-kes macam Salleh Gregor Samsa dulu pun tak dengar yang dia ni di tarik ke mahkamah ke. Cuma dalam kes Namewee je aku dengar dia keluar buat laporan polis. Aku harap pihak bertanggungjawab, buat sesuatu, sebab ni boleh mencabar agama Islam sendiri. Kalau tak ada satu tindakan yang sewajarnya dilakukan. Mungkin pada masa akan datang akan ada lagi masalah penghinaan agama macam ni.

August 31, 2010

Norman Hakim, Memey bertunang Hari Raya Keempat


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya aktres Memey Suhaiza, 22, membuat kenyataan yang dia akan mengikat tali pertunangan dengan bekas suami pelakon popular, Abby Abadi iaitu Norman Hakim pada hari raya keempat ini.

Menurut Memey, rombongan keluarga kekasihnya, Norman, akan tiba di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor pada 13 September ini.

"Norman menyuarakan hasratnya untuk mengikat tali pertunangan pada hari tersebut beberapa hari yang lalu dan keluarga kami bersetuju dengan cadangan itu.

"Rombongan Norman akan datang merisik lalu terus bertunang pada hari yang sama dan kami merancang untuk bernikah pada awal tahun depan," ujar Memey ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Skop Productions di Finas di sini, hari ini.

Ujar Memey, dia kini sedang merancang majlis pertunangannya namun hanya berkesempatan untuk menguruskannya dua hari sebelum raya kerana sibuk dengan penggambaran telefilemOsman Berani untuk Astro Ria.

Menurut Memey, dia berasa berdebar untuk bergelar tunangan orang dan dalam masa yang sama berdoa semuanya berjalan dengan lancar.

Sebelum ini, Memey dan Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dibicarakan atas tuduhan berada bersama dalam keadaan yang menimbulkan syak di pejabat milik Norman di Taman Ukay Perdana, Ampang.

August 6, 2010

Pelajar tumbuk guru...Pelajar semakin kurang ajar?..

Budak sekolah zaman sekarang makin kurang ajar?...Isu yang semakin hangat diperbincangkan sampaikan guru pun sanggup dibelasah...Ye la...bila dipanggil mesti la pelajar tu buat kesalahan...Takkan dipanggil atas alasan yang tidak munasabah...Mesti budak tu dah buat satu kesalahan yang berat...Tak pun terlibat dengan sesuatu yang tidaka elok...

Aku rasa semua dah tahu pasal kes pelajar yang tumbuk cikgu dekat Sarawak...Dah heboh satu Malaysia pun...Video pelajar tumbuk cikgu ni pun dah dapat hits sampai 77,206 viewer...Dah ramai la yang tengok...Jadi betul ke pelajar sekolah zaman sekarang ni dah semakin berani?...

Sebelum kes pelajar tumbuk cikgu disiarkan..ada juga tersebar rakaman perlakuan seks oleh pelajar sekolah...Aku rasa benda tu sekarang baru nak heboh...sedangkan benda-benda macam ni dah melibatkan ramai budak sekolah....Ye la...Kalau kita tengok balik mereka-mereka yang buang bayi...Ramai yang masih bersekolah...tak dinafikan sekarang pihak-pihak bertanggungjawab nak heboh pasal kes ni...Tak terlambat ke?...

Jom kita tengok balik rakaman pelajar yang tumbuk cikgu di negeri Sarawak ni....


Ni pula petikan daripada Berita Harian

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan,berkata tayangan video kurang empat minit itu tidak menggambarkan tahap disiplin keseluruhan pelajar di negara ini dan menyifatkan kejadian berkenaan sebagai kes terpencil.


“Kita tidak boleh membuat andaian mengenai kejadian atau tidak boleh kata masalah disiplin begitu serius. Tidak perlulah kita sensasikan kejadian ini kerana masih banyak lagi kes yang tidak dibincangkan secara mendalam oleh mana-mana pihak.
“Kita tidak tahu kejadian itu sepenuhnya apa yang kita nampak pelajar marah dan kemudian menumbuk guru berkenaan,”katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau meminta guru sebagai orang yang lebih dewasa dan banyak pengalaman memainkan peranan masing-masing untuk mengawal dan meredakan kemarahan pelajar terbabit.


“Saya difahamkan pelajar itu berusia 15 tahun dan berada di Tingkatan Tiga dan dalam usia sebegini kita tahu mereka cepat marah... cepat bertindak. Bagaimanapun, guru perlu menggunakan pengalaman mereka untuk mengawal keadaan,”katanya.

August 5, 2010

Gambar kereta terbaru keluaran Proton Waja 2.0

Proton bakal mengeluarkan kereta terbaru ura-ura mengatakan yang kereta terbaru ni ada la sama bentuknya macam Mitsubishi Lancer 2.0 GT...Jadi betul ke?...


Kedua-dua image ni hanyalah gambaran semata-mata oleh Theophilus Chin...gambaran yang kereta proton Waja 2.0 yang bakal dikeluarkan kelak...Tapi ni cuma gambaran...hasilnya nanti...Kita tunggu je pelancaran kereta terbaru ni nanti ye...


P/S: Kalau betul la reka bentuk kereta ni untuk model terbaru Waja...Rasanya tak patut la...sebab apa nak ambik rekaan orang lain?...Kita dah tak ada designer yang berkaliber lagi ke untuk design kereta yang baru?...Aku pun rasa yang tak perlu la kita nak ambik design kereta orang lain dan jadi kan kereta kita...cuba la buat kelainan sikit...betul tak?...

August 4, 2010

Kereta-kereta mewah pemain bola sepak EPL

Kita semua tahu yang pemain-pemain bola dekat EPL ni memang kaya...dengan gaji yang dibayar ratusan ribu pound seminggu...Tak mustahil untuk mereka memiliki kereta-kereta mewah yang menjadi hobi mereka...Tapi bukan kita semua tahu apa kereta yang diorang pakai...Jom kita tengok kereta yang diorang pakai...

Ni kereta baru Fernando Torres...Aston Martin DBS yang bernilai 160,000 pound

Ni pulak kereta baru Wayne Rooney AUDI RS 6 yang bernilai 77,740 pound

Nani punya kereta Lamborghini Gallardo LP550-2 Valentino Balboni bernilai 166,784 pound

Ni pula kereta Anderson...AUDI Q7 bernilai 40,000 pound...Anderson ni hari tu baru je kemalangan dengan supercars beliau AUDI R8 yang bernilai 125,000 pound

Ni gambar AUDI R8 yang kemalangan tu...Memang teruk...dan takde harapan kalau nak baiki balik...Masuk besi buruk la gayanya...

Ni pulak kereta pemain termahal dunia...Cristiano Ronaldo...Bentley GT speed ni bernilai 140,000 pound...

Ni pulak kereta David Beckham...Rolls Royce Phantom Drophead Croupe bernilai 300,000 pound...

Ni bukan satu-satunya kereta diorang...Banyak lagi...Maklum la...dah banyak duit mesti mampu nak beli kereta-kereta macam ni...Sorang-sorang bukan ada sebuah kereta...Paling sikit pun 3 buah...Woowwww...memang dengki...hahaha....

July 30, 2010

Awas perogol zaman kini...

Perhatian !!!

Kalau tengok tiap-tiap hari mesti ada kes-kes rogol...Jadi ni dah biasa memenuhi dada akhbar...Boleh kata tiap-tiap hari...Kalau baca dalam Harian Metro tajuk-tajuk macam ni selalunya digunakan untuk menarik minat permbaca...Jadi korang tahu tak...Perogol sekarang kena berhati-hati...Sebab apa?...


Jadi perempuan zaman sekarang...Anda ada penyelamat...Siapakah dia?...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


Ini cuma gurauan semata-mata..Di harap tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak....

July 29, 2010

Siapa Taek Jho Low yang bersama Paris Hilton?

Aku pernah terbitkan satu entry yang berkaitan dengan Jutawan Malaysia Taek Jho Low yang bersama-sama dengan Paris Hilton...Klik SINI..Mesti korang tertanya-tanya siapa Taek Jho Low ni...Sebab sebelum ni nama dia tak pernah pun keluar kat mana-mana tv...dan aku pun tak pernah tahu siapa dia ni...So..ni info serba sedikit tentang jutawan misteri Taek Jho Low ni...




Antara bukti kekayaan beliau:


  • Beliau pernah membeli sebuah Pent House di Central Park West pada awal tahun ni dengan nilai hampir RM 110 juta.Pembelian termahal untuk satu unit kediaman di New York.
  • Pernah membelanjakan sebanyak RM 500,000 satu malam di sebuah kelab malam yang dikenali sebagai Avenue pada September lalu.
  • Pernah membelanjakan RM 160,000 hingga RM 200,000 secara berulang kali di kelab malam Pink Elephant di New York.
  • Jho Low pernah membeli 23 botol champagne Cristal yang setiap satunya bernilai RM 3,000 ketika majlis hari jadi Lindsay Lohan di Kelab 10AK.
  • Membuat parti besar-besaran selama empat hari di hotel mewah Ceasar's Palace di Las Vegas untuk hari jadinya yang ke-28 tahun lalu.
  • Megan Fox telah diterbangkan khas untuk majlis hari jadinya untuk menemaninya.
  • Ketika sambutan hari jadi beliau, kolam renang di Ceasar's Palace dikelilingi dengan harimau dan singa yang diletakkan dalam sangkar khas beserta wanita-wanita dalam bikini.
  • Jho Low juga membeli sebanyak 120 botol champagne cristal (bernilai RM 3,000 setiap satu)
  • Sebelum ni, Jho Low menyewa sebuah kondominum dengan harga RM 320,000 sebulan di Park Imperial.
  • Bodyguard beliau seramai 12 orang setiap kali keluar rumah.
Jho Low ni sebenarnya merupakan seorang ejen persendirian bagi membawa masuk pelaburan dari Timur Tengah ke negara ini.
Dia ni bergerak secara persendirian...Sebab tu ramai yang tak kenal dia ni siapa...

Dia ni jugak memiliki hubungan yang baik dengan Putera Raja Kerajaan Kuwait, Hamad Alwazzan...

Kekayaannya tu datang daripada hasil komisen pelaburan yang ditarik dari Timur Tengah ke negara ini...

July 28, 2010

[Gambar] Paris Hilton bersama Jutawan Malaysia

Jutawan Malaysia sanggup berhabisan duit sebanyak jutaan ringgit semata-mata untuk bersama dengan Paris Hilton...Taek Jho Low dikatakan telah menghabiskan duit sebanyak 2 juta USD sehari-sehari semata-mata untuk bersama  dengan Paris Hilton...Beliau dikatakan seorang jutawan hartanah dikatakan sedang hangat bercinta dengan Paris Hilton...Dia juga dikatakan pernah membelanjakan 2 juta USD tu semata-mata untuk minuman keras termahal Paris Hilton bersama rakan-rakannya di Les Caves du Roy nightclub...Jom kita tengok gambar Paris Hilton bersama dengan jutawan hartanah dari Malaysia taek Jho Low..










p/s: Semakin hari...Rakyat Malaysia semakin hebat...Betul ke?...


July 24, 2010

[18 SG] X-RAY paling menggerunkan

Hari tu aku pernah buat satu entry dengan gambar x-ray gigi geraham bongsu yang tumbuh secara melintang...Kalau korang tak baaca lagi korang boleh klik kat sini...Kali aku nak tunjuk lagi gambar-gambar x-ray yang boleh menggerunkan korang nak tengok...Mungkin boleh jugak dikatakan 18 SG...Sebab gambar-gambar x-ray ni memang betul-betul berlaku...Tapi bukan kat Malaysia la...Kat luar negara...Tapi ni la dikatakan kegilaan sesorang tu...Nak telan apa sahaja yang dirasakan boleh ditelan..Manusia oh manusia....

Gambar x-ray kat atas ni menunjukkan yang safety pin terlekat di bahagian esofagus seorang wanita...Agak-agak korang boleh fikir tak apa tujuan perempuan tu nak telan safety pin tu?...Kalau macam ni, safety pin dah tak boleh nak dikatakan safety la...Ish3...

Yang ni lagi gila...seorang pesakit yang menelan garfu, berus gigi dan juga ballpoint pen...Memang gila...Macam takde kerja je diorang ni..Nasib baik la pakar boleh keluarkan balik semua barang-barang ni...Melalui pembedahan...Ish3...

Akibat tidak berhati-hati ketika menggunakan tukul...Ni la jadi nye...Paku tertembus di jari...Ish3...

Yang ni pulak adalah gambar jari mangsa yang dihiris oleh penyerangnya..Memang kesian...sampai putus jari mangsa..aku pun tak boleh nak bayangkan macam mana..Ish3...


Kadang manusia ni memang gila...Dari takde kerja...mencari kerja...

July 23, 2010

[Tombstoning Stunts] Hobi yang boleh membunuh

Apabila seseorang tu ada hobi...Korang tengok la sendiri hobi yang boleh dikatakan agak gila untuk seseorang...Penerjun ynag tidak dikenali indentitinya melakukan terjunan maut dari tebing setinggi 100 kaki dari paras laut tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan....

Mamat ni ambik masa selama 2.5 saat sebelum jatuh ke dalam laut yang kedalamannya sedalam 20 kaki...Memang dalam...Jurugambar Alastair Sopp yang mengambil gambar ni secara sequence sebanyak 11 imej...Dia pun kata yang dia tak percaya yang mamat ni akan lakukan penerjunan yang dianggap membunuh ni...Dia juga tengok yang mamat ni check kedalaman air laut, cuaca dan juga arus air laun sebelum terjun ke dalam laut...




Kematian-kematian yang  diakibatkan oleh hobi yang boleh dikatakan gila ni:
  • Stephen Royston , 24 yang melakukan terjunan 100kaki (35meter) ke dalam air di Kit Hall, Cornwall (2003)
  • Sam Boyd, 16, terjunan ke dalam laut sebelum di hanyutkan arus di Minehead Harbour di Sommerset (August 2007)
  • Delwyn Jones, 46, bapa kepada 6 orang anak terbunuh ketika melakukan terjunan setinggi 30 kaki (9.1meter) pada arus rendah di Torbay, Devon (June 2007)
  • Steven Andrews patah leher dan lumpuh seumur hidup apabila melakukan terjunan setinggi 20 kaki di Whitsand Bay (May 2008)
Tengok kepada rekod kematian ni semua...Memang terjunan maut...Tapi disebabkan kegilaan mamat ni dia sanggup melakukan terjunan untuk capai kepuasan dalam hobi...Kalau aku kata gila pun ok jugak kan?...=)

May 23, 2010

Inter Milan juara treble

Sepeti yang aku jangka...dan yang aku ramalkan...Inter Milan dah menjadi juara eropah setelah menewaskan Bayern Munich dengan jaringan 2-0 daripada Alberto Diego Milito...Kemenangan ke atas Bayern Munich melengkapkan treble Inter yang mana sebelum ini telah memenangi dua piala di Serie A...Inter dah join team Celtic, Ajax, Manchester United, PSV Eindhoven dan juga Barcelona dengan melengkapkan treble...

Semalam aku tengok game yang mana kick off start pukul 2.45 pagi...Memang mengantuk time tu...Tapi bila game dah start...Hilang mengantuk...Permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan boleh dikatakan terbaik jika dibandingkan dengan Manchester United lawan Barcelona season lepas...Sebab kali ni memang nampak sangat yang kedua-dua team mempunyai kekuatan yang hampir sama...Tapi Inter ni player diorang laju...Jadi Bayern pun tak dapat nak sekat kelajuan diorang ni...

Kalau tengok statistik pun...Bayern banyak pegang bola daripada Inter...Macam jugak masa Inter lawan Barcelona...ball possession tak banyak kat diorang...Tapi bila diorang couter attack....fuyooooo...memang respect habis beb....2,3 touch je dah sampai kat gol pihak lawan...Macam gol semalam la...korang boleh tengok sendiri...3 touch je....lepas tu gol...memang Bayern yang baru lepas attack time tu tak tahu nak buat ape dah...Defend pun dah ramai naik ke atas...Last-las terpaksa la mengharapkan keeper...

So...Korang enjoy la gambar-gambar ketika perlawanan akhir UEFA Champions League semalam ye...

Penyokong-penyokong Inter sebelum perlawanan

Penyokong-penyokong Bayern sebelum perlawanan

Gaya Jose Mourinho dengan Materazzi meraikan kemenangan mereka

Kapten pasukan Javier Zanetti dan pasukan meraikan kemenangan bersama piala

Julio Cesar...Keeper cemerlang dalam perlawanan

#picture credit to soccernet.com

May 13, 2010

Pasangan bergaduh?...Nak gelak pun ada...

Tengah hari tadi aku makan kat kafe kolej aku...So..macam biasa la time lunch...kena la melantak dulu...hahaha...Dan secara kebetulan aku jumpa satu pasangan couple nie...Dan aku rasa diorang tengah gaduh kot...Ye la...yang laki muka masam...yang perempuan pun sama jugak...

Aku tak la concerntrate sangat kat diorang...sebab kat TV dekat dengan tempat aku makan tengah tunjuk perlawanan Hafiz Hashim semalam...kira nak tengok balik la wira separuh akhir negara...hahaha...so...aku tak concentrate sangat la kat pasangan tu...tapi ade jugak aku jeling-jeling tengok...hehehe...


Tengah duduk-duduk makan...Tiba-tiba aku tengok laki tu...bangun dari kerusi...lepas tu nampak macam marah-marah...So...memang sah la...diorang tengah gaduh...Malas nak tengok lebih-lebih jap gi lain pulak yang jadi...Lepas tu laki tu terus blah...naik moto...kira memang nak blah betul-betul la...kesian pulak tengok perempuan tu...ye la...kan kat tempat orang ramai...Lepas laki tu blah je...perempuan tu pun tunduk atas meja...dan aku beranggapan yang perempuan tu nangis kot...Ye la...wanita kan terkenal dengan sifat manja...hehehe...

Aku perhati jugak laki yang blah tadi...tak sampai pun simpang pertama...tengok-tengok...dia datang balik...hahaha....time tu aku rasa nak tergelak pun ada...Ye la...dah kau tinggal dia bodo-bodo macam tu kat tempat orang ramai...lepas tu kau datang balik...kira nak pujuk...wowwwww...memang gentleman la...hehehe...Tapi tak patut jugak sebab malu jugak bila lelaki tu buat macam tu...Kalau aku la perempuan tu....aku rasa dia datang je aku terus blah...hahahaha...

May 9, 2010

Ada apa dengan Starbucks Coffee?


Aku rasa korang mesti kenal dengan logo kat atas...Dan aku jugak rasa korang pernah minum kat Starbucks Coffee...Sebab aku dah dua kali minum kat situ...Tak boleh la tiap-tiap hari sebab korang pun tahu yang coffee kat starbucks tu kurang-kurang mahu RM 13.00...Jadi tak boleh la nak selalu-selalu minum...sebab tak mampu...

Aku dapat satu collection of video...Daripada member aku yang bertajuk The Arrival...Yang mana menceritakan tentang tanda-tanda kehadiran dajjal...Tapi aku tak habis tengok lagi...So aku tertarik dengan fakta yang dikeluarkan tentang Starbucks Coffee...Starbucks Coffee adalah penaja utama kepada negara Israel...Macam yang kita tahu dulu time Israel serang Palestin kita sibuk-sibuk nak boikit la...ape la...tapi sekarang kita boikot lagi tak?...

Jadi kat sini aku nak terangkan sikit signifikan daripada nama Starbucks Coffee...


Korang mesti tahu ni bendera negara mana kan?...Negara Israel...Dan cuba korang tengok apa yang ada pada bendera Israel?...Bintang @ Star...Jadi kat sini korang dah boleh agak yang bintang atau Star pada nama Starbucks merujuk kepada negara Israel...


Apa yang dimakudkan dengan duit US Dollar kat atas tu?...Korang mesti pernah tengok movie dari US kan...dan kebanyakan mereka tak panggil pun US Dollar...cuma kita je kot panggil USD...Mereka panggil bucks...yang mana merujuk kepada duit mereka...Jadi ini boleh dikatakan satu lagi kebetulan?...

Secara tak langsung...

Kita boleh tnegok yang nama Starbucks tu adalah merujuk kepada Duit Israel...yang mana ia merupakan penyumbang kepada sumber kewangan Israel...Kita sedar tak?...

Aku cuma berkongsi maklumat ini dengan korang semua...diharap ini dapat memberi pengetahuan sebenar kepada korang semua...

May 6, 2010

Adik Amani dan Adamaya


Aku rasa semua orang tahu yang rancangan Adamaya kat TV3 dah menjadi kegilaan ramai...termasuk la aku...Aku nak cite panjang pun rasanya tak guna...sebab aku tahu yang ramai penduduk-penduduk di Malaysia ni akan mengadap depan tv dok tengok cite Adamaya nie...

Macam yang korang tahu...Cite ni dilakonkan oleh Lisa Surihani...Syed Husin....ramai lagi la...Lagipun cite ni tunjuk yang masih ada lagi lelaki-lelaki baik kat dunia ni...dan perempuan pun tak pandai nak hargai...hahaha...So...aku sebagai lelaki merasa bangga...hahahaha....

Satu lagi...sebab cite ni ada budak comel...yang berlakon sebagai Amani...Budak ni pun dah semakin popular...Siap ada fan page kat Facebook...Kalau tak silap aku dah ada lebih kurang 50,000 fan kot...Memang dah ramai peminat adik Mia Sara nie...Kecik-kecik pun dah popular kan?...Kat bawah ni gambar-gambar adik Mia Sara...aku ambik kat fan page dia...




Kalau korang tak caya try la tengok fan page adik Mia Sara ni kat Facebook...Memang ramai peminat dia...

Korang visit la fanpage dia kat facebook ye....

April 7, 2010

Messi atau Ronaldo?...Anda pilih?...

Tahniah kepada Barcelona setelah melayakkan diri ke Semi Final liga juara-juara...Dan aku sendiri akui yang Barca merupakan satu team yang cukup mantap...Tak kiralah kat bahagian serangan, tengah atau pun pertahanan...So tak hairan lah kalau diorang masuk final sekalipun...

Semalam je diorang dah belasah Arsenal 4-1 dekat Nou Camp...Yang sememangnya advantage bagi diorang...Di tambah pula dengan keempat-empat jaringan yang telah dihasilkan oleh Lionel Messi...Seorang penggempur yang hebat...Jadi dari situ aku tiba-tiba terfikir nak tulis entri berkaitan diorang....Sebab aku nak tau..pendapat korang ni sama tak dengan pendapat aku...


Korang mesti kenal dengan mamat kat atas ni...Yang mana merupakan salah satu pemain terbaik dunia...Dia ni telah menjadi popular lepas masuk Manchester United...Lepas tu keluar dari Manchester United dengan nilai bayaran perpindahan palig tinggi...Korang rasa berbaloi tak Real Madrid mengeluarkan sejumlah wang...Yang teramat besar...Tapi untuk first season diorang nak lepas suku akhir pun tak kesampaian...

Pemain ni pernah dinobatkan pemain terbaik dunia....Tapi sekarang?....Korang pun tahu kan..Adakah ini disebabkan ramai sangat pemain bertaraf "star" dalam team Real Madrid...So korang sendiri lah tentukan...


Kat atas ni gambar ketika Messi celebrate goal dia masa lawan Arsenal...4 biji beb...Dari seorang penjaring...Kalau diikutkan dulu orang tak pandang sangat Messi ni sebab Ronaldu dulu orang kata lagi hebat...Maklum la...Masa kat Manchester United dia diibaratkan nadi utama dalam team...Tapi sekarang baru lah dikatakan buku bertemu ruas...Liones Messi memang lagi hebat daripada dia...

Mungkin corank permainan di Sepanyol lain daripada di England adakah itu menjadi satu alasan?...


Jadi dalam entry kali ni aku just nak tanya korang mana satu yang korang rasa memang pemain bolasepak paling hebat dunia?...

Komenn sikit....

April 5, 2010

Apa keistimewaan Datuk Siti Nurhaliza?...

Hari ni rasanya kalau kita tengok...Boleh kata kebanyakan bloggers banyak yang menulis pasal Anugerah Berita Harian (ABP)...So...Kalau korang nak tengok keputusan penuh boleh tengok kat sini...

Dan trofi kemenangan sebagai Bintang Paling Popular adalah kepada Datuk Siti Nurhaliza....LAggggiii....Aku pun tak tau yang kali ke berapa....Tapi kenapa perlu beliau menang lagi?...Tu yang aku hairan...Walaupun beliau merupakan muka lama dalam industri hiburan tetapi masih lagi mengekalkan populariti...Terutama bagi kategori Penyanyi Wanita Paling Popular...

Dan aku tahun lepas pun beliau juga yang menang kategori yang sama...Aku cari lagi keputusan yang lepas-lepas...2007, 2008 dan juga 2009 untuk kategori tu...Masih lagi beliau yang menang...Jadi adakah penyanyi wanita kat Malaysia tak ada yang lebih popular daripada beliau?...

Jadi sekarang ni kita tengok ramai artis-artis wanita lahir tak kira dalam apa jua pertandingan...rancangan realiti ke...Tapi siapa yang boleh menggugat kepopularitian Datuk Siti?...Aku pun hairan...Jadi kat mana istimewanya Datuk Siti sehingga 3 tahun berturut-turut menang untuk kategori ini...Malah yang yang ke berapa kali untuk anugerah Bintang Paling Popular?...

Peminat-peminat..SILA JAWAB!!!....

April 3, 2010

Kereta Malaysia tiada kualiti?...Betul ke?...

Kembali lagi...Malam ni aku agak kecewa dengan kekalahan Manchester United ke atas Chelsea...Kalah kat tempat sendiri pulak tu...Baru satu game Rooney takde dah jadi macam nie...Nanti nak jumpa Bayern Munich kat Old Trafford macam mana la pulak ye...Nasib baik la Macheda ada jugak score sebijik...

So...Malam ni aku berblog walking...Jalan ke blog-blog orang lain...Macam biasa untuk naikkan traffic...Kena la usaha sikit...Lepas tu aku tersinggah dekat blog Macam-Macam Ada...Singgah kat situ aku jumpa artikel pasal kemalangan ngeri kereta Perodua Alza...

Ok-ok...Kat sini korang dah tau kan apa yang aku nak cerita...Pasal mana letaknya kualiti kereta Malaysia?...atau boleh disoal sebegini...Kereta Malaysia ni ada kualiti tak?...Pedih jugak kalau kena soal macam tu...Tambah-tambah kalau kena tanya dengan 'foreigner'...Maklum lah kereta diorang lebih berkualiti...


Korang pernah tengok rancangan Top Gear tak?...

Kalau pernah korang pernah tak tengok yang kereta-kereta Malaysia di hina teruk oleh pengacara rancangan tersebut iaitu Jeremy Clarkson...Kalau tak silap aku Perodua Kenari, Perodua Kelisa, Perodua Myvi dan juga Proton Satria Neo...Memang dah kena kutuk habis-habis dalam rancangan tu...

Yang paling aku menyampah masa Jeremy tengah try test kereta Perodua Kelisa...Yang mana aku setuju dengan pandangan dia...Kalau korang nak tahu, try la search kat youtube ye...Dia ambik kereta tu lepas tu dia hancurkan...Dia kata yang kereta tu di buat oleh mereka yang hanya mengira duit semata-mata...Tu comment dia la..Dan aku akui...Kereta Kelisa kurang seninya...Tak padan dengan harga yang boleh kata mahal jugak la...


Ni adalah snapshot gambar dalam rancangan Top Gear tu...
Korang nampak tak yang kereta tu kemek?...
Tu sebab Jeremy ambik tukul besi pegi belasah kereta tu...


Ni adalah snapshot ketika kereta Perodua Kelisa tu dihancurkan...


Ni adalah snapshot ketika Jeremy test kereta Perodua Myvi...


Richard Hammond memandu kereta Satria NEO...

So kat sini kita boleh tengok yang orang luar tak berapa pandang pun kereta kita...Walaupun ada sesetengah yang membeli kereta kita diluar negara...Macam mana pun aku tetap respect pengeluar kereta kat Malaysia ni...Maklum lah...mereka telah maju selangkah kehadapan dengan pelancaran kereta konsep EMAS...kira dah maju selangkah kehadapan...


So...Kat sini aku nak tanya pendapat korang semua...Apa pendapat korang tentang industri automotif negara kita?...

Pastu kereta kita ni agak-agak ada kualiti tak?...