Showing posts with label Lelaki vs Perempuan. Show all posts
Showing posts with label Lelaki vs Perempuan. Show all posts

October 17, 2010

Wanita dan kesalahan memandu

Gambar-gamba kat bawah ni boleh kata semua dari luar negara la. Tapi pemandu ni semuanya wanita. Mungkin kat Malaysia tak jadi macam ni kot. Sebab pemandu-pemandu perempuan kat Malaysia ni kan berhemah. Hehehehe.







Amacam? Ngeri tak? Tapi tu lah yang berlaku kat luar negara. Sebab aku rasa kat Malaysia tak sampai seteruk macam ni kot kan? =)

August 23, 2010

10 situasi lelaki wanita harus fahami



10 situasi lelaki yang wanita harus fahami. Betul atau tidak?

  1. Bila si dia sibuk... Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja atau pun menemani kamu pergi membeli belah.
  2. Bila si dia ego... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoaan bila sikap begini menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
  3. Bila si dia romantik... Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupas selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.
  4. Bila si dia panas baran... Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
  5. Bila si dia penat... Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu berehat secukupnya dan jangan memaksa di  membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan.
  6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... Cuba berterus terang dan luahkan rasa tidak puas hati kamu terhadap sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.
  7. Bila si dia mengongkong...Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut sahaja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan kamu berdua.
  8. Bila si dia selamba... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya buat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ni selalunya ingin kita yang memulakan dulu. Sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaiman untuk menarik perhatiannya.
  9. Bila si dia curang... Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
  10. Bila si dia lurus bendul... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinua tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Ni apa yang perempuan patut fahami situasi lelaki. Tapi sejauh mana kebenarannya. Aku pun tak tahu. Tapi aku, sebagai lelaki, mengakui kadang-kadang info di atas ni memang dikehendaki lelaki. Tapi bukan semua lelaki mempunyai perangai yang sama. Terpulang kepada individu tu sendiri. Jadi pendapat anda bagaimana?


June 15, 2010

Ladies Coach untuk KTM Komuter...Ada perbezaan ke?...

Aku memang dah agak lama tak menggunakan perkhidmatan komuter...So...semalam aku naik komuter nak pergi Mid Valley...Sebelum aku pernah dengar yang komuter sekarang menyediakan satu "coach" yang hanya di khaskan kepada kaum wanita...tetapi semalam aku tengok ada je lelaki dalam "coach" yang terang-terang dah tulis "ladies only"...

Kat situ aku dah mula timbul pelbagai persoalan...Diorang ni pandai membaca tak?...Atau saja buat-buat tak nampak?...Atau pu n mereka ni memang saja berniat nak berada dalam gerabak yang dipenuhi wanita?...Atau mereka ini memang mat keranjang?...yang tu semua persoalan yang timbul dalam fikiran aku...

Kalau lihat kembali pada logo-logo dan juga banner yang terdapat kat stesyen-stesyen KTM Komuter rasanya tak menjadi masalah untuk kita faham apa maksudnya...ditambah pula dengan logo-logo yang ditampal pada pintu Komuter...Kalau aku la...memang aku malu nak masuk dalam gerabak tu...sebab dah terang-terang tulis Koc Wanita...

Tapi itulah yang menjadi senario rakyat Malaysia...Sukar untuk mengikut peraturan...Yang pentingkan kepuasan diri...Sebab malas nak jalan jauh pergi dekat koc lain...sedangkan bukan jauh pun...

May 28, 2010

Lelaki itu rumit?...


Pagi Jumaat yang seronok sebab hari ni cuti..So...kepada mereka-mereka yang menyambut Hari Wesak...Aku ucapkan Selamat Menyambut Hari wesak...


So...tadi aku ada terbaca satu blog mengenai rahsia diri...dekat blog 1001rahsiadiri.blogspot.com...So...kat sini aku share dengan korang...Pasal lelaki...Sebab apa lelaki tu rumit?...Aku juga seorang lelaki...tapi aku tak rasa pun aku ni rumit...Jadi betul ke?...


1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah. 

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. 

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda. 

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan. 

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain. 

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua. 

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya. 

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati. 

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

Jadi betul ke lelaki ni rumit?...

May 22, 2010

Kronologi seorang pelajar [version aku]

Aku sudah berada di tahun akhir...Malah di semester akhir pembelajaran aku...So...lepas ni kira aku akan menghadapi satu dunia yang penuhh dengan persaingan...Perlu bersaing dalam segenap aspek kehidupan...Sekarang nak dapat kerja pun dah semakin susah...Kena bersaing dengan semua orang...Kalau kita mudah tewas dalam persaingan kita akan ketinggalan...Alamak...dah melalut la pulak...hehehe...

Aku nak cerita sikit...Apa yang aku perhatikan...Ketika aku berada kat tempat pengajian aku ni...Aku suka perhatikan orang...dan aku memang suka tengok gelagat orang...Tak kira la...member-member ke...junior-junior ke...semua aku tengok...So...kat sini aku nak story sikit pasal kronologi pelajar kat kolej aku...yang mana merupakan  kolej yang memang khusus untuk pelajar kejuruteraan...hehehe...

Tahun 1

Apa yang aku perhatikan...Bila dah masuk semester satu...pelajar-pelajar baik-baik je...Jalan pun tunduk...Nak tegur-tegur oun tak berani...Biasa la...Freshie...kena la baik...Nanti apa pulak orang kata...hehehe...Jadi time ni masing-masing fokus nak study...sebab tengah bersemangat...maklum la...azam baru bila dah masuk U...Biasa-biasa...hehehe

Tahun 2

Bila dah masing mula dah kenal...so..boleh la tengok yang masing-masing dah ada pasangan...kat sana sini korang boleh tengok mesti ada pasangan...tak kira la kat mana pun...makan sama-sama...jalan sama-sama...ish...kadang2....tak sedap jugak mata memandang...hehehe...tapi nak buat macam mana...tu la yang berlaku...bila masing-masing dah suka...


Tahun 3

Kali ini boleh kata student dah kenal sangat keseluruhan U @ kolej...diorang dah boleh digelar senior...Jadi dah ada 'ek' sikit...maklum la...dah ada junior bawah 2 tahun...tinggal setahun je lagi nak blah...jadi macam2 la yang kes yang timbul...kes itu...kes ini...banyak la...bila yang tak pernah jejak KL kenal KL...jadi macam2 diorang dah explore...

Tahun 4

Tahun akhir...Tahun ni...masing-masing dah mula sibuk...dengan tugasan Final Year...Ramai juga pasangan-pasangan yang clash...kononnya dah kenal hati budi masing-masing...hahaha...aku nak tergelak pun ada...bila di kenangkan balik tahun 2 tadi...Kesibukan time ni memang ketara...tidur pun dah tak berapa nak cukup...Balik umah pun tak tentu...kadang sampai pagi...tapi tu la lumrah pelajar tahun akhir...dan aku tengah alami sekarang...

Tu kronologi yang aku tengok, perhati dan alami sendiri...Kadang-kadang ada yang nak tergelak...kadang-kadang nak marah...tapi semua tu la lumrah yang dialami seorang pelajar...Sebelum menempuh dunia sebenar...


#picture credit to google.com

May 13, 2010

Pasangan bergaduh?...Nak gelak pun ada...

Tengah hari tadi aku makan kat kafe kolej aku...So..macam biasa la time lunch...kena la melantak dulu...hahaha...Dan secara kebetulan aku jumpa satu pasangan couple nie...Dan aku rasa diorang tengah gaduh kot...Ye la...yang laki muka masam...yang perempuan pun sama jugak...

Aku tak la concerntrate sangat kat diorang...sebab kat TV dekat dengan tempat aku makan tengah tunjuk perlawanan Hafiz Hashim semalam...kira nak tengok balik la wira separuh akhir negara...hahaha...so...aku tak concentrate sangat la kat pasangan tu...tapi ade jugak aku jeling-jeling tengok...hehehe...


Tengah duduk-duduk makan...Tiba-tiba aku tengok laki tu...bangun dari kerusi...lepas tu nampak macam marah-marah...So...memang sah la...diorang tengah gaduh...Malas nak tengok lebih-lebih jap gi lain pulak yang jadi...Lepas tu laki tu terus blah...naik moto...kira memang nak blah betul-betul la...kesian pulak tengok perempuan tu...ye la...kan kat tempat orang ramai...Lepas laki tu blah je...perempuan tu pun tunduk atas meja...dan aku beranggapan yang perempuan tu nangis kot...Ye la...wanita kan terkenal dengan sifat manja...hehehe...

Aku perhati jugak laki yang blah tadi...tak sampai pun simpang pertama...tengok-tengok...dia datang balik...hahaha....time tu aku rasa nak tergelak pun ada...Ye la...dah kau tinggal dia bodo-bodo macam tu kat tempat orang ramai...lepas tu kau datang balik...kira nak pujuk...wowwwww...memang gentleman la...hehehe...Tapi tak patut jugak sebab malu jugak bila lelaki tu buat macam tu...Kalau aku la perempuan tu....aku rasa dia datang je aku terus blah...hahahaha...

March 28, 2010

Mana letaknya maruah perempuan apabila berpakaian?

Selamat pagi semua...Hari baru aku ada semangat sikit nak menaip entry-entry baru...Disebabkan keletihan semalam...Aku tak sempat nak menaip panjang entry terbaru...Ok...sekarang let's go to the point...

Macam yang korang tahu, semalam aku dah jaga open day...So...Ramai pelawat-pelawat yang datang...Tak kira daripada pelbagai bangsa, agama juga jantina...Aku bukanlah nak mengata sape-sape semalam...Amatlah pedih rasanya mata ini apabila ramai yang aku lihat perempuan yang seolah-olah ingin menunjukkan susuk tubuh badan mereka...Padahal, mereka bertudung...

First of all, tipu la kalau aku tak tengok mereka-mereka ini...Sebab aku lelaki...Dan aku boleh di kategorikan cacat kalau aku tak menjeling...Sebab aku lelaki...So...Kat sini apa tujuan mereka berbuat sedemikian?...tak ke mereka ni macam dah memburukkan lagi pemakaian mereka...Di tambah pula bertudung...Adakah tudung hanya menjadi syarat sebagai gaya atau fesyen?...

Aku pernah dulu post entry yang bertajuk Tanda-tanda Kiamat...Yang mana salah satu tanda-tanda kiamat adalah apabila perempuan berpakaian pada hakikatnya terlanjang...Dan aku rasa dah banyak yang kita boleh nampak...Tak kira di mana sahaja...Yang mereka ini sanggup menunjukkan segala-galanya yang terdapat pada tubuh mereka...Walaupun mereka sebenarnya bepakaian...

And then, timbul pulak kes-kes rogol di merata tempat...Kemudian lelaki yang di persalahkan....Lelaki yang di penjarakan...kemudian perempuan tu bebas...Cuma mungkin dia menanggung malu untuk sementara...Tapi pada hakikatnya kita lihat kembali...Kebanyakan dalam hal ini siapa yang salah...

Kat sini aku bukan nak salahkan perempuan...Dan bukan semua perempuan yang berperangai sedemikian...Masih ramai lagi yang menjaga adab berpakaian...

Jadi apa pandangan korang semua?...


March 8, 2010

Perlu ke tarik muka?

Hari Isnin, hari untuk memulakan tugas...Aku masih sibuk dengan Final Year Project...dan banyak lagi yang masih belum disettlekan..Tapi still mengambil peluang untuk mengupdate blog...

Aku ingin bertanya kepada pembaca-pembaca wanita...Adakah ada perlu anda membuat muka...Ini semata-mata untuk menunjukkan bahawa anda ada masalah?...Satu persoalan yang aku ingin tanyakan pada anda wahai pembaca wanita...

aku tak maksudkan sape-sape kat sini...tapi cuma aku hairan...Bila dilanda masalah...kita harus menarik muka...untuk menunjukkan yang kita bermasalah...PERLU KE?...Secara tak langsung ini akan menarik perhatian kaum-kaun Adam...Dan lelaki pulak bukan main la...Caring semacam...Aku tau sifat wanita ni manja, dan ingin dibelai...adakah ini wajar?...

Aku bukanlah nak menunjukkan yang aku ni agak tak suka pada wanita yang bersikap sedemikian, tapi tak ke mereka fikir yang ni kelakuan mereka tak kena pada tempatnya...tambah-tambah pada tempat kerja...secara tak langsung ni akan ganggu prestasi kerja mereka...Betul tak?...Dan aku bukanlah sorang yang tak sukakan perempuan yang manja...ini sudah menjadi lumrah kehidupan...

So agak-agak korang semua boleh explain tak ke konfiusan aku dengan sebab-sebab yang munasabah...perlu ke berkelakuan sebegitu?


p/s: berdasarkan apa yang aku alami

November 19, 2009

Betul ke tak?

Dalam entry nie aku nak cite sket pasal men vs women...

Betul ke apabila seseoarng to dah dikire declare dengan sape2 atau lebih mudah kite kate 'couple' ngan sape2...die wajib dikongkong?...
takde kebebasan hidup?...
buat tu salah...buat nie salah...betul ker?...


so kat sini aku nak tanye la korang semua...kat sini siapa yang lebih bersikap macam tu...lelaki ke perempuan?...

aku ade la member2 yang jenis bile dah bercouple jer...start la nak kongkong sane...kongkong sini...
masalahnya...diorang nie melibatkan dua2 jenis jantina...laki dan perempuan...

ape sebab diorang nak kongkong antara satu sama lain?...sedangkan diorang still boleh dikategorikan sebagai single...cume tak available jer...

ade yang aku jumpe...lelaki nie sampai tak bagi 'awek' die kawan ngan lelaki lain melainkan kalau laki tu kenal...fuyoooo....
hebat gile mamat tu...confirm2 takut awek die kena kebas....

ade jugak yang aku jumpe jenis perempuan yang tak bagi 'boyfren' die nie nak wat ape yang die suke...sampai kalau nak main futsal pun kene control...

so...kt cni timbul satu persoalan....

sebab ape diorang wat mcm tu yer?...

jawabbbb....jawabbbb....


October 14, 2009

Perempuan...Sombong?....

Entry kali nie dah lame menimbulkan persoalan dalam diri aku....cuma tk kesampaian nak tulis dalam entry...
so...entry aku kali nie maybe agak "bias" sket...coz persoalan yang aku nak utarakan nie mengenai perempuan...
ok lah..entry die berbunyi mcm nie...

Betul ke pendapat aku apabila perempuan nie berjaya sikit...tahap kesombong dia nie makin tinggi?...

tu persoalannye dekat sini..tujuan aku tulis topik nie nak dapatkan opinion korang semua tentang statement aku tadi...
sebab aku tulis entry disebabkan oleh pemerhatian aku terhadap perempuan2 yan berkerjaya...tambah yang masih bujang dan mempunyai pangkat2 besar dalam satu2 organisasi...
kite boleh nmpak la yang diorang nie agak menyombong jika dibandingkan dengan mereka yang berkahwin...

so...adekah dapat diterima statement tu?...
atau
mungkin sesetengah sahaje yang berperangai sedemikian?...

dh banyak aku tengok...kalau perempuan tu berpangkat besar...boleh dikatekan kebanyakannye tak kahwin...
sebab ape ek?...
diorang nie jual mahal ker?...or diorang nie agak memilih?...

semua tu belom dapt aku ungkaikan...
so...harap korang boleh bagi pandangan tentang topik nie...

October 5, 2009

Siapa lagi?... (Part 1)

Salam...
Thanx kepada pengunjung ke blog aku nie....
entry kali nie bukan la nk menjatuhkan sape-sape tapi sekadar nak mendapatkan pandangan dari korang semua...
biase la pasal gender antara lelaki dan perempuan...

ok...first kite bagi kepada 3 kategori...

1)soal kewangan....
sape lagi mudah berjimat?...sape lagi yang banyak duit?...
sape yang lagi kaya?...

2)soal maruah@ego...
sape lagi ego?...sape lagi sombong?...

3)soal cinta...
sape lagi romantik?...sape lagi mudah difahami?...sape yg lagi berterus-terang?...
sape lagi banyak berahsia?...

so..berdasarkan kategori-kategori di atas...boleh tak u guys tinggalkan komen mengenai permasalahan ini?...
nanti aku akan cube solvekan persoalan nie pade entry2 yang akan datang...