Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

March 30, 2016

Kecurian di KLIA 2

Jumaat lepas, aku ke KLIA2 untuk jemput parents aku yang baru sampai dari KB. So, aku parking dekat area CP 5. 


Yang aku rasa menjadi kesilapan aku sebab aku alihkan beg dari dalam kereta ke bonet belakang. Yang memang tak patut buat sebenarnya. Memang time tu aku tak perasan langsung kalau-kalau ada orang dekat kawasan tu. 

Lepas tu aku terus ke domestic arrival hall.

Lebih kurang setengah jam,

Aku terus ke kereta. Tekan remote kunci macam biasa. Kereta pun buka macam biasa. Bila aku buka bonet belakang aku dah perasan yang beg galas aku hilang. Pada mulanya memang aku ingat kecuaian aku, mungkin aku tinggal diatas kereta barang kali. Tapi aku periksa lagi, aku perasan yang kasut dalam bonet aku sepasang hilang dan juga jaket yang aku letak dekat tempat duduk belakang.

Masa tu, memang aku syak yang kereta aku dimasuki pencuri. Tapi memang tak ada apa-apa tanda kereta kena pecah. Yang hilang cuma barang. 

Aku terus buat laporan polis. Agak kecewa bila aku buat laporan polis, aku tak dapat nak tengok rakaman CCTV. Sebab bukan di bawah bidang kuasa polis. Lepas setengah jam, polis maklumkan yang beg aku memang tak boleh nak jumpa. Sebab tak jumpa pergerakan dekat kawasan parking yang ambil beg aku.

Persoalan:

1. Polis ataupun security tahu ke beg aku bentuk macam mana? Sebab tak nak bagi aku sebagai mangsa tengok CCTV.
2. Polis terlalu cepat buat kesimpulan. Dalam masa setengah jam. Kira dah settle. 
3. Kes ni ada kaitan dengan orang dalam ke?
4. Tahap CCTV yang tak capai standard yang sepatutnya ke?
5. Bila aku tanya polis berapa kali kes macam ni dah terjadi, diorang kata baru first time. Sebelum ni tak pernah jadi. Ke memang pencuri tu baru nak mula mencuri dekat KLIA 2?
6. Pencuri yang amat mahir? sebab boleh buka kereta aku tanpa kesan pecah masuk.

Marah. Geram. Semua aku rasa. Cuma ye la kan. Bila barang yang kita sayang hilang, macam Macbook Air aku memang bengang la kan. Sebab tu dalam hukum Hudud ada dinyatakan hukuman bagi pencuri ni kena potong tangan. Sebab terlalu menyusahkan orang lain. 

Apa-apa pun, sekarang ni kena redha dulu. Aku harap kalau pencuri tu terbuka harti boleh pulangkan balik beg aku dekat kaunter information kat KLIA 2 pun okay. Sebab apa yang dia boleh buat dengan Macbook aku sebab aku memang dah lock semua dah. 

Aku harap perkongsian aku ni dapat bagi info kat korang pasal kes kecurian yang aku alami dekat KLIA 2.

March 23, 2016

Nasi Lemak sarapan yang berkhasiat

Akhirnya.

Buat pertama kali aku dengan komen yang mengatakan nasi lemak adalah makanan yang berkhasiat untuk sarapan pagi. Selalunya komen yang kita dengar, nasi lemak ni kalau makan selalu boleh mengakibatkan obesiti la. Dan macam-macam lagi komen negatif.


Baru-baru ni, majalah TIME Magazine menyenaraikan Nasi Lemak sebagai salah satu 'healthy international breakfast'. 

Kenyataan TIME magazine mengakui bahawa memang ada lebih kandungan lemak dalam Nasi Lemak tetapi diseimbangkan dengan kandungan mangan, protein dan karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Sambal cili tu pula, elok untuk meningkatkan metabolisme dalam badan.

Siapa tak terkejut kan?

Lepas ni dah ada hujah untuk mengatakan nasi lemak ni memang berkhasiat untuk sarapan pagi. Tapi kalau untuk supper. Yang tu aku tak tahu nak hujah macam mana. 

Hehehe.

March 18, 2016

Cara Penipuan di Mudah.my

Kebelakangan ni aku ada terima banyak comment pasal kes penipuan ataupun cubaan menipu di Mudah. Korang boleh refer entry aku sebelum ni.

Penjual di Mudah.my sering tertipu | Sindiket SCAM antrabangsa


Rata-rata komen yang aku terima kebanyakannya kes pembeli yang berasa dari luar negara. USA, Africa dan banyak lagi negara-negara lain. Semua nya boleh katakan konsep yang sama. Kalau korang tengok pada komen-komen yang dihantar. Jadi kat sini aku buat satu rumusan tentang konsep yang selalu orang cuba menipu berdasarkan komen-komen yang aku terima.
  • Kadar harga yang ditawarkan oleh pembeli dengan harga yang tinggi. Contohnya, macam sebatang pen kalau penjual nak jual baru RM10. Tapi pembeli tawar nak beli RM100. 
  • Pembeli katakan duit dimasukkan pada kadar segera. Hakikatnya, bila kita check balanca account memang tak ada pun. Aku pernah check dengan bank, kalau international deposit pun akan ada dalam floating. Kalau tak ada? sah-sah tipu.
  • Barang nak pos ke luar negara. Terus-terang aku cakap, mudah ni untuk orang Malaysia. Untul COD. Pos-pos risiko. Terpulang pada korang. Tapi pos ke OVERSEA? diorang tak boleh cari web lain ke? Ebay? yang memang ade international shipping?
  • Ugut FBI akan siasat kes. Tolong la geng. Tu semua cara nak takutkan korang je. FBI nak semak kes macam ni? Dah duit pun tak masuk dalam account ade hati nak ugut kat FBI. Memang tak la kan.
Semua tu cara penipu-penipu ni nak takutkan korang je. Bila korang takut korang akan pos barang walaupun diorang tak bayar payment. Nasihat aku sentiasa refer pada yang berkenaan, pihak bank tanya diorang. Betul ke payment ada masuk. Tapi kalau tak ada, abaikan saja.

Mudah ni bagi aku lebih prefer COD. Kalau harga kita letak diorang boleh mintak beli lagi mahal tak ke pelik? Oversea pulak tu. So, kat situ kita kena pakai kita punya justification.

Harap dapat berkongsi dengan korang semua.


January 17, 2016

Spesifikasi No Plat di Malaysia

Spesifikasi no plat kereta yang JPJ nak. Lepas ni dah tak obleh sebarang-sebarang pakai no plat tak ikut spesifikasi. Kalau tak dah memang jadi sebab untuk JPJ tahan korang. 



Sumber : Paultan.org

January 10, 2016

Siswazah tak mampu nak belanja makan?

Keratan akhbar The Star. 


Teringat balik zaman-zaman kolej aku dulu. Dengan duit perbelanjaan hasil dari pinjaman MARA sebanyak RM680. Untuk seorang pelajar, dengan macam-macam kos untuk digunakan. Dengan RM680 tu jugaklah untuk bayar sewa rumah tak pun hostel je dah RM120++. Pastu tak masuk minyak moto nak ke kelas yang agak jauh. Kalau jalan kaki, paling kurang pun dah 15minit. Pastu untuk makan minum lagi.  Banyak juga la kalau diletakkan RM680 tu.



Kadang-kadang tu terpaksa juga aku minta bantuan dari keluarga aku. Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang ni agak-agak korang la kan. Kalau dapat RM680 sebulan tu boleh dikatakan cukup tak? Nak pakai public transport pun dah berapa. LRT? Komuter? Bas? 

Makan? Dah tentu-tentu naik. Aku dulu ingat lagi yang makan nasi bujang. Nasi dengan telur goreng dengan sup kosong. Time tu Rm1.50. Sekarang? Tak tau la tu berapa agaknya la kan.

Sedih jugak bila tengok berita hari ni yang mana student dah tak mampu nak makan. So, macam mana diorang nak berjuang menuntut ilmu? Tak mustahil yang dengan kekangan hidup dalam ekonomi sekarang ni. Ramai yang menjadi gelandangan. Sebab tak mampu. 

Apa tindakan yang patut kita lakukan?

December 28, 2015

Berhati-hati ketika gunakan jalan ni. Jalan ditabur minyak.

Jalan licin akibat pihak yang tak bertanggungjawab tabur minyak. Semalam time aku balik dari Mid Valley melalui DUKE, tak pasal kereta aku lost control. Tapi Alhamdulillah. Aku dapat control kereta tu daripada kemalangan dan kebetulan jugak masa tu tak ada kereta. Kereta pun aku perlahan je disebabkan hujan. 

Jalan yang aku maksudkan macam kat gambar bawah ni. Kalau sape-sape yang selalu guna jalan ni mohon berhati-hati. Sebab ada golongan-golongan yang tak bertanggungjawab ni akan ambil kesempatan kat korang. Tabur minyak atas jalan dengan niat supaya orang ramai terlibat dengan kemalangan.




April 23, 2015

Inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan Ahli KWSP. Pengeluaran Simpanan KWSP pada 60 tahun?

Sekarang ni kecoh pasal had umur untuk pengeluaran duit daripada KWSP akan dinaikkan daripada umur 55 tahun ke 60 tahun. Jadi sekarang, pihak KWSP telah pun mengadakan satu survey untuk menilai sejauh mana keberkesanan jika had umur untuk pengeluaran tu di naikkan ke umur 60 tahun. Aku nasihatkan, kepada mereka-mereka yang memang ada caruman KWSP. boleh jawab survey tu, terutama yang macam aku ni. Yang baru sahaja mencarum dalam KWSP tak sampai 10 tahun. 

Sebelum korang jawab survey tu, korang perlu mendaftar untuk i-Account KWSP. Senang je. Cuma pergi kat kiosk KWSP. Ataupun boleh telefon untuk dapat kan no pendaftaran i-Account. Lepas tu baru boleh jawab survey.


Berikut adalah antara objektif kaji selidik yang dijalankan oleh pihak KWSP.


Antara persoalan yang diajukan dalam survey oleh KWSP. Jadi korang perlu jawab ye. Yang ni antaranya had umur pengeluaran sepenuhnya yang bakal dinaikkan ke umur 60 tahun. Bagi aku, aku tak setuju.



Jadi, apa korang tunggu lagi. Baik cepat-cepat buat i-Account untuk KWSP dan jawab survey ni. Lagi ramai yang tak setuju lagi bagus. Sebab tarikh tutup untuk jawab survey ni pada 5 Mei 2015. Tak lama dah tu. Baik cepat sebelum terlambat ye. Laman web KWSP seperti dibawah.


March 20, 2015

Tambang baru pengangkutan awam bermula 15 Mei 2015

Siapa yang cakap tiada kenaikan? 

Sampai-sampai je kat rumah bila aku tengok berita TV3 malam ni tengok-tengok tambang bas pun dah naik.  Tambang teksi pun naik. Ade jugak kenaikan kat situ kalau nak kan. Walaupun dalam TV macam-macam dok heboh yang takde kenaikan sana-sini. 


Tambang bas nak balik ke Kota Bharu je dah naik sampai RM53.70. Lepas ni sape-sape yang nak balik ke KB tu dah boleh ambik kira kalau naik flight jugak. Sebab pernah hari tu sekali aku naik Malaysia Airlines tiket flight baru je RM51. Lagi murah tu.

Rasionalnya? Sebab kenaikan kos penyelenggaraan dan insurans. Dan siapa yang naikkan insurans? Kerajaan kan? Sebab aku rasa bisnes insurans la yang paling untung. Sebab insurans atas risiko seseorang. Contoh, macam kereta. Tiap-tiap tahun bayar insurans. Tak pernah pun kita claim. Sebab kita tak harapkan kemalangan. Takkan tiap-tiap tahun nak accident je. Sebab nak claim insurans. Tapi tu la salah satu bisnes yang paling menguntungkan. 

Agak-agak la kan, lepas GST ni banyak sangat ke harga yang turun? 

January 31, 2015

Harga minyak RON 95, RON 97, Diesel bermula 1 Februari 2015.


Sah !

Harga minyak petrol untuk RON 95, RON 97 dan Diesel turun lagi bermula tengah malam ini 1 Februari 2015.

RON 95 - RM 1.70 penurunan sebanyak 21 sen.
RON 97 - RM 2.00 penurunan sebanyak 11 sen.
Diesel - RM 1.70 penurunan sebanyak 23 sen.




Tapi adakah pekedai-pekedai ataupun peruncit kat luar sana akan turunkan harga barang dan cas perkhidmatan? Maklum la kan, kalau dulu alasan bila minyak naik semua naikkan harga barang sebab minyak naik. Tapi bila minyak dah turun, harga barang turun tak?

Tepuk dada, tanya selera.

January 18, 2015

Granny Smith Apples, Gala Apples, Caramel Apples tercemar bakteria Listeriosis

Apple Granny Smith telah disekat daripada memasuki Malaysia ekoran dari pencemaran oleh bakteria Listeriosis. Menurut sumber dari Monterey Health Department, pusat pemprosesan apple tersebut di Shafter telah pun dikenalpasti mengandungi bakteria Listeriosis tersebut.


Bakteria Listeriosis boleh menyebabkan kematian. Antara simptom dijangkiti penyakit ini adalah:

  • Demam
  • Sakit Kepala
  • Muntah - muntah
  • Kejang otot

Dinasihatkan kepada mereka yang telah membeli Granny Smith Apples, Gala Apples atau pun Caramel Apples untuk mengelakkan dari memakan apple tersebut. 


Menurut Kementerian Perindustrian dan Asas Tani, kerajaan telah pun menghentikan mengimport ketiga-tiga produk tersebut.

January 16, 2015

Penutupan LDP di KM 20-21 | 15-31 Januari 2015

Info dari Paultan.org berikutan penutupan LDP disebabkan pembinaan LRT Ampang line extension project.. Penutupan jalan di LDP di KM 20-21, North bound. Penutupan jalan akan bermula dari 15 Januari 2015 - 31 Januari 2015.

Mengikut laman web MyRapid,

Penutupan jalan daripada 12am - 6am susur keluar dari Bandar Puchong Jaya ke Bandar Sunway. Dua lorong daripada Bandar Puchong Jaya to Jalan Klang Lama.


Pengguna dari Bandar Puchong Jaya ke Bandar Sunway dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternative melalui ramp/elevated highway ke Bandar Sunway manakala penguna ke Bandar Puchong Jaya boleh menggunakan jalan biasa ke Jalan Klang Lama.


Info lanjut boleh hubungi talian Hotline MyRapid 03-7885 2585.

SUMBER : MyRapids ; Paultan

October 9, 2012

Kos Servis 40,000 KM Proton Satria Neo CPS MT

Dah 40,000 KM pun. Jadi hari ni aku pergi servis kereta aku. Ingatkan nak tunggu bulan depan. Tapi bila dah ade bunyi kreuk..kreuk kat kereta aku tu yang jadi tak sedap hati tu. Terus pegi servis. Tapi aku dah agak yang brake pad aku belah depan dah out dah pun. Tu yang kene tukar tu, alang-alang nak tukar brake pad terus servis sekali la. Boleh tahan jugak la. 40,000 KM tu Major Servis. Jadi faham-faham la duit melayang servis kali ni.


Total servis untuk 40,000 km bagi sebuah kerea Proton Satria Neo CPS MT adalah RM 560.80. Tu termasuk sekali dengan brake pad aku. Sepasang je, bahagian depan. Apa yang aku tukar kali ni macam list kat bawah :

1. Engine Oil
2. Oil Filter
3. Spark Plug
4. Brake Fluid
5. Air Filter
6. Fuel Filter
7. Power Steering Oil
8. Radiator Coolant
9. Gear Oil 
10. Brake Pad (External)

Kos upah Pro Care Smart : RM 110.

Tu la lebih kurang, kos untuk servis 40,000 KM. Aku rasa kalau ikut kereta Proton lain pun lebih kurang jugak kot. Sebab major servis 40,000 KM tak lari jauh la kot.

August 14, 2012

Kesalahan ketika Berhari Raya

Tak lama lagi dah nak raya. Dalam sedar tak sedar cepat je Ramadhan tinggalkan kita. Sekarang dah pun nak masuk Syawal. Bila nak menjelangnya Syawal ramai yang mula buat persiapan untuk raya. Beli baju raya, perhiasan rumah dan macam-macam lagi la.

Tapi sedar tak kita yang kadang-kadang tu kita ni ada terbuat kesalahan ketika berhari raya yang kita tak sedar. Sambil-sambil jom kita memperingatkan diri kita sendiri termasuk la aku jugak. 

SUMBER
Jadi dalam kemeriahan menyambut raya jangan pulak kita lupa ye. Semoga dapat dijadikan panduan kepada semua. Insyaallah.

Akta 114A perlu dibincangkan semula?

Satu yang kita patut tahu sebagai pengguna internet di Malaysia tentang Akta 114A akta yang telah dipinda terhadap Akta Keterangan 1950.  Pindaan terbaru ni menjadi bantahan daripada pengguna internet disebabkan oleh kerana pindaaan terbaru ni meletakkan beban membuktikan kesalahan kepada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.

Sebagaimana contoh di bawah,


Petikan dari stop114A,


Kalau tengok balik kenyataan kat atas tu memang nampak ada bahayanya di situ. Mungkin ada pihak lain yang boleh mengambil kesempatan terhadap orang lain. Macam korang sendiri tahu yang sekarang ni dah ramai yang cuba menyamar menjadi orang lain. Termasuk dengan menggunakan gambar orang lain sebagai gambar profile. 

Jadi amat bahaya kepada kita sebagai pengguna internet yang sering kali terdedah dengan fake account yang dicreate oleh orang lain. Harapnya diperbincangkan kembali Akta 114A ni.

SUMBER  

July 24, 2012

Logo Merdeka 2012 melambangkan kematangan 55 tahun Merdeka?

Nampak sangat yang sekarang ni bahang politik di negara kita menjadi-jadi. Aku rasa korang pun perasan. Semakin hampir kita dengan pilihanraya. Semakin menjadi-jadi laporan berita TV, surat khabar. Sampaikan kita sebagai rakyat nak dapat info yang tepat pun kadang-kadang tu keliru. Sama ada berita tu tepat atau tidak.

Yang terbaru berkaitan dengan Logo Kemerdekaan 2012. Yang aku rasa sangat-sangat bermotifkan politik. Sampaikan Logo  Merdeka 2012 pun boleh dikatakan amatlah bermotifkan politik. Tambahan pula, logo macam terlalu simple. Sampaikan bila aku tengok penjelasan logo tersebut macam tak melambangkan kematangan kita yang dah pun merdeka selama 55 tahun.


Apa pendapat korang?

Sampaikan "ERDEKA" tu oleh melambangkan keunikan? Sedangkan tu pun bukannya salah satu perkataan yang terdapat dalam kamus dewan bahasa. "ERDEKA" ? Maksudnya?

Kalau tengok balik pada logo kali ni. Aku rasa pelajar sekolah rendah baru pertama kali kenal apa itu PAINT pun rasanya tak susah nak buat logo ni. Ni yang menghairankan aku macam mana logo ni boleh diluluskan. Nak dibandingkan dengan logo - logo terdahulu sangat la jauh berbeza.


July 22, 2012

Kadar Bayaran Zakat Negeri di Malaysia 2012

Sambil-sambil menunggu waktu berbuka. Sempat jugak aku update blog. Hehehe. Ambik kesempatan masa yang ada ni sikit. 

Back to the story. Dalam bulan Ramadhan ni selain kita dituntut untuk berpuasa di siang hari. Kita juga dituntut untuk mengeluarkan zakat. Iaitu zakat fitrah. Aku rasa kepada mereka yang dah pun punya pendapatan sendiri kena la bayar zakat fitrah ni. Sebab wajib tau. 

Berikut adalah kadar zakat untuk tahun 2012 untuk semua negeri di Malaysia.


Bilakah waktu pembayaran zakat?

Waktu Wajib : Akhir Ramadhan sehingga terbitnya matahari
Waktu Afdal : Bermula terbit fajar subuh sehingga sebelum solat hari raya
Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
Waktu Makruh : Selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Waktu Haram : Selepas (uruf) matahari satu Syawal tetapi tetap wajib membayar zakat fitrahnya. Jika lebih lama tidak dibayar lebih besar dosanya. 

Jadi lebih baik kita ambil berat tentang pembayaran zakat. Sebab salah satu amalan di wajib dilakukan di bulan Ramadhan. 

July 15, 2012

Pernah tengok dari mana minyak mentah tu datang?

Pejam celik..pejam celik dah pun sepuluh hari. Sampai la aku kat rumah. Kali kerja tak sampai 14hari. Sebab crew change. Jadi kerja 10 hari. Cuti 10 hari. Hari ni pun chopper sampai awal jadi sampai Kota Bahru pun cepat la. Dalam pukul 2 petang dah sampai Kot Bharu.

Eh. Korang pernah tak terfikir dari mana kita minyak mentah. Apa kata kalau aku berkongsi dengan korang apa sebenarnya wellhead. Aku rasa ramai yang kenal lagi kan. Jom tengok sikit. 


Haa.Amacam? Apa pendapat korang?

May 9, 2012

Plantar Fasciitis | Sakit di tumit kaki


Baru balik daripada klinik. Pergi check kaki aku. Sebab sejak dua menjak ni tapak kaki aku sakit. Tapi baru dua tiga hari ni baru sakit betul-betul. Tu yang pergi klinik tu. Tambahan pulak malam ni nak drive balik Kerteh dah. Sebab esok pagi nak balik ke platform balik. Kalau sakit-sakit macam ni macam tak seronok pulak nak kerja nanti. 

Sekarang ni senang, doktor nak bagi explanation kat pesakit pun senang. Tak payah nak terang panjang lebar. Google je. So, tadi doktor pun tunjuk la kat aku yang kaki ni kena Plantar Fasciitis. Perghh. Kalau nak sebut pun berbelit-belit. Senang-senang tunjuk gambar je la.


Haa. Tu lah dia Plantar Fasciitis. Baru aku tau. Mulakan aku ingt sakit tumit kat tulang. Rupanya dekat join. Doktor cakap sebab kita ni selalu berjalan lepas tu berat badan kita not even dekat tapak kaki. Jadi, nak jadi macam ni memang ada potential. Tambah pulak kalau perempuan yang selalu pakai heel. Lagi berpontensi nak jadi macam ni.

Bagus jugak kan bila dunia di hujung jari.  Doktor nak explain kat patient pun senang. Patient nak tahu jugak apa yang diorang sakit. Baru la puas hati bila doktor dapat explain macam ni kan.

May 7, 2012

Semakan Keputusan Kemasukan IPTA, Lepasan SPM


Lepasan SPM kini boleh membuat semakan kemasukan ke IPTA  bermula sekarang sehinggalah 28 MEi 2012 akan datang.

Petikan daripada Berita Harian 


Sekarang ni nak semak keputuan senang je. Online je. Tak pun dengan SMS.

UPU RESULT [No. Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888.

Atau pun boleh hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi,

03-55692840

April 6, 2012

Gas Petronas | 1-300-888-427

Tadi lepas balik dari Masjid lepas tunaikan solat Jumaat aku ternampak iklan kat bawah ni. Perkhidmatan terbaru daripada Petronas. Penghantaran Gas Petronas dari rumah ke rumah. Wah. Sekarang Petronas dah buka lagi satu perkhidmatan untuk orang ramai. Jadi lepas ni kalau gas kat rumah dah habis boleh la order terus dari Petronas gas.


Antara kelebihan bila beli gas dengan Petronas adalah seperti kat bawah ni. Kalau dulu, isi minyak dan beli barang dekat Stesen Minyak Petronas je boleh dapat Mesra Point. Tapi sekarang bila beli Gas dari Gas Petronas ni pun dapat Mesra Point. Cuma dial  1-300-888-427.

Area coverage untuk service ni pun meluas. Hampir di semua ibu negeri di Semenanjung Malaysia. Jadi kalau anda tinggal dekat bandar, rasanya mungkin akan dapat perkhidmatan ni nanti. 



Selain tu, pemeriksaan keselamatan untuk gas kat rumah kita. Takut ada bocor ke, apa ke, so nanti diorang boleh tolong check kan la. Sebab orang-orang yang hantar gas ke rumah ni semua terlatih dan tahu pasal selok-belok gas kat rumah.


Tapi yang menjadi persoalan aku sekarang, berapa harga yang bakal dijual kat kita nanti? Sebab sekarang kalau aku beli gas kat kedai runcit sebelah rumah pun dah RM30. Tapi bila dah ada extra services macam ni berapa la pulak yang diorang akan charge nanti ek?

P/S : Dah macam delivery Pizza la pulak kan? :p