Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

March 2, 2012

Suatu hari di sebuah bank...

Semalam aku baru balik dari kerja. Lepas dua minggu tanpa internet. Bila dah jejak tanah baru rasa puas hati. Dalam perjalanan balik aku singgah la dekat satu bank ni. Sebab kawan aku nak mintak statement bank. Jadi kitorang pun singgah kat satu bank ni di Paka, Terengganu.

Sungguh bernasib baik sebab bank tu tak penuh. Jadi cepat la boleh masuk kaunter. Lepas tu, seorang pegawai bank tu handle la urusan kawan aku. 

Pegawai bank : Encik boleh tunggu setengah jam tak untuk kami buat statement tu.
Member aku : Boleh je.

Lepas tu kitorang pun pergi la minum dekat kopitiam dekat dengan bank tu. Sebab nak tunggu setengah jam. Boleh tahan jugak la lamenye kalau setengah jam tu. So, takpe la. Lagipun lepas ni nak gerak balik Kuala Terengganu dah. Sementara tu boleh la hilang-hilang penat naik chopper pagi tadi.

30 minit kemudian,

Member aku : Macam mana dengan statement bank saya?
Pegawai bank : Encik, kita punya server down, boleh tunggu lagi 2 jam ke? Ok tak?
Member aku : 2 jam? errrr..tak boleh ke dapat statement tu.
Pegawai bank : Kejap-kejap encik tunggu kejap ye. Duduk dulu.

10 minit kemudian.

Pegawai bank : Ni statement bank encik untuk bulan sekian-sekian.

Haaa. Kat situ macam dah nampak sangat yang diorang buat kerja lambat. Lepas tu bagi alasan macam-macam. Bukan aku nak mengutuk diorang. Tapi better diorang bagi reason yang betul-betul konkrit. Ni tak.

Korang pikir la sendiri.

February 15, 2012

Dulu dan sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam aku baca blog Yuyu Zulaikha yang aku rasa korang semua pun kenal siapa yuyu ni. Sebab makin hari, nama yuyu zulaikha ni makin terkenal dalam dunia blogging ni kan. Bukan bodek ok. Sebab time mula-mula yuyu start blogging dulu aku dah macam slow sikit nak berblogging. Lepas tu terus tinggal blog dalam masa setahun.


Berbalik pada apa yang aku baca kat blog tu pasal Suatu Ketika Dahulu. Bila baca tajuk tu je, aku terkenang kembali suatu masa dahulu bila bernama student. Sekarang life dah lain. Dah bekerjaya. Dulu masih belajar. Banyak perbezaan tu. Tapi paling seronok adalah life time belajar. Walaupun kekangan utama time tu adalah duit. Ye la kan. Bila tak ada duit ni macam-macam benda nak buat ada je masalah. Tak cukup sana, tak cukup sini. Macam-macam la.

Tapi bila time kerja pulak, masa pulak tak cukup. Banyak benda-benda lain yang kena fikir. Bukan setakat makan-minum je. Bayar kereta, bayar itu, bayar ini. Jadi macam gaji bulan-bulan tu datang singgah je. Lepas 2,3 jam dah habis.

Kalau dulu,

Nak makan pun kena control. Takut tak cukup budget. Maklum la, guna duit pinjaman. Bukannya cukup. Mula control makan. Kadang-kadang maggi pun bantai je. Tapi sekarang mesti nak makan nasi tak kira la bila-bila pun. Bila dah ada kerja, alhamdulillah. Life tak macam student dulu. Kena ikat perut. Makan dalam sehari tu kadang-kadang 2 kali je.

Kalau dulu, 

Nak shopping baju kena fikir 2,3 kali. Walaupun aku ni jenis tak minat sangat nak shopping baju. Tapi kadang-kadang tu rasa jugak nak shopping sehelai, dua. So, kena la simpan duit. Nak main beli je memang tak boleh la kan. Kalau tak lari budget time tu.

Kalau dulu,

Orang selalu sebut-sebut tempat kita belajar. Makin gah tempat kita belajar, makin la orang suka. Ye la kan, kalau orang sebut UTP ke, UTM ke. Semua macam woooo.. Hebatlah kau. Bila masuk kolej biasa-biasa ni orang tak pandang sangat. Tapi tu lah yang berlaku kan. Orang selalu membandingkan tempat kita belajar. Walaupun bukan semua. Tambah pulak bila ada perbezaan, kalau kau ambik degree aku ambik diploma. Tapi bukan semua yang macam tu. Mungkin ada sesetengah je.

Kalau dulu,

Bila elaun bulanan tak cukup, terpaksa la call rumah. Mintak sponsor PA & MA. Tapi sekarang dah sampai time aku pulak untuk ringankan beban mereka. Tolong sikit-sikit. Lepas apa yang dorang dah tolong aku selama ni.

Tu lah, antara perbezaan antara dulu dan sekarang. Banyak lagi. Cuma mungkin aku akan berkongsi di masa akan datang. Kalau tulis sekarang tak syok la pulak kan? Hehehe.

February 14, 2012

Doktor tanpa etika?

Bukan nak complain. Dan bukan jugak nak mengutuk. Bukan jugak nak mengata. Tapi apa yang aku rasa semua orang perlu ada etika. Sebabnya? 


Tadi aku pegi klinik. Bawa adik aku jumpa doktor. Dengan niat nak mendapatkan perkhidmatan doktor. Tapi cuba korang bayangkan. Aku terpaksa menunggu giliran sampai ke no 31. Tetapi dalam klinik tu, tak sampai pun 10 orang. So, mane lagi 20 orang.

Tunggu punya tunggu. Dah sejam. Aku tengok ade je orang yang baru masuk terus dapat masuk dalam bilik rawatan untuk jumpa doktor. Senang la pulak. Aku ni dah tunggu sejam tak dapat jugak nak masuk-masuk. Apasal? Sebab diorang dah datang ambik nombor dulu lepas tu pegi shoppin-shopping baru datang balik. Macam tu?

Nak marah pun tak guna. Sebab klinik tu pun bukan aku yang punya. Tapi aku ada hak sebagai pengguna nak bertanya. Bila bertanya pada doktor tuan empunya klinik tu, macam ni jawapan dia ;

"Kalau you tau klinik ni ramai orang, kenapa you tak cari klinik lain?"

Ok. Aku faham. Sebab kau seorang doktor. Dan klinik tu kau yang punya. Tapi kau tak sepatutnya cakap macam tu. Bila orang bertanya secara baik macam tu jawapannya. So, kat mana etika seorang doktor?

p/s : Kalau fikir nak marah, tadi kat klinik lagi aku dah marah.  

April 6, 2011

Boring. Bosan. Bila tengok berita tv dan surat khabar.

Boring. Bosan. Ape lagi yang sama maksud dengannya.

Sebab sekarang ni kalau tengok newspaper...tengok tv ke. Asyik-asyik pasal politik. Kes tu la. Kes ni la. Memang tak seronok. Sebab tu aku lagi suka tengok news dalam internet yang lagi global dan tidak sebelah pada satu pihak je.

Aku kesian jugak la. Tengok salah seorang pemimpin politik yang selalu je dimalukan di khalayak ramai. Sedangkan, sekarang ni pun kes yang disabitkan dengan dia pun masih lagi tak habis dibacara. Tapi macsm dah terbukti yang dia ni bersalah. Memang cara macam tu ke?

Kita sebagai manusia ni cepat judge orang. Sebelum kita tau kebenaran? Macam tu?

Hairan. Hairan. Tapi tu la hakikat senario yang sedang berlaku dalam negara kita sekarang.

March 19, 2011

Myvi yang merasekan dirinya Evo 9 | Tuan kete je kot yang rase macam tu !

Ni aku nak cerita satu kisah. Aku pun tak tahu la ape punye manusia. Ye la kan. Kalau kat Terengganu ni plate TBB **** ni mesti la kete baru. So, tadi nak dijadikan cerita aku pegi la town. Lunch sambil teman member beli barang kat Pasar Payang.

 Dalam perjalanan nak pegi kat situ. Aku jumpe sebijik kete ni. 


Macam biase. Bila bawak kete kita follow la kete depan ni kan. Tapi kete ni lain macam sikit. Potong kanan. Potong kiri. Memang bahaye la. Aku pun tak tau ape yang mamat ni nak buat. Last-last. Dia masuk epan kete aku. Tu pun dekat last minit. Memang kurang diajar la kan. 

Lepas tu korang tahu ape yang dia buat? Mamat tu bukak tingkap sikit. Pastu nak angkat kolar. MAcam nak ajak race. D***. Aku sabar je. Kalau ikut nafsu buat ape kan? Lagipun kete Myvi yang nak berlagak. Kalau Evo ke, Subaru ke. Boleh jugak try...Hahahaha.

Kalau jumpe kete plate TBB 336* kaler macam diatas tu. Try la berkenalan dengan dia ye. Pastu try bagi nasihat sikit. :)

January 14, 2011

Dua situasi yang sama, tapi berbeza

Selamat Pagi Jumaat semua. Hari ni kat Pantai Timur dah start weekend dah. Hehehe. So, hari ni tak keje la. Kali ni aku nak cerita 2 situasi berbeza tapi sama. 


Situasi 1 :

Terjadi dalam minggu lepas. Time tu aku tak ingat bila. Tapi time tu aku baru sampai kat satu kedai makan. Seingat aku la makan malam. Kebetulan kat situ ade seorang pak cik ni. Dia ni 'istimewa' sikit. Aku rasa korang faham kan ape maksud 'istimewa' ni. 

Jadi pak cik ni datang la jenguk-jenguk kat kedai tu. Ape yang aku kagum dengan tuan kedai tu. Dia bagi pak cik sebungkus nasi. Nasi Kukus. Memang cukup murah hati tuan kedai tu.

December 5, 2010

Cinta, Couple, Gaduh

Bercouple? Bercinta? Kat mane manisnya ye? Ape kata kalau korang tengok gambar kat bawah ni.


Actually gambar ni memang aku snap time dalam kereta. Sebab pasangan ni tengah gaduh-gaduh. Kalau aku boleh ambik video dah lame aku post video kat sini. Memang tangan tu naik tinggi-tinggi kot. Tak tahu la gaduh pasal ape kan. Kebetulan pulak, time ni jalan tu tengah jem. Tapi sebelah yang satu lagi. Yang lane satu lagi ni pulak kosong. Memang orang boleh tengok terang-terang la pasangan ni gaduh-gaduh. 

Aku tak tahu la ape perasaan diorang. Tak kan tak rase malu kan. Gaduh di stesen bas. Macam-macam betul ragam manusia ni. Hahaha.

September 8, 2010

Kiriman Jauh dari Sarawak Bumi Kenyalang

Hari ni aku terima kiriman dari jauh. Dari Sarawak. Kawan lama hantar. Walaupun aku dah tak jumpa diorang ni dah dekat 10 tahun. Tapi diorang masih tetap ingat kat family aku. Ni bukanlah first time aku dapat kiriman dari diorang. Bolwh kat every raya mesti dapat kiriman dari diorang.


Kiriman kali ni special sikit. Sebab dapat kek lapis Sarawak. Purely made in Sarawak. Macam korang tahu. Sarawak ni kan popular dengan kek lapis Sarawak yang bercorak-corak ni. Jadi mereka dah kirimkan kek lapis Sarawak ni. Tak banyak. 3 jenis je. Asalkan dapat merasa. Lagipun kalau nak hantar banyak-banyak nanti kena charge bagasi plak. Sebab ni hantar by hand. Sekarang ni kan dah limit berapa kilo nak kena bawa. Jadi kena limit la juga berat bagasi tu.




Sungguh colorful kan kek-kek ni. Memang rajin betul diorang buat. Dan rasa tadi. Memang sedap. Yang paling aku suka yang ade belang-belang merah tu. Rasa blueberry sket. Memang sedap. Dan yang paling aku suka adalah rempah laksa Sarawak yang diorang kirim. Tu memang favourite aku. Suka sangat. Dan esok mak aku bercadang nak buat laksa Sarawak. So, tunggu untuk entry laksa Sarawak nanti ye.


4 bungkus dikirim. Jadi boleh la merasa 4 kali makan Laksa Sarawak untuk tahun ni sampai raya akan datang. Hehehe. Apa-apa pun thanks. Korang ni masih ingat lagi kat kitaorang kat sini. Walaupun aku dah pun 10 tahun tinggalkan Sarawak tu. Bak kata orang friendship never ends. Thanks alot ye. Nanti aku kirimkan balas kat korang tunggu tau. Supriseeeee. Hehehe.

August 8, 2010

Aku menang 1 Juta EURO


Aku menang satu juta tiga ratus dan lima puluh ribu euro (1, 350,000 Euro)...Aku dah jadi jutawan...Aku dapat email ni semalam sebab menurut email ni aku dah menang random lottery...Kalau di convertkan balik duit tu ikut ringgit Malaysia...Aku dah dapat lebih kurang lima juta ringgit ( RM 5,000,000)...dan secara tak langsung akan menjadi jutawan di Malaysia...


Aku pun tak tahu macam mana aku boleh menang 1 juta euro ni...sedangkan sepanjang hidup aku tak pernah pun aku beli lottery...ni pulak lottery antarabangsa...dah nampak sangat yang ni satu sindiket penipuan...mana ada orang ak bagi aku duit free...berjuta-juta pulak tu...


Dah nampak sangat email ni spam...tapi terlepas jugak masuk dalam aku punya inbox....jadi sesiapa yang nak berkenalan dengan aku sebagai jutawan baru...drop la komen kat bawah ni ye...Hahahahaha...

July 24, 2010

Tips cara mencari kerja yang efisien

Anda sedang mencari kerja?...


Pernah tak korang fikir macam mana cara terbaik nak cari kerja?...Aku terjumpa artikel ni di satu laman web yang mana seorang lelaki menggunakan cara baru untuk mencari kerja...Memang confirm-confirm korang dapat kerja nanti...Sebab-sebab cara ni dah oun dibuktikan oleh lelaki ni...Aku rasa kepada mereka-mereka yang masih lagi tak dapat kerja boleh try cara ni...



korang tak terasa nak cuba ke cara macam ni...bukan senang tau...memerlukan tahap keberanian dan juga tahan kutuk...kira kalau kena kutuk ke...kata kat orang...semua tu immune...tak confirm-confirm tak terasa punya...hahahaha...dan hasil kepada tindakan beliau ni...agak-agak macam mana?...jeng...jeng...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

Akhirnya beliau telah diterima bekerja di sebuah syarikat sebuah kilang kayu...setelah beliau di terserempak dengan pengarah kilang kayu tersebut...lelaki ni jugak di interview selama 20 minit oleh pengarah syarikat tu sebelum beliau diterima bekerja di Kilang Kayu tu...Kira memang berbaloi la dia buat macam tu...Last-last dapat jugak kerja...


Kalau kita praktikkan cara mencari kerja macam ni kat Malaysia agak-agak korang apa yang berlaku?...


[18 SG] X-RAY paling menggerunkan

Hari tu aku pernah buat satu entry dengan gambar x-ray gigi geraham bongsu yang tumbuh secara melintang...Kalau korang tak baaca lagi korang boleh klik kat sini...Kali aku nak tunjuk lagi gambar-gambar x-ray yang boleh menggerunkan korang nak tengok...Mungkin boleh jugak dikatakan 18 SG...Sebab gambar-gambar x-ray ni memang betul-betul berlaku...Tapi bukan kat Malaysia la...Kat luar negara...Tapi ni la dikatakan kegilaan sesorang tu...Nak telan apa sahaja yang dirasakan boleh ditelan..Manusia oh manusia....

Gambar x-ray kat atas ni menunjukkan yang safety pin terlekat di bahagian esofagus seorang wanita...Agak-agak korang boleh fikir tak apa tujuan perempuan tu nak telan safety pin tu?...Kalau macam ni, safety pin dah tak boleh nak dikatakan safety la...Ish3...

Yang ni lagi gila...seorang pesakit yang menelan garfu, berus gigi dan juga ballpoint pen...Memang gila...Macam takde kerja je diorang ni..Nasib baik la pakar boleh keluarkan balik semua barang-barang ni...Melalui pembedahan...Ish3...

Akibat tidak berhati-hati ketika menggunakan tukul...Ni la jadi nye...Paku tertembus di jari...Ish3...

Yang ni pulak adalah gambar jari mangsa yang dihiris oleh penyerangnya..Memang kesian...sampai putus jari mangsa..aku pun tak boleh nak bayangkan macam mana..Ish3...


Kadang manusia ni memang gila...Dari takde kerja...mencari kerja...

July 23, 2010

[Tombstoning Stunts] Hobi yang boleh membunuh

Apabila seseorang tu ada hobi...Korang tengok la sendiri hobi yang boleh dikatakan agak gila untuk seseorang...Penerjun ynag tidak dikenali indentitinya melakukan terjunan maut dari tebing setinggi 100 kaki dari paras laut tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan....

Mamat ni ambik masa selama 2.5 saat sebelum jatuh ke dalam laut yang kedalamannya sedalam 20 kaki...Memang dalam...Jurugambar Alastair Sopp yang mengambil gambar ni secara sequence sebanyak 11 imej...Dia pun kata yang dia tak percaya yang mamat ni akan lakukan penerjunan yang dianggap membunuh ni...Dia juga tengok yang mamat ni check kedalaman air laut, cuaca dan juga arus air laun sebelum terjun ke dalam laut...




Kematian-kematian yang  diakibatkan oleh hobi yang boleh dikatakan gila ni:
  • Stephen Royston , 24 yang melakukan terjunan 100kaki (35meter) ke dalam air di Kit Hall, Cornwall (2003)
  • Sam Boyd, 16, terjunan ke dalam laut sebelum di hanyutkan arus di Minehead Harbour di Sommerset (August 2007)
  • Delwyn Jones, 46, bapa kepada 6 orang anak terbunuh ketika melakukan terjunan setinggi 30 kaki (9.1meter) pada arus rendah di Torbay, Devon (June 2007)
  • Steven Andrews patah leher dan lumpuh seumur hidup apabila melakukan terjunan setinggi 20 kaki di Whitsand Bay (May 2008)
Tengok kepada rekod kematian ni semua...Memang terjunan maut...Tapi disebabkan kegilaan mamat ni dia sanggup melakukan terjunan untuk capai kepuasan dalam hobi...Kalau aku kata gila pun ok jugak kan?...=)

July 22, 2010

Perempuan berpakaian yang patut ke tak patut?


Ini boleh timbulkan kontroversi?...

Tapi aku rasa ni semua yang terjadi zaman sekarang...Kalau tengok dalam paper dalam news TV boleh dikatakan hampir setiap hari ada belaku kes-kes rogol...Kes mayat perempuan yang dijumpai dalam keadaan telanjang...Mangsa bunuh dan rogol...Banyak lagi...Tapi selalunya kalau macam ni mesti lelaki yang disalahkan?...Jadi memang lelaki perlu ke disalahkan seratus peratus ke?...

Tapi kalau dilihat kembali pada fakta-fakta...selalunya lelaki yang dipersalahkan...Tu yang aku musykil sekarang...Gambar ni aku dapat dari member aku kat Facebook...Sooo...Agak-agak korang ramai ke tak perempuan yang berpakaian macam ni sekarang?...Ramai ke sikit?...Kalau macam ni agak-agak korang kes-kes rogol...rogol bunuh ke..Boleh ke dikurangkan?...Aku rasa korang sendiri yang dapat menilai...

Bukan nak timbulkan sebarang kontroversi ye...Sekadar pandangan semata-mata....

July 19, 2010

Broadband punya masalah

Dah lama jugak aku tak update blog...ni gara-gar internet aku yang lembab...Jadi aku nak buka we blogger pun tak dapat...Ni semua gara-gara aku downloaad game PSP guna broadband...bila dah download dah makan semua Fair Usage bulanan aku sebanyak 5Gb...secara tak langsung internet aku pun jadi slow...So...aku call Celcom Help care....lepas tu aku tambah fair usage aku untuk bulan nie...1 Gb untuk RM5...5Gb untuk RM20...so...aku tambah 5Gb...

senang sikit....baru puas hati...

Tak banyak story-story yang aku boleh share...sebab aku pun dah tak cari sangat input-input terbaru...disebabkan speed blog aku disekat...jadi nk browsing pun satu tab je...

Tak banyak yang aku boleh story....Nanti ade input aku share-share dengan korang ye....

July 9, 2010

Gigi yang pelik....


Gambar ni aku ambik dengan member aku...Baru lepas operation gigi...sebab salah satu gigi geraham bongsu dia tumbuh pelik..lepas tu dia buat lah x-ray...so...korang tengok la gambar x-ray gigi tu...Pelik jugak kan...Ni first time aku tengok kedudukan macam tu...hahaha...

Saja nak share-share dengan korang...sebab aku pun dah lama jugak tak berblogging...tak cukup masa...sekarang bila dah balik hometown...baru ada free time...

wait for the next entry...hehehe...

June 29, 2010

[Gambar]Perasaan "MEREKA" terhadap Penjara Pudu

Petang tadi aku ke Times Square...Dengan tujuan untuk mencari barang untuk presentation FYP aku nanti...Sampai di stesen Hang Tuah...aku berjalan ke Times Square yang tak la jauh sangat...Kalau nak diikutkan naik monorail...jalan kaki pun dekat jugak...

Laluan ke Times Square dah tentu lalu dekat tembok batu penjara Pudu...masih tersergam gah di satu sudut...manakala satu sudut yang yang lain sudah pun dirobohkan..Dengan tujuan untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya disitu...Jalan Pudu akan dibesarkan dan pengguna jalan raya di Pudu sudah tentu tahu yang keadaan jalan kat situ agak sempit jika dibandingkan dengan trafik yang semakin meningkat setiap hari...

Lalu di tepi tembok batu Penjara Pudu...korang sendiri boleh tengok banyak contengan-contengan grafitti yang ditulis dan di conteng...Termasuk la mural yang telah dihasilkan oleh banduan-banduan yang tinggal di situ dulu...masih lagi jelas kelihatan...Ekoran dengan isu yang semakin panas tentang isu yang Penjara Pudu akan dirobohkan terdapat pula tulisan yang baru sahaja ditulis...yang mana mewakili perasaan mereka...Cuba korang tengok gambar-gambar yang aku ambik tadi...






Walaupun ada diantara kata-kata yang diorang lemparkan agak keterlaluan...mungkin tu perasaan diorang yang menulis...mana kita tahu...dan aku rasa Penjara Pudu patut dijadikan salah satu monumen sejarah bagi mengimbas kembali sejarah penjara di Malaysia...ditambah pula dengan umur bangunan yang agak tua...dan menyimpan pelbagai kenangan walaupun hanya sebuah penjara....

June 28, 2010

Sebab aku menghilangkan diri

Agak lama jugak aku tak berblogging...Sejak duam nejak ni aku agak sibuk dengan kerja yang perlu disiapkan....Banyak yang aku perlu settlekan...Di tambah pula dengan broadband aku yang agak lembap debab tak sempat bayar lagi...jadi banyak yang menyebabkan aku tak berblogging...

Tak banyak yang aku nak cerita...sebab hari-hari aku berada di bilik projek...jadi setiap hari mnegadap benda yang sama...ni sebab aku nak siapkan final year project aku dan perlu bersedia untuk External Verification. alhamdulillah buat masa sekarang semua dah dalam keadaan yang baik.

Aku saja post kan gambar kat bawah ni...Dah agak lama aku tak tengok pelangi...Dan semalam, aku terjumpa pelangi dekat area kolej aku...Sungguh cantik...Tapi time tu aku tak bawak kamera...just snap pakai kamera phone yang 3.2 mp je...

June 24, 2010

Bukti kekejaman Israel

Sekarang aku rasa berita yang melibatkan Israel semakin agak dilupakan...Kalu dilihat, selepas pembebasan tawanan Rachel Corrie termasuk juga rakyat Malaysia yang ditahan...Jadi sekarang dah agak kurang berita yang melibatkan Israel...Aku dapat e-mail petang tadi...Daipada kenalan aku...yang mana dia mengingatkan aku pasal kekejaman Israel..Agak terkejut bila ditunjukkan gambar-gambar tu...Sebab sebelum ni mungkin gambar tu tak dipaparkan oleh mana-mana media...

Jadi kat sini aku share dengan korang satu bukti kekejaman Israel...Yang perlu kita hayati...dan tahu yang Israel sentiasa melakukan kekejaman kepada rakyat Palestin...



Sama-sama kita renungkan...

June 22, 2010

Seharian Interview....Hasilnya Hotel 5 bintang....

Pernah tak korang interview dapat satu bilik yang boleh dikatakan bertaraf 5 bintang?...Buat pertama kali aku menjejakkan kaki aku dekat bilik di Hotel Berjaya Times Square...yang bestnya...penginapan aku kat sini di tanggun secara percuma...termasuk dengan makan tengah hari, malam dan juga sarapan...semua ditanggung oleh syarikat yang aku di interview...

First time juga aku kena interview sampai 2 hari...Hari ini sahaja aku dah memerah otak untuk menjawab soalan-soalan yang telah di wajibkan untuk dijawab...semua sekali ada 6 paper...start dari pukul 8 pagi sampai la 5 petang...memang lama...dan semua masa dihabiskan dekat bilik conference untuk aku jawab exam...

Interview yang terbahagi kepada 3 sesi...hari sesi ujian IQ dan kemahiran aku dalam mekanikal...lepas tu ada ujian bahasa Inggeris...dan esok aku akan masuk peringkat terakhir iaitu sesi interview...Petang tadi sahaja separuh daripada calon awal tidak layaj untuk sesi ketiga...

Alhamdulillah...sebab aku layak...dan disebabkan itu aku dapat penginapan di Hotel Berjaya Times Square...Alhamdulillah...


Ni la antara ruangan dalam bilik hotel tu..Bilik aku berlatar belakangkan Penjara Pudu...sebelum ni aku teringin jugak nak tengok Penjara Pudu dari atas...akhirnya impian aku tercapai...aku tak boleh nak upload gambar...sebab aku takde lagi kamera DSLR jadi kalau nak ambik gambar malam tu,,,tak cantik sangat la...


Korang tengok sendiri rate Hotel yang aku duduk...Wooowwww....Aku memang pertama kali duduk hotel yang harga macam tu...sebab aku ni tak kerja lagi...so...masih tak mampu nak tinggal kat hotel-hotel macam nie...


Tempat yang kitorang lepak makan...Kat sini la...

June 17, 2010

Nokia N78 hilang....

Kecewa...

tu yang aku rasa bila handphone "dia" hilang...Handphone Nokia N78 yang dah dipakai oleh "dia" hilang...Aku pun tak tahu macam mana boleh tercicir...Tapi tu je yang aku dapat katakan...Lepas je makan dekat Ani Sup Utara kat Putrajaya...aku dan dia terus balik...Bila sampai dekat rumah baru perasan yang handphone tu dah hilang...Aku cuba untuk patah balik nak mencari...Tapi tiada...Arghhhhh.....

Agak kecewa sebab aku ada guna jugak phone tu time kat kedai...Aku online pakai phone tu...jadi aku agak terasa sebab aku pegang phone tu di saat-saat phone tu nak hilang...jadi macam sekejap sangat benda tu nak terjadi...Aku agak kecewa jugak...tapi nak buat macamana...dah tak ada rezeki kot...hmmmm....


Dan aku rasa memang phone tu takkan dijumpai dah...Walaupun dijumpai oleh orang lain...sebab susah orang nak bagi balik phone bila dah jumpa...Tambah-tambah pulak N78...lagi la...Sebab bila dah jumpa...tu dah jadi hak diorang...hmmmm....Jadi mana la tau kalau ada blogger-blogger yang terjumpa ye...Bagitau la kat aku ye...