Showing posts with label Gaza. Show all posts
Showing posts with label Gaza. Show all posts

July 30, 2014

Gaza | Bantulah Mereka

Ya Allah. 
Selamatkan dan lindungilah saudaraku di Gaza. 
Sesungguhnya mereka berjuang menegakkan tanah air mereka dari dijajah.


Amerika mungkin akan meluluskan USD225juta untuk membantu Israel memperkukuhkan Iron Dome. Sedangkan yang tertindas rakyat Palestin. Di bom Israel di Hospital, Masjid, Sekolah. Laknatullah. Kejam.
Kalau binatang tu ade perikemanusiaan. Ni lagi teruk dari binatang. 


Umat Islam seantero dunia. Bangkitlah. Bersatu. Jangan kita bergaduh. Jangan kita dijadikan boneka pihak yang sanggup membunuh saudara seagama kita.


Apa yang penting kita perbanyakkan sedekah untuk saudara kita di Gaza. Cuba bayangkan kalau kita dapat bagi peruntukkan sebagaimana Amerika memberi peruntukan kepada sahabat laknatullah mereka Israel. 

Teruskan bersedekah untuk mereka mempertahankan tanah air mereka melalui ngo-ngo seperti Aman Palestin, Aqsa Syarif, Mercy Malaysia, dan banyak lagi ngo-ngo yang berhubung langsung dengan pihak kerajaan Hamas di sana. InsyaAllah dengan bantuan kita nanti akan sedikit sebanyak membantu mereka disana.

June 24, 2010

Bukti kekejaman Israel

Sekarang aku rasa berita yang melibatkan Israel semakin agak dilupakan...Kalu dilihat, selepas pembebasan tawanan Rachel Corrie termasuk juga rakyat Malaysia yang ditahan...Jadi sekarang dah agak kurang berita yang melibatkan Israel...Aku dapat e-mail petang tadi...Daipada kenalan aku...yang mana dia mengingatkan aku pasal kekejaman Israel..Agak terkejut bila ditunjukkan gambar-gambar tu...Sebab sebelum ni mungkin gambar tu tak dipaparkan oleh mana-mana media...

Jadi kat sini aku share dengan korang satu bukti kekejaman Israel...Yang perlu kita hayati...dan tahu yang Israel sentiasa melakukan kekejaman kepada rakyat Palestin...



Sama-sama kita renungkan...

June 9, 2010

Letak jawatan setelah dikatakan mengutuk Israel

Siapa Helen Thomas?...Aku pun baru dengar nama Helen Thomas ni...Walaupun beliau sebenarnya terkenal sebagai journalist yang telah menginterview lebih daripada 10 President America...Dan kini beliau telah menimbulkan satu kontroversi yang telah mengubah hidup beliau...Beliau telah meletakkan jawatan...Secara tiba-tiba..Ini kerana beliau telah megeluarkan satu kenyataan,

"Tell them to get the hell out of Palestine... Remember, these people are occupied, and it's their land; its not German, its not Poland's." She was then asked where they should go, to which she replied: "they should go home" to "Poland, Germany." Then, after another question she added, "America and everywhere else."

Itulah perkataan yang terkeluar daripada mulut Helen Thomas...seorang journalist yang agak berpengaruh...tetapi tindakannya telah menyebabkan beliau dipecat...Tindakan itu telah dikatakan menghina Yahudi...Dan tindakan yang sepatutnya telah diambil....
Kat sini kita sendiri dapat lihat...Apa sebenarnya rupa sebenar Amerika Syarikat...di bawah pemerintahan Barack Obama...Tindakan Israel ke atas Palestin adalah dibenarkan...Malah mereka masih meminta bantuan Amerika Syarikat untuk menghantar lagi bantuan ketenteraan yang berteknologi tinggi untuk memerangi rakyat Palestin yang menggunakan batu dan kayu...
Korang tengok sendiri video komen daripada Helen Thomas


Tengok sendiri di akhir video berkenaan...Diungkitkan ketika kejadian holocaust yang membunuh lebih 6 juta kaum yahudi...Adakah mereka ingin membalas dendam ke atas apa yang berlaku kepada mereka kepada Palestin?...Adakah mereka masih berdendam tentang kejadian holocaust dahulu kepada German dan Poland?...
Info lanjut mengenai Helen Thomas

June 7, 2010

Cuba anda hayati puisi ini


RICHARD TILLINGHAST
POEM: No tinned meat is allowed, no tomato paste,
no clothing, no shoes, no notebooks.
These will be stored in our warehouses at Kerem Shalom
until further notice.
Bananas, apples, and persimmons are allowed into Gaza,
peaches and dates, and now macaroni
(after the American Senator’s visit).
These are vital for daily sustenance.
But no apricots, no plums, no grapes, no avocados, no jam.
These are luxuries and are not allowed.
Paper for textbooks is not allowed.
The terrorists could use it to print seditious material.
And why do you need textbooks
now that your schools are rubble?
No steel is allowed, no building supplies, no plastic pipe.
These the terrorists could use to launch rockets
against us.
Pumpkins and carrots you may have,
but no delicacies,
no cherries, no pomegranates, no watermelon, no onions,
no chocolate.
We have a list of three dozen items that are allowed,
but we are not obliged to disclose its contents.
This is the decision arrived at
by Colonel Levi, Colonel Rosenzweig, and Colonel Segal.
Our motto:
‘No prosperity, no development, no humanitarian crisis.’
You may fish in the Mediterranean,
but only as far as three km from shore.
Beyond that and we open fire.
It is a great pity the waters are polluted –
twenty million gallons of raw sewage dumped into the sea every day
is the figure given.
Our rockets struck the sewage treatments plants,
and at this point spare parts to repair them are not allowed.
As long as Hamas threatens us,
no cement is allowed, no glass, no medical equipment.
We are watching you from our pilotless drones
as you cook your sparse meals over open fires
and bed down
in the ruins of houses destroyed by tank shells.
And if your children can’t sleep,
missing the ones who were killed in our incursion,
or cry out in the night, or wet their beds
in your makeshift refugee tents,
or scream, feeling pain in their amputated limbs –
that’s the price you pay for harbouring terrorists.
God gave us this land.
A land without a people for a people without a land.
Richard Tillinghast is an American poet who lives in Co Tipperary. He is the author of eight books of poetry, the latest of which is Selected Poems (Dedalus Press, 2010 ), as well as several works of non-fiction

June 6, 2010

Boikot barangan keluaran Israel...Tindakan kita !


Bila Israel melakukan tindakan yang kejam ke atas rakyat Palestin sehingga membangkitkan kemarahan dunia...Kita baru lah mula nak boikot barangan mereka...Sedangkan kita tahu...kita sukar untuk mengelak dari menggunakan barang-barang mereka...Ini kerana jenama yang sudah lama berada di pasaran dan dipercayai kualitinya...Tapi bila dah terjadi insiden seperti ini baru kita nak mula boikot...Tapi bukan untuk masa yang panjang...dan kemudian kita akan menggunakan kembali produk-produk mereka...

Aku pun begitu...Pada mula ketika mana kemarahan ke atas pihak Zionis Israel mengganas...time tu baru aku rasa nak boikot-boikot ni...Tapi aku tak tanam dalam hati nak lari daripada menggunakan barang-barang mereka...Memang sukar untuk kita lari dari tidak menggunakan barangan mereka tapi apa salahnya kalau kita mencuba untuk tidak membeli barangan mereka bermula hari ni...Sama-sama kita tidak menyokong penggunaan barang mereka...

Aku pernah tulis satu entry mengenai Starbucks...yang mana boleh difikirkan adalah antara sumber kewangan Israel...


Dan sekarang aku rasa kita boleh cuba untuk lari dari menggunakan produk mereka...Dan ini serba sedikit dapat mengurangkan sumber kewangan mereka...

Insyaallah..

June 5, 2010

[Video] Rakaman ketika MV Rachel Corrie ditawan

Video terbaru ketika mana tentera Israel menawan Kapal MV Rachel Corrie....


Senarai penumpang yang berada di atas Rachel Corrie


9.00 AM (GMT)...Buat kali kedua tentera rejim Israel menawan kapal MV Rachel Corrie yang membawa bekalan perubatan dan peralatan pembinaan ke Gaza...Buat kali kedua mereka menjadikan kapal yang ssarat dengan muatan bantuan yang tidak dilengkapi dengan peralatan peperangan...Walaupun begitu mereka secara paksa menjadikan penumpang-penumpang kapal MV Rachel Corrie sebagai tawanan dan membawa kapal tersebut ke Pelabuhan Ashdod...



Kapal yang membawa seramai 11 penumpang dan 9 krew dari 5 negara...termasuk dari Ireland dan juga Malaysia...Antara yang berada di atas kapal MV Rachel Corrie adalah :

1.Mairead Magiure, Nobel Prize winner
2.Nizar Zakaria, Ahli Parlimen Malaysia
3.Dennis Halliday, Former UN assistant secretary general

Kapal seberat 1200 ton ni telah dibeli oleh Tun Dr Mahathir...Kapal ni diberi nama bersempena dengan nama seorang aktivist kemanusiaan yang berasal dari Amerika apabila digilis bulldozer oleh pihak Israel pada tahun 2003....

Berikut adalah senarai penuh penumpang yang berada di atas MV Rachel Corrie

  1. Ahmed Faizal bin Azumu, human rights worker, Malaysia
  2. Matthias Chang, attorney, author & human rights worker, Malaysia
  3. Derek Graham, Free Gaza Ireland
  4. Jenny Graham, Free Gaza Ireland
  5. Denis Halliday, former UN Assistant Secretary General, Ireland
  6. Mohd Jufri Bin Mohd Judin, journalist, Malaysia
  7. Shamsul Akmar Musa Kamal, PGPO representative, Malaysia
  8. Mairead Maguire, Nobel Peace Prize laureate, Ireland
  9. Abdul Halim Bin Mohamed, journalist, Malaysia
  10. Fiona Thompson, film-maker, Ireland
  11. The Hon. Mohd Nizar Zakaria, Parit Member of Parliament, Malaysia

June 1, 2010

Penjelasan Netanyahu terhadap serangan kapal Mavi Marmara

Aku menulis tentang Misi Kemanusiaan yang telah disertai oleh kebanyakan NGO antarabangsa...Tidak mengira bangsa...Mahupun agama...Serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas kapal Mavi Marmara...turut berada di atas kapal tersebut adalah rakyat Malaysia yang terlibat...seramai 12 orang yang dikenal pasti berada di atas kapal......klik link di bawah untuk maklumat lanjut....


Rata-rata ramai blogger yang menulis artikel tentang serangan Israel ke  atas kapal yang membawa bekalan ke Gaza...Dan dunia mengecam hebat tindakan yang telah dilakukan Israel...Aku menjenguk blog Joegrimjoe...Dia sendiri telah menyertai demonstrasi awam menentang kekejaman Israel...Tapi adakah Israel akan berhenti dengan tindakannya?...

Aku tak rasa yang Israel akan tunduk kepada dunia...Sebab dari dulu lagi mereka dah dapat tentangan dunia...Adakah semua tu berbaloi?...

Korang klik link kat bawah untuk kronologi 31st May


Cuba fikirkan apa yang Netanyahu kata,

Prime Minister Benjamin Netanyahu said Monday that he regretted the loss of life sustained by international activists after Israel Navy commandos stormed a flotilla bringing aid to the Gaza Strip, but said the Israeli troops who opened fire were justified for defending themselves.
Terus-terang aku cakap gila...Misi kemanusiaan disamakan dengan misi pertahanan...Kapal-kapal yang membawa bekalan dan bantuan kemanusiaan dituduh dan secara tanpa usul periksa diorang lakukan serangan sehingga mengorbankan 19 orang...Diorang bukannya bawa senjata nuklear ke...peralatan peperangan ke...Apa tujuan komando Israel nak pertahankan diri?...Ke diorang ni memang tak hebat?...atau penakut?...
"Our policy was and will continue to be that Israel would let humanitarian aid, any kind of goods that are meant for peace, to the civilian population of Gaza," he said.
Tengok balik kata-kata Netanyahu, nak benarkan bantuan kemanusiaan?...budak 3 tahun pun boleh fikir....Tindakan diorang ni...
Sama-sama kita doakan kejayaan saudara-saudara kita disana...
Insyaallah.

May 31, 2010

[Part 2]FreeGaza Freedom Flotilla Mission

Berita hari ini telah memberitahu bahawa askar Israel sudah mula melepaskan tembakan terhadap kapal-kapal yang mula memasuki perairan Gaza...Setakat ni diberitakan seramai 15 orang telah disahkan meninggal dunia...Tapi apa yang diberitahu oleh pihak Israel adalah tembakan itu bukan dari mereka...Aku rasa macam diorang ni terlalu bijak pandai ke?....Nak bagi alasan tapi dah terang-terang kita nampak siapa yang menyebabkan kekecohan di Palestin...Dan diorang jugak yang dah bagi "warning" awal-awal yang diorang akan lepaskan tembakan jika ada kapal yang mula memasuki perairan Gaza...

Misi yang disertai oleh pelbagai negara masih lagi mendapat tentangan Israel yang berusaha menyekat kemaraan mereka yang tiada niat untuk berperang...Malah dengan satu tujuan murni untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada Gaza...Apa tujuan mereka melepaskan tembakan kepada kapal-kapal tu?...Bukannya kapal perang...

Aku follow sahabatalaqsha di twitter...di update setiap minit..dan walaupun sekarang bilangan korban terus meningkat apabila pihak Israel meneruskan tembakan...

Buat masa sekarang komunikasi masih terputus, satelit juga terpputus...Di harap kita sama-sama berdoa untuk kejayaan mereka disana...

Insyaallah...

May 28, 2010

[Part 1]FreeGaza Freedom Flotilla Mission

Korang ada terdengar tak pasal Convoy sebanyak 42 buah kapal yang akan masuk ke Gaza di Palestin untuk menghantar bantuan kepada rakyat disana setelah mereka mengalami sekatan ekonomi yang teruk oleh pihak Zionis...Dan ada diantara NGO yang menyertai misi keamanan kali ini adalah dari negara kita...Aku cukup berbangga...Tapi dalam misi ni...kurang mendapat liputan...Dalam Buletin Utama TV3 je ada update pasal ni...

Sekarang mereka masih lagi menunggu masa untuk masuk ke Gaza..Untuk menghantar bantuan kemanusiaan...Aku dah jugak cari info pasal expedition ni..Dan ada jugak laman web dari negara kita iaitu 


yang update pasal misi mereka untuk menghantar bantuan ke Gaza...Misi mereka telah bermula sejak tahun 2008 lagi...banyak yang telah diharungi...Dan aku tak tahu sehingga lah ada dalam berita yang mengatakan mereka akan cuba untuk menghantar sebanyak 42 buah kapal dalam satu ekspedisi...Tapi sehingga kini masih berada 20 batu daripada Gaza sebab dah disekat oleh tentera Israel...

gambar menunjukkan kedudukan kapal-kapal yang ingin memasuki Gaza...

Misi yang dianggap besar ni melibatkan NGO dari seluruh dunia...Persatuan yang yang kebanyakannya ditubuhkan pada 2008 dengan satu misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza...Korang jugak boleh refer dekat laman web ni untuk penjelasan lanjut tentang misi membebaskan Gaza daripada cengkaman Israel yang semakin melampau terhadapa penduduk Gaza...Malah sumber daripada laman web tersebut mendedahkana usaha untuk memasuki Gaza semakin sukar apabila pihak rejim Israel meningkatkan lagi kawalan keluar masuk ke Gaza...


Aku akan cuba lagi cari info pasal ni dan kongsikan dengan korang semua..sebab aku rasa kita patut tahu apa yang berlaku kepada saudara kita di Gaza...Insyaallah aku akan cuba update lagi pasal ni...