Showing posts with label Activity. Show all posts
Showing posts with label Activity. Show all posts

March 31, 2012

Car Boot Sale Kota Bharu | Setiap Jumaat

Semalam aku pergi ke Car Boot Sale dekat dengan Tesco Kota Bharu. Aku rasa, sape-sape yang tinggal kat Kota Bharu mesti tau pasal Car Boot Sale ni. Ni minggu ketiga. Sebab baru lagi start car boot sale ni, 16 March 2012 hari tu. Tapi ni la first time aku pergi. Sebab 2 minggu pergi kerja. Jadi tak sempat nak pergi hari tu.


Time aku pergi semalam lepas Asar jugak la. Tapi disebabkan cuaca yang agak panas, jadi tak ramai sangat nak jalan-jalan kat luar tu. Ramai yang pergi Tesco lagi. Tapi masih ramai jugak yang ambik peluang nak tengok-tengok barang yang dijual kat situ. Macam-macam ada wooo. Hehehe.


Tengok je la kat gambar atas ni. Kalau dulu orang siap berebut-rebut nak pergi kat McD sebab nak beli gelas Coca-Cola sebab nak buat collection, tapi semalam ada je orang jual full collection. Satu gelas harga RM3 - RM 4. Murah pulak kan?


Tak kurang jugak dengan accessories wanita. Baju-baju, tudung-tudung, beg tangan pun ada. So, memang banyak pilihan. Harga pun boleh tahan murah. Jadi, kalau sape-sape yang tinggal berdekatan dengan Kota Bharu apa lagi, jemput-jemput la singgah. Tapi setiap hari Jumaat je la. Pukul 3 petang

P/S : Sambil-sambil shopping kat TESCO, boleh shopping kat Car Boot Sale. 



January 9, 2011

Aktiviti Hujung Minggu | Pantai Teluk Ketapang, Terengganu

Hari ni Kuala Terengganu baru stop hujan. Hari ni tak panas dan tak hujan. Syukur alhamdulillah. Lepas dua hari hujan tak henti, hari ni dah pun berhenti. Mungkin esok hujan lagi kot. Hehehe.

So, pagi tadi aku pergi ke pusat servis EON. Sebab nak tukar rim kereta aku yang aku dapat hari tu. Sebab rim yang aku dapat dengan kereta hari tu ade defect sikit. Tak sedap mata memandang. Jadi aku buat la report kat EON. Terus dapat rim baru. Kalau ikutkan kat receipt tu tadi, rim untuk Satria Neo CPS harge RM 320 sebijik. Mahal jugak tu. Ingat nak beli la tadi. Hahaha.



Lepas balik lunch, singgah kat Pantai Teluk Ketapang. Ombak masih lagi kuat. Masih lagi tinggi. Tapi yang bestnye, disebabkan ombak-ombak tu. Banyak cengkerang siput hanyut ke pantai. Sangat banyak.


Banyak kan? Bukan setakat ni je. Boleh kira sepanjang pantai penuh dengan cengkerang siput ni. Macam-macam jenis,bentuk, rupa. Yang penting korang rajin cari je.



Ni antara yang aku rasakan agak menarik jugak la. Yang lain tu nampak macam same je. Yang ni je nampak macam rare sikit. Cari jugak kot-kot ade yang besar. Tapi tak jumpe la pulak kali ni. 



Yang ni pulak aku rase memang kayu dari dasar laut. Sebab nampak macam cengkerang tu hidup atas kayu tu. Lepas ombak kuat, kayu tu hanyut ke pantai. Ni semua disebabkan takde kerja di hujung minggu. Macam ni la jadinye. Hehehe.

*Gambar semua diambil dengan Sony Ericsson K800i. 

November 17, 2010

Aktiviti Aidiladha | Kelantan Lengang

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Ape aktiviti korang hari ni? Ade yang korban tak? Hari ni aku tak terlibat pun dengan aktiviti korban. Sebab tahun ni memang tak ambik bahagian pun. So, merehat-rehat kan diri kat rumah je. Ape menu korang untuk hari ni? Kalau aku, hari ni kat rumah makan lodeh. 

October 17, 2010

Seharian aktiviti di Mid Valley Megamall

Hari yang penuh dengan aktiviti. Sebab hari ni aku habiskan masa dekat Mid Valley. Jumpa member-member lama. Maklum la, lepas belajar hari tu masing-masing dah kerja. Sambung belajar. Cuma aku je yang agak lambat sikit. Sebab baru dapat tawaran kerja.


Tadi kat MidValley. Memang cukup ramai orang. Turut berlangsung Chocolate Exhibition kat situ. Sebab tu ramai kot. Nak tahu pasal chocolate exhibition boleh jenguk kat blog asfiedaimpiana ye. Sebab aku tak banyak ambik gambar kat situ. Hehehe. Lagipun tuan blog ni join contest makan chocolate tau. Siap menang lagi. Hehehe.

Memang kat Mid Valley tadi agak buntu. Sebab tak tahu nak buat ape. Sebab bila terlampau ramai sangat orang. Memang aku kurang suka sikit. Tapi nak buat macam mane kan. Tempat tu paling strategik nak jumpa member aku. 

Nak tengok movie ramai sangat. Pastu kitorang layan lah bowling. 


Untuk makluman korang, memang MidValley Cosmic Bowl ni tempat favourite aku la. Sebab kat sini, aku selalu menang. Kalau tempat lain tu memang sangat susah nak menang. Tadi pun aku menang, walaupun dah 4 bulan tak main boling. Tapi masih boleh kekalkan pencapaian. Hehehe.

Nak jugak ambik gambar point last tadi. Tapi tak sempat. Sebab habis-habis je. Terus skrin tu tunjuk benda lain. Tension betul. Jadi tak boleh la nak tunjuk kat korang berape point aku. =)


Ni pulak gambar kat Wedding Exhibition. Sangat cantik. Sebab memang aku minat kereta Ferarri ni pun. Cuma bila letak bunga-bunga macam ni hodoh la pulak ye. Kalau time wedding dapat merasa pakai kereta ni sekejap pun dah kira ok. Tapi kalau tak silap aku, sewa untuk beberapa jam je dah main ribu. Lagi elok kalau tak membazir kan?

Tu je lah untuk hari ni. Esok kita cerita lain pulak ye. Nite guys. =)

October 15, 2010

Kenangan outdoor aku | Bila la aku boleh join aktiviti ni lagi ye

Tengah aku duduk bosan-bosan dalam bilik ni. Aku  bukak la gambar-gambar lame. Time tengah belajar kat Kolej dulu. Teringat plak hobi aku time tu. Dah lame jugak tinggal hobi tu. Kira setahun jugak la. Hobi panjat gunung. Masuk hutan. Pergi kat air terjun. Memang best. Tapi tu semua dulu la. Sekarang ni agak susah. Sebab ye la kan, bila dah habis belajar ni mane nak sempat. Asyik dok umah je. Member-member pun dah ramai yang berpecah. Nak kumpul balik tu susah jugak la. Jadi kalau betul-betul nak pergi kena plan dari awal.

Macam tu la gayenye. Jadi memang tak sempat nak pergi la. So, kat bawah ni la gambar-gambar kenangan time dalam hutan. Memang rindu nak masuk hutan lagi. Tapi tak tau la bila pulak aku boleh masuk hutan macam dulu-dulu. Ni semua aktivit outdoor aku sepanjang aku bergiat aktif start tahun 2007 hinggalah 2009.












Banyak kenangan yang aku dapat bila join aktiviti ni. Paling aku boleh ingat, yang paling teruk kat Gajah Terom. Bab pacat kat Gajah Terom memang tak boleh dipisahkan la. Tambah pulak dengan kawasan kem site yang agak kecik. Lepas tu, sumber air pulak besar lopak air je. Memang merana jugak la time tu. Tapi, bila dah tawan Gajah Terom, sangat-sangat gembira. Sebab tu aku rasakan tu adalah Gunung yang palin mencabar yang pernak aku daki. Sampaikan aku jatuh cerun pun kat situ jugak tau. Tapi Alhamdulillah, takde ape-ape.

Memang sangat-sangat rindu nak masuk hutan lagi. Tapi memandangkan masa yang tak sesuai dengan kawan-kawan yang selalu join pun dah pecah-pecah. Susah la nak kumpul balik macam dulu. Mungkin lepas ni aku nak involve dengan island hopping pulak. Hehehehe. 

September 12, 2010

[Live Update] From Terengganu | Continues

Sambungan  dari live update dari Kuala Terengganu. Kali ni aku dah kat Kota Bahru pun. Sebab hari ni terus balik ke Kota Bharu. Lepas dah singgah dua buah rumah. Rumah nenek aku dengan rumah kawan ayah aku. Kedua-dua rumah ni menyajikan menu Nas Dagang yang sukup special. So, setiap rumah aku bedal 2 pinggan. Hehehe. Lepas gerak dari situ, kami terus gerak ke Pantai Batu Buruk. Sebab ayah aku nak jumpa member-member lama kat situ. Jadi kat bawah ni la tempat aku lepak-lepak. Tepi, pantai. Tentunya best sebab angin pantai.


Sempat jugak aku nak interframe dalam gambar ni. Bukan selalu pun. Ni aku dengan adik aku tengah main jongkang-jongkit. teringat zaman muda-muda beb. Hahaha. Banyak juga main kat sini. Tapi kebanyakan diambil dengan Video Cam. Jadi gambar tak banyak sangat la nak tunjuk. Sikit-sikit tu ade la.



Time aku kat sini juga, ramai juga aku tengok pasangan-pasangan ber'dating'. Maklum la. Ada yang balik ke kampung baru nak jumpa. Ye la kan. Masing-masing duduk jauh. Mungkin la jugak kan. Time kat situ jugak ada orang offer perkhidmatan naik kuda. Murah je, kanak-kanak RM 3, orang dewasa RM 5. Aku tak naik la. Tapi adik aku 2 orang naik. Aku tengok je. Bukan bermakna takut ye. Aku ni tukang ambik gambar je. Hehehe.


Ni gambar kuda padi kat situ. Ada 4 ekor. 3 saiz kecik, sekor je saiz besar. Ramai jugak budak-budak naik. Bukan selalu nak rasa naik kuda kan?


Kuda kat atas ni macam tahu-tahu je aku nak ambik gambar dia. Kalau korang tengok gambar kat bawah ni, kuda ni posing time aku ambik gambar dia. Memang betul. Tak tipu. Aku nak ambik je gambar kuda ni, terus dai posing macam kat bawah ni. 


Dah on the way nak singgah ke rumah terakhir. Singgah kat masjid ni dulu. Solat. Lama jugak tak singgah kat masjid yang letaknya berhadapan Sekolah Teknik. Sebab sebelum ni masjid ni masih under renovation. Jadi kali ni aku ambil kesempatan singgah kat masjid ni.


Agak kesal sebab masjid ni maih baru lagi selepas renovation tetapi keadaan tandasnya agak kurang bersih. Siapa yang patut dipersalahkan? Pengguna atau AJK masjid? Kalau korang tengok gambar kat bawah ni agak-agak siapa yang korang nak salahkan. Aku rasa tak patut la mamat yang conteng ni. Sebab nak nasihatkan orang tetapi dia pun melakukan segala bentuk vandalisme jugak. Apa salah pintu kat bawah ni diconteng? Pelik aku dengan perangai orang yang conteng ni.



Last sekali, gambar yang sempat aku snap dari dalam kereta signboard UniSZA. Atau nama dahulunya KUSZA. Dekat je dengan UMT. Dan kedua-dua universiti ni dekat jugak dengan rumah aku di Terengganu. Cuma buat masa sekarang ni masih lagi tinggal dekat Kota Bharu, sebab ikut ayah aku kerja kat sini.


Tu je la catatan perjalanan hari ni. Perjalanan sehari. Bertolak dari Kota Bharu pukul 9.00 pagi. Sampai ke Terengganu pukul 11.30 pagi. Pastu balik semula ke Kota Bharu pukul 8.00 malam. Sampai kat Kota Bharu balik pukul 11.00 malam. Cukup satu hari perjalanan. Sekarang masa nak rehat. 

Goodnite everyone. Esok sambung cerita.




September 11, 2010

[Live Update] From Terengganu | Selamat Hari Raya warga Terengganu

First live update from Kuala Terengganu. Tak pernah lagi sebelum ni aku update dari Terengganu. Hehehe. Kepada orang-orang Terengganu, Selamat Hari Raya ye. Maaf zahir dan batin. Untuk kali ni aku cuma nak share gambar-gambar aku time otw ke sini. 


Terengganu tanpa pantia yang cantik bukanlah namanya Terengganu kan? Ni tempat pertama singgah. Singgah dekat Pantai Penarik. Beli ikan kejap kat sini. Pastu baru teruskan perjalanan ke Terengganu. Next stop, rumah nenek dekat Gong Kapas kat Kuala Terengganu.

Sampai je kat Kuala Terengganu kitaorang lalu ikut Manir, sebab nak singgah kedai kejap. So, terjumpa la jambatan Manir. Macam korang tahu yang Terengganu ni penuh tengah kepulauan. Hahaha. Jadi nak ke bandar Terengganu ni kena la ikut jambatan. Kalau dari Kota Bharu la. Jadi jambatan Manir ni adalah laluan alternatif selain Jambatan Sultan Mahmud yang popular.


Signboard yang menunjukkan tak lama lagi aku nak sampai Kuala Terengganu. Time ni dah pun masuk Kuala Terengganu. Hahaha. Lambat sikit ambik gambar. Dah dekat baru teringat nak ambik. =)


Ehem..ehem. ni la shopping kompleks kat Terengganu. Paling besar kot. Sebab kat sini ada Mydin Mall yang terbesar di Malaysia. Rasanya la kot. Pastu kat area ni ade Giant dengan Mc Donald jugak. Boleh kata kat sini ni all-in-one la kot. Nak tahu lebih lanjut, korang tanya la perantau kita. Sebab saudara Long Hafiz ni original Terengganu. Dia lebih tahu. Hehehe.


Makanan kebanggaan Terengganu. Kalau semalam korang jenguk la blog Cikgu Dahlia. Seharian asyik jumpa nasi dagang je. Aku baru jumpa hari ni. Original punya nasi dagang dari Terengganu. Hehehe.





September 10, 2010

Aktiviti Malam Raya | Korang buat apa ye?

Aktiviti malam Raya. Mesti la bermain bunga api. Walaupun bunga api ni bukan sesuatu yang bahaya. Tapi aku pun dah kena jugak tempias bunga api ni sikit. Lekat la juga bekas malam raya. Hehehe..


Tengok je la shape bunga api yang sempat di snap. Untuk pengetahuan korang gambar ni disnap oleh budak berumur 4 tahun. No super impose. Tak edit-edit pun. Hahaha. Aktiviti malam raya ni aku ditugaskan untuk membakar sate. Fuhh. Memang penat bila main dengan asap ni. Tapi tak apa. Aku ada assistant. Hehehe.


Ni la sate-sate tu. Tak banyak pun .Tapi boleh tahan la. Bila buat kerja malam-malam raya ni baru dapat feel sikit nak raya. Baru best. Betul tak. Kat bawah ni la assistant aku. Baru 4 tahun. Adik aku sendiri. Biasa dah masuk time tidur pukul 11 malam. Memang dah tidur. Hari ni lewat sikit sebab teman aku bakar sate. Memang excited sangat budak kecik ni tolong aku tadi.


Tengok la gambar kat bawah ni. Punya excited main dengan bunga api. Last-last tertidur juga. Masuk je rumah lepas bakar sate tu adik aku ni duduk la atas kerusi malas tu. Last-last sampai tertidur. Kesian dia. Penat sangat tolong kitorang tadi. Hehehe.


Yang penting bila tidur mesti ada Minnie Mouse. Elmo tu baru beli tadi. Tu tak campur lagi dengan Dora, Barnie dengan Upsy Daisy. Ish..Banyak lagi la kalau aku nak sebut. Dah penuh sangat dah katil tu. Kesian dia, penat tolong kat dapur tadi. Best tengok budak-budak nak beraya. Macam-macam ragam. Esok kita tengok pula menu Hari Raya kat rumah aku. Selain dari sate tu la. =)

September 8, 2010

Laksa Sarawak | Menu berbuka puasa hari ni


Macam yang aku janjikan. Ni la menu berbuka puasa aku hari ni. Laksa Sarawak. Ye la kan bila dah  dapat kiriman dari jauh, Negeri Sarawak. Terus buat la. Maklum la, ni favourite aku. Lagipun dah lama sangat tak makan. Sebab nak dapatkan rempah untuk kuah tu je punya la jauh. Kena pergi sampai sana. Tercapai jugak nak makan Laksa Sarawak ni. Kira dah lama juga la aku mengidam. Hehehe.

Suasana Raya Last Minute | Memang Happening !

Last minute shopping. Aku rasa time ni lagi meriah bila ramai yang berpusu-pusu ke shopping complex. Tapi bila shopping time last minute ni biasa la. Jem tu memang tak boleh nak lari. Maklum la, mereka yang berada diperantauan dah pun mula nak balik ke kampung. Jadi hari ni banyak kereta yang plate kereta dari luar. Dah mula bercuti macam tu la.



Korang tengok je la keadaan jem depan Kota Bharu Trade Centre. Senang cerita kat Parkson la. Memang penuh. Ramai orang shopping last minute. Tambah-tambah pula sale time ni memang gila-gila. Tak macam sebelum ni. Kali ni memang murah sangat-sangat. Jadi aku pun tak terkecuali terkena tempias sale kali ni. Walaupun aku dah cuba nak kawal nafsu aku. Hahaha.


Tengok je suasana orang ramai kat Parkson ni. Kalau hari-hari biasa sebelum ni, memang lengang. Bila dah start musim perayaan. Macam ni la keadaannya. Tengok ruangan twitter aku pun ramai blogger yang mengeluh sebab jem sana-sini. Kat KL pun masih lagi tak lengang. Tu la penangan hari perayaan sebenar. Hehehe.


Bagus juga ada Polis kat sini. Dah leraikan sikit jem tu. Sebab kereta-kereta yang tunggu kat depan pintu masuk tu yang buat jem. Bila polis dah datang baru semua lari. Senang je, En. Polis ni buat keluar buku je. Hehehe.


Aku tak shopping sangat pun. Just beli seluar jean sehelai. Yang kotak kasut Clark tu bukan aku punya. Ayah aku punya. Sebab aku tak mampu lagi nak pakai. Hehehe. Tu la suasana shopping time raya. Memang happening. Petang ni aku nak pergi TESCO pulak. Nak beli barang-barang untuk buat Laksa Sarawak. Nanti malam aku tunjuk macam mana la rupa bentuk Laksa Sarawak ni ye.

Kiriman Jauh dari Sarawak Bumi Kenyalang

Hari ni aku terima kiriman dari jauh. Dari Sarawak. Kawan lama hantar. Walaupun aku dah tak jumpa diorang ni dah dekat 10 tahun. Tapi diorang masih tetap ingat kat family aku. Ni bukanlah first time aku dapat kiriman dari diorang. Bolwh kat every raya mesti dapat kiriman dari diorang.


Kiriman kali ni special sikit. Sebab dapat kek lapis Sarawak. Purely made in Sarawak. Macam korang tahu. Sarawak ni kan popular dengan kek lapis Sarawak yang bercorak-corak ni. Jadi mereka dah kirimkan kek lapis Sarawak ni. Tak banyak. 3 jenis je. Asalkan dapat merasa. Lagipun kalau nak hantar banyak-banyak nanti kena charge bagasi plak. Sebab ni hantar by hand. Sekarang ni kan dah limit berapa kilo nak kena bawa. Jadi kena limit la juga berat bagasi tu.




Sungguh colorful kan kek-kek ni. Memang rajin betul diorang buat. Dan rasa tadi. Memang sedap. Yang paling aku suka yang ade belang-belang merah tu. Rasa blueberry sket. Memang sedap. Dan yang paling aku suka adalah rempah laksa Sarawak yang diorang kirim. Tu memang favourite aku. Suka sangat. Dan esok mak aku bercadang nak buat laksa Sarawak. So, tunggu untuk entry laksa Sarawak nanti ye.


4 bungkus dikirim. Jadi boleh la merasa 4 kali makan Laksa Sarawak untuk tahun ni sampai raya akan datang. Hehehe. Apa-apa pun thanks. Korang ni masih ingat lagi kat kitaorang kat sini. Walaupun aku dah pun 10 tahun tinggalkan Sarawak tu. Bak kata orang friendship never ends. Thanks alot ye. Nanti aku kirimkan balas kat korang tunggu tau. Supriseeeee. Hehehe.